Chapter 5

Mystery & Detective Completed 9338

Bab 5

"Zam, what are you doing?" Soal Lia. "Berdoalah,"marah Zam. "Tu bukan doa, ngok. Tu rukun iman," ujar Iman dengan muka toya. Riz tertawa. Zara terkekeh. Lisa terkelip-kelip memandang Zam.

"Padan muka kau. Tulah. Time solat zuhur berjemaah, lesap. Time solat Jumaat, macam cacing kepanasan," sindir Riz sambil bersilang tangan.

"Yelah. Jomlah," kata Zam cuba menutup malu. Iman nak ketawa tapi ketawa dalam hati je.

"Eii... Iman. Aku rasa semacamlah. Tegak bulu roma tengkuk aku," ujar Riz. "Kau ingat kau sorang? Aku pun sama. Tapi tak payah tunjuk takut sangat. Lagi kau takut, lagi benda- benda macam ni suka," kata Iman.

"Mengaku juga kau ye?" kata Zam sinis. Iman tersengih. Mereka meneruskan langkah mencari misteri.

★★★★★★★★★★

"Emm... Iman. Boleh aku tanya sesuatu tak?" tanya Riz sambil menguraikan daun yang berselirat. "Tanyalah,"jawab Iman sepatah. "Kan Villa Ivtaf ni rumah pelajar tu, tapi apsal pulak dia bunuh diri kat villa sebelah?"tanya Riz.

"Hmm... oleh sebab kepintarannya, dia jadi anak kesayangan keluarga. Ayahnya menuruti segala kemahuannya. Tu yang dia mintak satu villa sendiri sebab dia nak belajar dengan tenang dan takde orang kacau sebab adik-adik dia tu suka kacau dia. Jadilah tu rumah dia," terang Iman.

"Maksud kau, villa kita tu..."kata-kata Riz terhenti. "Yup! Villa kita sebenarnya berhantu juga. Tapi jangan risau, aku sempat buat pendinding tadi," Iman cuba menenangkan Riz.

'Yelah tu. Aku nampak jer budak lelaki berpakaian sekolah tadi. Tak boleh pakai punya Iman!' getus hati Zara.

"Oh, ye. Zara, tadi kau nampak budak lelaki berpakaian sekolah tu kat luar tingkap, kan?" tanya Iman. "Ha'ah," balas Zara. "Jadi lepas pukul 9 malam kita patutnya tak boleh keluar langsung," kata Iman.

"Sebab, budak lelaki tu bunuh diri pukul 9 malam. Masa tu keluarga dia keluar ke shopping mall. Sekarang dah 1 pagi. Hantu tu ada dalam rumah. Takpe. Nanti kita balik kita baca Yassin dulu ye?" Ujar Iman.

"LIA!!!"Jerit Zara. Mereka menoleh. Tengok-tengok Lia dah pengsan. Mereka segera keluar dari rumah itu.

★★★★★★★★★★

Zara merenjiskan air ke muka Lia. Lia tersedar. Dia terus memeluk Zara dan menangis teresak-esak. "Please... we just stay here. I don't want go to the haunted ville again," rayu Lia.

Iman tersentuh. "Lia, we just stay here toninght. But, we must recite Yassin first. Or else, the ghost will disturb us all night. Maybe someone will be found at the toilet or outdoor," kata Iman serius. Lia mengangguk. Mereka segera mengambil wuduk.

Villa Nirwana bergema surah Yassin. Tiada seorang pun yang mengantuk apatah lagi tersengguk-sengguk dek diselubungi ketakutan. Bacaan berterusan sampai pukul 2 pagi baru mereka tidur kecuali Iman.

Iman berbaring di sebelah Zam yang tidur nyenyak. Iman membaca ayat Kursi dan tertidur. Pelajar lelaki berpakaian sekolah itu memandang Iman dengan sayu dan berlalu pergi.

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience