Chapter 6

Horror & Thriller Series 3607

Mereka pergi ke rumah Maria. Maria berasa lebih selamat jika membawa Mia dan Sofia ke rumahnya. Tiba-tiba Sofia marah dan tidak mahu ke rumah Maria. Dia mahu pulang ke rumah mereka.

Maria terpaksa bersabar kerana niat dia mahu membantu kawan baiknya. Kejadia malam itu masih menghantui dirinya. Hantu yang berada di siling itu tiba-tiba hilang selepas Sofia berlari naik ke tingkat atas dan selepas itu, Mia pun menjerit seperti orang yang histeria.

Keadaan Mia kembali tenang dan baik selepas tinggal di rumah Maria untuk beberapa minggu. Mia bertekad mahu pergi ke luar negara bersama Sofia dan mahu membina hidup baru.


Malam itu Mia berkemas untuk pergi ke lapangan terbang. Maria juga turut membantu Mia mengemas pakaian. Mereka tidak pernah kembali ke rumah itu selepas kejadia hari itu berlaku.

Mereka mencari Sofia. Sofia hilang dan tidak tahu dia berada di mana. Habis satu rumah dicari tetapi tidak jumpa di mana Sofia. Mia memegang hidungnya yang berdarah. Selepas menyentuh darah itu dengan jarinya. Tiba-tiba naluri keibuannya kuat mengatakan yang Sofia pergi ke rumah mereka.


Malam itu Mia dan Maria pergi ke rumah itu. Keadaan rumah itu tidak seperti keadaan yang mereka tinggalkan. Rumah itu nampak usang dan tidak berpenghuni. Padahal, mereka baru meninggalkan rumah itu beberapa minggu.

Mia ternampak ada seseorang di tingkap rumah mereka. Benda itu berada di tingkap bilik atas iaitu bilik tidurnya. Mia dan Maria pun masuk ke rumah itu.

Mia dan Maria berpecah untuk mencari Sofia. Maria mencari Sofia di bilik stor dan Mia mencari Sofia di bilik tingkat atas. Maria berasa ada sesuatu di belakangnya. Tiba-tiba ada tangan yang menarik dia.


Mia pergi ke bilik atas dan dapati ada seseorang yang menunggu dia di tepi almarinya.
"Apa yang kau nak? pulangkan Sofia kepada aku!" jerit Mia. Benda itu merangkak ke arahnya dari bilik tidurnya. Mia melangkah ke belakang kerana takut benda itu datang menghampirinya.

Dia terjatuh dari tangga dan dapati ada darah dia atas lantai. Dia pun ikut kesan darah itu ke bilik stor. Dia memberanikan diri membuka pintu bilik stor. Dia masuk ke bilik stor dan bau di bilik stor sangat hanyir dengab bau darah.

Dia menundukkan kepalanya ke bawa kerana takut untuk melihat sesuatu yang mungkin muncul di depannya. Tiba-tiba dia terasa seperti kepalanya terlanggar sesuatu.

Secara perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya untuk melihat apa yang ada di depan. Alangkah terkejutnya dia selepas ternampak dua pasang kaki. Dia pun mendongakkan kepalanya ke atas dan dia dapati. Maria dan Sofia mati tergantung diikat pada kipas.


Dia pengsan dan dia tersedar selepas beberapa jam. Dia berada di hospital. Doktor mengesahkan yang Mia sudah gila kerana tertekan.


Mia selalu ternampak anaknya dan kawan baiknya Maria. Dia bercakap seorang diri dan selalu menangis. Akhirnya, pekerja di situ terjumpa mayat Mia di tepi bangunan. Mereka tidak tahu bagaimana dia melepaskan diri dan sampai ke situ. Mereka tidak tahu punca kematian dan kesnya disahkan kes bunuh diri.


Kini rohnya tidak tenang dan berada di kawasan hospital sakit jiwa. Ada pekerja yang nampak seorang wanita selalu berada di tepi atau dibawah tangga. Ada juga yang kata, mereka selalu ternampak seorang wanita sedang berdiri di tepi kaunter wad itu.


Pada waktu malam mesti ada pesakit yang histeria atau dirasuk. Mereka selalu berkata benda yang sama iaitu. " Di manakah anak aku".
Roh Mia tak akan berhenti mengganggu selagi dia tidak bertemu anaknya yang sudah mati.

----------------------TAMAT------------------

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA BUKU INI. tolong beri bintang dan beri cadangan anda di ruang komen. Harap anda enjoys baca buku ni.
: )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience