Chapter 4

Horror & Thriller Series 3607

Mia terjaga dari tidur, dia dapati dirinya tertidur di bilik Sofia tetapi patung beruang itu ada di tepinya. Tanpa memikirkan apa-apa, dia terus turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan pagi untuk dia dan Sofia.

Kesan lebam yang sama ada di betisnya, Mia berasa tidak sedap hati lagi. Kali ini dia memang betul-betul rasa jantungnya berdegup kencang. Dia berlari ke bilik Sofia kerana dia terdengar ada sesuatu yang pecah di tingkat atas. Semasa dia ingin membuka pintu dia terdengar ada suara budak lelaki yang sedang bercakap dengan Sofia.

"Sofia, janji jangan biarkan sapa-sapa bawa awak jauh dari saya." suara itu berpesan kepada Sofia. "Mmm. Baiklah saya janji." balas Sofia. Mia pun mendekatkan lagi dirinya untuk mendengar berbualan mereka. Tiba-tiba dia tersepak sesuatu dan terjatuh.

"Apa yang ibu buat ni? keluar!" marah Sofia. Mia berasa pelik, belum pernah lagi Sofia bersikap biadap dengannya tetapi sekarang seperti ada sesuatu yang mengajak Sofia melalukan perkara sebegitu. Mia pun turun ke bawah untuk memasak semula makanan itu.

Jam menunjukkan pukul 12.50 a.m. Dari pagi hingga ke malam Sofia tidak keluar dari bilik. Dia tertidur semasa memikirkan keadaan yang berlaku pagi tadi. Tiba-tiba dia terdengar Sofia sedang bermain.


Mia melihat jam yang tergantung di dinding. Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi. Mia pun bangun dari katil untuk melihat Sofia. Semasa dia membuka pintu bilik Sofia. Sofia sedang lena dibuai mimpi. Tiba-tiba dia terdengar suara budak lelaki sedang gelak di ruang tamu.


Mia memberanikan diri untuk pergi melihat apa yang ada di tingkat bawah. Dia turun perlahan-lahan dan dia terdengar ada orang sedang menarik kerusi di bilik stor. Jadi dia pun pergi ke arah bilik stor. Semasa dia sedang berdiri di hadapan bilik stor itu. Tiba-tiba dia berasa ada benda yang tolak dia, lalu dia pun jatuh dan pintu tertutup secara sendiri.


"Awak cari saya ke?" tiba-tiba dia terdengar satu suara. Jantungnya berdegup dengan begitu kuat. Semasa dia terpaku dan tidak tahu apa yang patut dia lakukan, tiba-tiba tangannya seperti tersentuh sesuatu. Tangannya terpegang rambut seseorang. Semasa dia cuba untuk tarik rambut itu. Tiba-tiba kepala seorang budak terjatuh di atas ribanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience