Chapter 9

Mystery & Detective Completed 9338

Bab 9

"So, your name is Daniel?" Tanya Zara. Daniel mengangguk. "Awak duduk kat mana?" Tanya Lia. "Saya duduk kat sebelah Villa Ivtaf. Tapi rumah saya roboh sebab angin kuat sangat,"balas Daniel.

"Awak semua buat apa kat sini?" Tanya Daniel. "Saya tahu ini bukan villa awak. Kenapa awak sewa villa ini? Awak tak tahukah kisah villa ni?" Tanyanya lagi.

"Sebenarnya... kami memang nak keluar dari sini. Tapi... kami nak tolong roh pemilik rumah ni," jelas Iman. "Awak boleh berkomunikasi dengan roh?" Tanya Daniel teruja. "Taklah. Kami cuma selalu nampak roh itu merenung kami macam nak minta tolong," jawab Zara.

"Ooo... awak mesti tau kisah dari internet, kan?" Tanya Daniel serkap jarang. "Ha'ah,"balas Iman ringkas. "Maklumat kat internet tu tak semuanya betul,"balas Daniel.

"Arwah ibu saya, Qaisara Aliyah jatuh dari tangga di villa Ivtaf. Itulah yang tertulis di internet. Namun, semua tak tahu yang ayah saya, Kasya Umar juga bunuh diri kerana kehilangan ibu saya," cerita Daniel. Mereka terkedu mendengar cerita Daniel.

"Awak ada seorang abang yang meninggal sebelum awak lahir? " Tanya Iman meminta kepastian. "Ya. Namanya Muhammad Iman Daniel," ujarnya. Iman terkedu. Zam menyembunyikam senyuman.

"Yang awak semua tahu, abang saya bunuh diri sebab gagal ujian kemasukan universiti, kan?" Tanya Daniel. Mereka mengangguk.

"Sebenarnya... kakak saya cerita yang abang saya tu bunuh diri bukan sebab tu. Tetapi seminggu sebelum ujian, atuk kami, Edward Omar meninggal dunia. Sebelum ini, abang memang rapat dengan atuk. Atuk sentiasa memberinya semangat dan menceriakan hidup abang yang sepi dek kesibukan ibu ayah. Abang berjaya dalam pelajaran kerana semangat yang ditiup atuk. Bila atuk pergi untuk selamanya, abang bagai hilang punca. Dia gagal dalam ujian dan bunuh diri kerana tak sanggup kehilangan atuk," cerita Daniel.

"Edward Omar..."bisik Iman. Ternyata itulah yang ingin pelajar itu beritahu. Dia ingin memberitahu kebenaran. Dia bunuh diri kerana atuk. Bukan kerana ujian.

"Hah! 'Video' yang aku nampak dalam mata pelajar tu adalah tubuh seseorang terbaring kaku dalam vila ni. Walaupun tak sama perabot, tapi aku boleh cam melalui buaian rotan tu. Lepas tu, ada gambar tanah perkuburan dan orang ramai menangis. Lepas tu aku nampak pelajar tu bunuh diri,"cerita Iman.

"Eee.. seramnya,"kata Lia. Zara mengangguk. "Patutlah. Gambar yang aku nampak tu pulak gambar Edward Omar. Rupanya, dialah 'punca' pelajar tu ambik nyawa sendiri,"Zara membuat kesimpulan.

"Bukan tu je, abang saya tu selalu muncul sebab nak selamatkan penghuni rumah ni dari mak saya. Mak saya selalu anggap abang saya tu bukan bunuh diri tapi ada orang tolak dia dari balkoni tingkat dua sebab nakkan villa ni atau cemburukan kecemerlangan dia. Sejak tu mak saya selalu tarik orang dari villa ni ke villa Ivtaf supaya dia dapat bunuh orang tu,"terang Daniel.

"Ta... tapi, ke..kena.. kenapa?" Tanya Riz terketar-tekar. Adoi! Goyang lutut aku! "Macam yang saya cakap. Mak saya anggap entah orang mana yang bunuh abang tu nakkan villa ni. Walhal abang mati bunuh diri," jelas Daniel.

"Niel, kau ni macam sebaya umur kitorang je. Aku peliklah macam mana abang kau jauh lebih tua dari kau. Sampai 30-40 beza umur. Cuba cerita sikit," pinta Zara.

"Sebenarnya... aku lahir masa 29 Februari 1980. Sebab tu aku dimamah usia empat tahun sekali je," jelas Daniel. Mulut mereka membentuk huruf 'O'.

"Empat tahun sekali? Maksudnya kau umur.. 9 tahun?!" Jerit Iman yang memang otak kalkulator. Daniel tersengih. "Taklah teruk tu. Aku gurau je. Aku memang lahir 29 Feb. Tapi, usia aku bertambah dua tahun sekali. So, aku 18 tahun baru," akui Daniel.

"Ceh! Bikin saspens je," kata Riz mencebik. Mereka tertawa. "Shhh! Watch your mouth. My brother may see us any minutes," Daniel memberi amaran. Mereka menutup mulut.

"Emm.. Niel, kau boleh panggil abang kau?"tanya Iman. "Tak.." balas Daniel.
"Kenapa?" Tanya Daniel. "Takde apa," jawab Iman. "Abang aku muncul tak tentu masa. He appear just like that! Tanpa amaran," bilang Daniel.

"Emmm.. kau cakap mak kau nak bunuh semua orang yang duduk kat sini. Tapi kitorang cuma nampak dia kat Villa Ivtaf je," kata Lia. "Ha'ah. Masa aku masuk pun aku tak nampak bayang mak aku. Tapi tak hairanlah. Aku dapat rasa aura menenagkan dalam rumah ni. Apa korang dah buat?" Tanya Daniel.

"Buat apa? Mana ada buat apa-apa," jawab Iman. "Mungkin sebab si Iman ni rajin baca Yassin dengan ayat Kursi," balas Zam. "Mungkin... mak aku takutkan ayat Kursi. Itukan pendinding paling berkesan," kata Daniel. Mereka mengangguk.

"Niel... kitorang nak pergi villa Ivtaf malam ni. Kau nak ikut?" Tanya Iman. "Kenapa korang nak pergi?" Tanya Daniel terkejut. "Tak ada apa. Cuma mak kau tu macam nak bagitau sesuatu. Tu yang kitorang nak tolong dia," ujar Iman.

"Emm... okeylah. Aku ikut. Lagipun kalau mak aku muncul bagus juga. Aku tak pernah tengok wajah dia. Masa aku baru dua bulan dia mati," kata Daniel sayu.

"Okey! Jom kita pergi. Malam ni mesti kena selesaikan. Malam ni malam Jumaat, kan?" Soal Iman nakal. Mereka meneguk air liur ketakutan. Potong stim betullah Iman ni!

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience