BAB 6

Romance Completed 9179

Dari satu hotel ke satu hotel, aku mencari Juwa dan Faliq. Dari hotel cikai ke hotel tahap lima bintang aku mencari mereka namun tidak aku jumpa mereka berdua. Di radio, berkumandang lagu Anugerah Syawal nyanyian Bunkface.

Baru aku nak tekan butang off pada radio, suara penyampai radio ERA, Adifashla buat aku kembali menarik tanganku.

"Sesiapa yang ada ucapan hari raya ataupun nak minta maaf kepada insan tersayang bolehlah telefon Adi sekarang di 03-95433355 dan sampaikan ucapan anda! Di jam seterusnya kita ada lagu..."

Tak menunggu lama, aku capai telefon pintarku dan nombor telefon yang disebut Adi tadi aku dail!

Lagu Ayuh Tinggalkan Dia berkumandang dari radio. Aku tengok jam di tangan. Hatiku resah. Mataku melilau memandang ke luar kereta. Hujan lebat membuatkan aku melupakan hasrat untuk keluar dari kereta dan mencari Juwa. Tiba-tiba, di radio suara Adifashla sudah kedengaran.Dalam hati aku segera melafazkan doa agar Juwa mendengar ucapanku.

"Hello, siapa di talian?"

"Saya Faris!"

"Ohho! Faris, selamat hari raya!"

"Selamat hari raya, Adi."

"Okey, Faris. Ucapan Raya ERA nak ditujukan kepada siapa?"

"Saya nak tujukan ucapan raya ERA saya ni khas buat Juwa, isteri saya. Juwa, baliklah rumah nenda semula! Abang dah tak tahu kat mana nak cari Juwa. Walaupun abang tak tahu Juwa dengar atau tidak ucapan abang ni, abang harap sangat ucapan ini sampai kepada Juwa. Nenda rindu Juwa, bonda rindu Juwa dan abang... abang sendiri rindukan Juwa. Pulanglah, sayang."

"Itu dia ucapan dari seorang suami kepada isterinya. Isteri awak merajuk ke, Faris?"

"Er... berlaku salah faham antara kami dan dia pergi bawa diri."

"Alahai, kepada Puan Juwa! Sudah-sudahlah tu merajuk dan pulanglah ke pangkuan Encik Faris kita ni!"

"Er... Adi?"

"Ya, saya?"

"Boleh mainkan lagu Pulanglah dendangan Aishah tak? Khas buat isteri saya."

"Boleh-boleh! Saya doakan isteri Faris pulang semula ke rumah dan dapat beraya bersama Faris semula, ya?"

"InsyaAllah. Terima kasih Adi."

"Sama-sama. Dan sekarang, mari dengarkan lagu dendangan Aishah, Pulanglah khas buat isteri Encik Faris tadi! Teruskan mendengar ERA,Rentak Muzik Terkini!"

Dan lagu Aishah berkumandang di dalam kereta aku. Sungguh, aku malu telefon ERA untuk merayu Juwa tadi tapi... aku dah tak tertanggung rindu dah ni. Juwa, pulanglah sayang....

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri satu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia
Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela ( jiwa raga )
Pulanglah kepangkuan ku oh... sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience