Chapter 3

Mystery & Detective Completed 9338

BAB 3

"Lailahaillallah! Zam! Riz! Bangun! Pergi solat dulu. Kejadah dihentamnya tidur dulu? Dah bangun, bangun!" Kejut Iman geram.

"Alah! Kejaplah!"bantah Zam yang agak tergugat dengan suara speaker percuma tu. Dasar pemalas betul. Ish! Geram pulak aku ni, bisik Iman. Dibuka semua lampu lalu dibuka TV pada frekuensi paling kuat. Bergegar satu rumah.

"Okey! Aku bangun! Slow kan TV tu, Iman!!"pinta Zam. Riz yang terkejut terus melompat. Iman ketawa. "Cepat! Aku kira sampai tiga. Tak naik lagi, aku tak nak bagi korang join Treasure Hunt esok!" Ugut Iman. Terus Zam dan Riz meluru naik.

Iman mencapai Al-Quran lalu membaca surah Al-Kahfi. Lia, Lisa dan Zara dah berdengkur dalam bilik. Riz dengan Zam pun tengah solat. Habis baca surah Al-Kahfi, Iman membaca ayat Kursi 3 kali sebagai pendinding villa.

★★★★★★★★★★

8.00 a.m
Ruang makan

"Good morning!"ucap Lia. Lisa dan Zara tengah sediakan sarapan. Zam dan Riz masih tidur. Iman awal-awal lagi keluar ke pantai. Nak sembunyikan harta karun dan buat peta, katanya.

"Morning! Awal kau bangun? Biasa kalau tak kejut, memang tak bangunlah," kata Zara pelik. Lia tersengih-sengih.

"Hmm.. korang mana Iman? Asal dia tak kejut kitorang?"soal Riz yang muncul di belakang Lia.

"Banyaklah kau punya tak kejut. Aku kejut korang dari tadi tak reti-reti nak bangun. Aku pun pelik korang tidur ke pengsan?" kata Iman yang tiba-tiba terpacul di muka pintu dapur.

"Aik? Dah balik? Sekejapnya,"kata Zara. "Excuse me? Sekejap? Aku keluar dari pukul 6.45 pagi lagi okay?" Iman menghentikan aktiviti membuka ikatan tali kasut lalu memandang Zara sambil membalas.

"Awal gila! Kau tak mengantuk ke? Kau tidur lagi lewat dari kitorang semalam kot!"kata Riz tak percaya. "Aku bukan macam korang tidur 24 jam. Lagipun lepas solat Subuh aku tidur kejap lepas tu aku keluar. Korang ni solat Subuh ke tak pagi tadi?" Soal Iman.

"Solat..."jawab mereka serentak. Iman mengerling sekilas lalu ke dapur. "Betul kau solat?"tanya Zam. Matanya sengaja disepetkan demi supaya Riz serba-salah. "Betullah. Tak percaya tanya Iman. Aku solat jemaah dengan dia tadi. Kau je tido mati tak sedar diri," kata Riz dengan nada bersahaja. Zam tersengih.

"Jom breakfast. Pukul 9 kita start game Treasure Hunt!"kata Iman. Sekelip mata semua dah ada makanan dalam pinggan masing-masing. Iman membakar roti lalu disapu mentega. Zam dan Riz memilih Koko Crunch bersama susu. Lia dan Lisa bersama spagetti bolognese. Hanya Zara makan nasi lemak bersama teh tarik.Awkward moment ~ kata orang putih. "Err... Iman,"kata Zara membuka bicara memecah sunyi. "Emm... (apa?)," balas Iman.

"Apa benda fakta fasal villa ni yang kau nak bagitau kitorang?"soal Zara. Iman hampir tersedak."Fakta menarik atau fakta menakutkan?"tanya Zam yang memang penakut. "Wei! Mana ada fakta menarik fasal villa tinggal. Fakta fasal Pantai Kemilau Tiara dengan Hutan Nirang ni adalah..." Balas Iman. "Vi..vill...villa tin..tinggal?"tergigil-gigil Lisa dibuatnya.

Terbayang kisah seram yang ditonton tentang villa tinggal yang kebanyakkannya berhantu. "Yup! Aku dah search dalam internet. Memang betul ada fakta yang agak menakutkan. Tapi tak boleh cerita sekarang. Karang tak fasal-fasal ada yang tersedak, tercekik ngan serangan jantung," Iman menyambung suapan.

★★★★★★★★★★

"Weh, Iman. Aku dah tak dapat sabar ni. Aku nak tau juga fasal fakta villa ni,"kata Zam. "Lagi sekali kau minta aku ceritakan, sekarang juga aku tinggalkan kau sorang-sorang dalam hutan simpan kat belakang tu, nak?" Ugut Iman."Okey, okey. Aku faham. Aku takkan tanya lagi,"kata Zam mengalah. Karang tak fasal-fasal kena tinggal, memang naya!

★★★★★★★★★★

10.00 p.m
Villa Nirwana
First floor

Mereka ber-6 berkumpul di bawah. Tak boleh tidur sebab teringat kata-kata Iman. Zam nak tanya tapi takut. Riz lupa terus. Lia dan Lisa rasa lebih baik tak payah cerita dek ke-penakut-an mereka. Zara buat tak kisah. "Iman! Kau ni dah kenapa?" marah Zam bila Iman menutup televisyen. "Korang nampak tak villa kat sebelah tu? Villa Ivtaf," kata Iman selamba duduk di atas kusyen IKEA berwarna merah itu tanpa mempedulikan Zam.

"Kejap! Kau tengah cerita fasal cerita hantu ke ni?" tanya Lisa meneka. "Yelah. Takkan fasal Dhia pulak," perli Iman. "What the fish!" Jerit mereka lalu duduk rapat-rapat kat atas karpet depan kusyen yang diduduki Iman.

Iman menggeleng kepala Melihat telatah sahabat-sahabatnya.

"Villa tu dibina lebih 50 tahun yang lalu. Kali terakhir ia berpenghuni adalah... 37 tahun yang lalu... iaitu tahun 1978. Abad ni, kitalah orang pertama yang tinggal berdekatannya," kata Iman. "Orang terakhir yang memiliki banglo tu ialah keluarga seorang pelajar Sekolah Nirvana Akademi Putera. Dia pelajar ber-gred M. 1.2. Pelajar terpintar di sekolahnya," kata-kata Iman terhenti.

"Kejap! Akademi Putera di sekolah Nirvana? Di sana sudah tiada pelajar gred M. 1.2. Sebab aku dengar ada kes pembunuhan di sana. Pada setiap malam bulan mengambang, ada orang nampak hantu guru di sana. Oleh itu, bangunan Nirvanayakkamaun yang menempatkan pelajar M. 1.2 ditutup," kata Zara umpama menyambung kembali penceritaan Iman.

"That's right, Zara. Dia adalah salah seorang pelajar yang kecewa sebab perlu turun ke gred M. 1.1.

Ditambah pula dia gagal ujian kemasukan Universiti Sararij. Dia sangat tertekan dan mengambil nyawa sendiri dengan terjun melalui tingkat tertinggi villa ini. Keluarganya berpindah kerana setiap malam ibunya meracau-racau dan ternampak kelibatnya akibat sangat merindui anaknya," cerita Iman tamat.

"Urghh.. baik kau jangan citer lagi," pinta Zam. Riz, Lia dan Lisa mengangguk. Hanya Zara berada di dunianya sendiri.

Iman memandang mereka satu per satu. Matanya terhenti pada Zara. Segera dipetik jari di hadapan Zara. "Ui... ish kau ni!" Marah Zara. "Padan muka kau. Siapa suruh 'tak berpijak di bumi nyata',"ejek Zam. "Siapa cakap dengan kau?" Balas Zara.

"Sudahlah. Aku nak ajak korang berjaga malam ni. Kita rungkai misteri villa ni. Please..."mohon Iman. "Kau ni memanglah kan? Saja cari nahas. Karang dia tangkap kita kurung selamanya baru tau rasa!" Acah Riz.

"Sebab tulah kena hafal ayat Kursi dan doa pendinding. Bukannya hafal tajuk video games entah apa-apa kau tu!"sindir Iman. "Bernanah telinga aku dengar. Sentap betullah ayat kau! Aku rasa kalau ayat sentap keluar depan hantu bukan kau menangis tapi hantu yang meraung," balas Riz.

"Okay. Kita tengok malam ni. Aku bawak Yassin ni sebagai pendinding. Kalau betul ada hantu, aku belanja korang Kenny Rogers Roaster. Kalau takde hantu korang bayar sewa kereta, set?" Ucap Iman. "Setuju!" Jerit mereka.

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience