BAB 5

Romance Completed 9179

Semuanya diam tak menjawab. Pipiku ibarat ditampar berkali-kali. Orang lain pun merah mukanya terutama Puteri Aleya, Puteri Ayesha dan Luqman!

Sebaik saja kereta diparkir di perkarangan rumah, nenda tanpa sepatah kata terus keluar. Sejak dia tahu anak cucunya menuduh cucu menantunya yang seorang itu, mulut nenda tak berkicau macam selalu. Habis membebel yang tadi tu, terus nenda senyap.

"Bonda, mari angah pimpinkan," mak ngah cuba memegang lengan nenda namun nenda merentap tangannya.

"Aku boleh jalan lagi. Tak payah susah-susah."

Semuanya cuma memerhatikan. Tak berani nak bersuara langsung. Menikus aje semuanya.

Aku dekati pintu rumah. Baru nak tekan loceng, pintu rumah sudah dibuka dari dalam. Aku sangkakan Juwa yang membuka pintu namun telahan aku salah. Wajah separuh abad bibik yang terjengul di balik pintu.

"Puan besarnya gi mana? Udah sihat Tuan Faris?"

Aku anggukkan kepala sambil mengukir senyum, "Puan Juwa ada pulang ke
rumah?"

Bibik mengangguk kepala namun wajahnya nampak sedikit resah, "Ia, Puan
Juwanya ada pulang tapi... tapi..."

"Kenapa, bik?" Nenda dekati aku lalu memandang bibik, tajam.

"Maaf Tuan Faris, Puan Besar! Puan Juwanya udah pergi tadi sama Nak Faliq. Katanya sudah tawar hati mahu duduk di rumah besar ini. Dia juga ada bilang rumah ini besar tapi hati orang yang ada di dalam ini semuanya kecil."Aku terpempan. Juwa dah pergi?!

"Pergi ke mana bik?"

"Nggak tahu, Tuan. Puan Juwa pulangnya nangis-nangis tadi. Udah saya tahan tapi dia terus saja keluar dari rumah."

Tiba-tiba nenda di sebelahku rebah! Tubuhku laju menyambut tubuh nenda. Ya Allah, apa dah jadi ni?

"Faris?" Bonda bergegas ke sisiku. Ahli keluarga yang lain turut mendekati aku dan nenda.

"Juwa... dah pergi dengan Faliq!" Aku bersuara, rendah.

Hari ini semuanya suram! Nenda tak mahu turun makan di bawah. Tak mahu berjumpa sesiapa! Dia mahukan cucu menantunya yang aku tak tahu ada di mana.

Tadi, aku telefon ibu mentuaku tentang Juwa. Kata ibu, Juwa tidak pulang ke Kedah. Panggilan dari Juwa juga tiada. Nasib baik ibu tidak memarahi aku bila aku ceritakan apa yang terjadi sebenarnya.

"Faris..." bahuku ditepuk dari belakang lantas aku berpaling.

"Bonda?"

"Masih tak ada berita tentang Juwa?" Bonda duduk di kerusi berhadapan denganku.

Aku geleng lantas aku meraup wajah! "Semuanya salah Faris, bonda! Sepatutnya Faris lebih berhati-hati. I'm not a good husband."

"Semua buat silap, Faris."

"Tapi kesilapan Faris buat ni... belum tentu boleh dimaafkan."

"Sedangkan nabi pun ampunkan umat, Faris," bonda menggosok bahuku.

Aku tundukkan wajah. Dulu aku dah hilang Dhiya dan Aireen dan kini, aku tak mahu kehilangan si dia, si mata sepet kesayanganku. Aku segera bangun dari dudukku.

"Nak pergi mana malam-malam ni?" Bonda turut berdiri.

"Cari Juwa!"

"Kat mana?"

"Yang pasti dia mesti dalam negeri lagi! Tiket bas dah habis kalau dia nak beli sekarang! Nak naik kapal terbang, Juwa penakut! Dia mesti ada lagi kat sini. Faris yakin!"

Bonda menggeleng, "Kalau dia tak ada?"

"Faris akan terus cari dia walaupun Faris tak tahu dia ada di mana,"

baru aku nak melangkah, ada satu suara menyeruku, "Faris..."

"Nenda..."

"Cari cucu menantu nenda cepat-cepat. Nenda rindu Juwa dengan Faliq. Nenda rindu nak dengar dia menyanyi sambil buat kerja, nenek rindu nak tengok dia masak-masak dengan bibik," ujar nenda sebelum memeluk aku,

"Nenda rindu nak membebel pada Juwa. Walaupun nenda suka membebel pada dia tapi nenda sayangkan dia. Dia saja yang betul-betul kisah tentang
nenda. Nenda nak beraya dengan cucu menantu nenda, dengan cicit nenda.
Cepat-cepat cari Juwa ya, Faris?"

Aku membalas pelukan nenda. Alhamdulillah! Allah dah buka hati nenda
untuk Juwa tapi masalahnya, di mana Juwa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience