BAB 1

Romance Completed 9175

Hari ni bermacam-macam bebelan yang ku dengar, bukan untuk aku tapi utnuk Juwa. Dan aku hanya mampu tersengih saja bila Juwa menjeling aku apabila nenda memuntahkan segala yang terbuku di hatinya kepadanyadari tadi. Bukan tak nak membantu tapi nenda kalau tengah membebel, jangan dikacau, nanti tak pasal-pasal sampai ke waktu berbuka dia membebel.

"Ha, apa yang kamu jeling-jeling? Elok sangatlah menjeling pada suami macam tu?"Juwa menikus.

Aku hela nafas. Kesian pula tengok Juwa dibebel. Tak tahulah kenapa, sejak aku menikah dengan Juwa dulu sampai dia dah dapat cicit sorang, nenda sangat tak ngam dengan Juwa. Tak tahulah di mana silapnya.

Kadang-kadang di depan sanak-saudara, relaks saja nenda memarahi Juwa. Juwa selalu kata yang nenda jadi begitu kerana kami ni tidak sekufu. Bak kata Juwa, 'Abang anak raja, Juwa rakyat marhaen. Mana boleh jalan seiring.' Padahal aku bukanlah berdarah diraja pun. Bonda saja berpangkat tengku, sedangkan ayahku bukan golongan diraja. Aku menggeleng kepala, kesian ada Juwa,

"Nenda, jelingan Juwa itulah yang buat Faris jatuh suka."

"Kamu jangan nak membela sangat isteri kamu ni. Apa nenda cakap, semuanya untuk kebaikan kamu juga...." dan nenda terus memulakan tazkirahnya mengenai hukum-hakam rumahtangga kepada kami berdua.

Aku nak buka mulut, nak menghentikan bebelan nenda namun isyarat mata Juwa yang menyuruh aku diam, terus aku tak jadi nak bersuara. Penyudahnya, aku dan Juwa dibebel hingga petang menjelma.

"Siapa yang hiris timun kasar-kasar ni? Mana sedap nak makan laksa kalau timun dihiris macam ni!" Suara nenda yang lantang dari dapur buat aku mengeluh. Nenda mula lagi.

"Aku pantang sungguh orang yang tak reti buat kerja rumah ni! Baik tak usah jadi perempuan!" Mendengar suara nenda yang semakin tinggi nadanya buat aku resah. Setahu aku, yang hiris timun tu tadi isteri aku, Juwa! Ah, sudah!

"Siapa yang hiris timun ni, bik?" Suara nenda naik satu oktaf lagi.

"Kenapa abang terhendap-hendap kat tangga ni?" Bahuku ditepuk dari belakang membuatkan aku tersentak. Bila aku berpaling, Juwa sedang berdiri elok di belakangku.

"Juwa ke yang hiris timun untuk laksa?"

Juwa mengangguk.

"Siapa?!" Suara nenda yang semakin tinggi membuatkan kami berdua sama-sama tersentak.

Juwa pandang aku lalu dia tuding jari kepada wajahnya, "Nenda tanya pasal orang yang potong timun tu ke? Dia tanya pasal orang ke?"Aku mengangguk.

Juwa hela nafas lalu dia ukir senyum, "Here goes nothing."

Juwa menunduk saja. Mulut nenda masih tak henti-henti berkicau. Sesekali aku pandang Juwa. Kesiannyalah isteriku ini. Sepupu-sepupuku semuanya ikut menunduk cuma dua tiga saja yang berani. Yang berani tu semuanya kroni nenda. Memandang Juwa dengan senyuman sinis. Cis!

"Bonda, sudahlah tu! Dah dekat waktu berbuka pun. Takkanlah sebab ulam timun tu bonda nak membebel tak sudah-sudah," bondaku bersuara, mahu menghentikan bebelan nenda pada Juwa.

"Kamu apa tahu, Safiah?! Selera aku terbantut tahu nak makan laksa. Hilang selera aku! Tak pandai memasak tapi nak tunjuk pandai! Macam gitulah!" Nenda menjeling Juwa, tajam.

Aku merengus lalu aku genggam tangan Juwa, "Apa yang nenda tak puas hati sangat dengan Juwa? Kalau Juwa tak buat kerja, nenda kata dia pemalas. Kalau Juwa buat kerja, nenda condemn semua kerja yang dia buat. Nenda nak apa sebenarnya? Kesempurnaan? Nenda pun tak sempurna mana, nenda."

Juwa tepuk tangan aku, "Abang..."

"Baguslah tu! Dah pandai melawan cakap nenda kan, kamu sekarang! Siapa ajar? Si Juwalah kan?!" Nenda dah berdiri.

Aku hela nafas lalu aku pandang bonda, "Bonda, Faris dengan Juwa nak berbuka di luar. Tolong jagakan Faliq, ya?"

Bonda aku mengangguk dan tanpa kata, tangan Juwa aku tarik. Sungguh aku geram pada nenda. Apa lagi yang harus kubuat supaya nenda menerima Juwa apa adanya dia? Bagaimana harus kubuka hati nenda untuk Juwa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience