Chapter 1

Horror & Thriller Series 3607

Mia dan Sofia sedang menjamu selera di meja makan. Sedang mereka menikmati makan itu, tiba-tiba suaminya pulang dan membawa seorang perempuan bersama. "Sofia masuk ke dalam kamu cepat." kata Mia sambil mengusap rambut anaknya. "Tapi saya nak ibu temankan saya." kata Sofia sambil menarik tangan ibunya. "Maafkan ibu sayang tetapi ibu nak bercakap dengan ayah sekejap. Ibu janji selepas semuanya selesai, ibu akan tetamankan kamu." pujuk Mia.

Sofia pun masuk ke biliknya. Mia yang hanya mehembus nafas dan menutup matanya. Dia berasa yang kali ini ialah kali terakhir dia berlembut dengan suaminya. Kali ini sudah melampau kerana sanggup membawa perempuan lain masuk ke dalam rumah. "Siapa dia ni?" soal Mia sambil merenung suaminya. "Kau tak payah nak bising. Ni hidup aku. Biarlah aku menikmati hidup aku sendiri." balas suaminya.

Lalu suaminya menolak Mia dan membawa perempuan itu pergi ke bilik. Mia pun menarik tangan suaminya. Dalam keadaan yang marah Mia menampar suaminya. Air mata Mia jatuh ke pipi. Tanpa berkata apa-apa, suaminya menampar semula dia dan manarik rambutnya. "Ini amaran. Kalau kau hanlang aku lagi. Aku akan bunuh kau dan jual anak kau." kata suaminya sambil menarik rambut dan menampar muka Mia.

Sofia yang ada di dalam bilik, hanya menangis dan menutup telinganya kerana tidak mahu mendengar apa-apa yang dikatakan oleh ayahnya. Mia dalam keadaan lemah, dia dibiarkan terbaring di tepi meja makan.

Keesokan harinya, Mia dan suaminya bersetuju untuk bercerai. Pada mulanya suaminya mahu mengambil Sofia tetapi hak penjagaan diberikan kepada Mia. Lagipun Mia tidak mahu Sofia tinggal dengan ayahnya kerana Sofia pasti menderita.

Seminggu telah berlalu, kejadian itu tetap memberi kesan kepada hidup Mia tetapi dia tetap tabah mengharungi semua ini kerana dia sayangkan Sofia. Sofia ialah satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.

Untuk menghilangkan tekanan, kawan baik Mia iaitu Maria telah memberi cadangan untuk Mia berpindah dari rumah lamanya. Mia juga memikirkan perkara yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience