Chapter 1

Mystery & Detective Completed 9338

BANGLO LAMA HUTAN NIRANG
By - Mina

Bab 1

"Warghh! Menyampah gila dengan subjek Sejarah tadi,"keluh Zam. Iman menjeling. "Padan muka kau. Aku ajak study group ngan kitorang macam macam alasan kau bagi. Sakit perutlah. Balik lewatlah. Kereta rosaklah. Baru tahu rasa,"omel lelaki bermata sepet itu.

"Chill bro. Hehehe... Takpelah. Minggu depan cuti kan? Nak tak gi memana? Ni duk terperap saja kat rumah. Tak bosan ke?"ajak Zam. "Setuju!" Sahut satu suara. "Lisa, kalau kau tak mengacau memang tak sahlah kan?"soal Iman.

"Alah. Sekali sekala nak jugak pergi melancong. Kau pun asyik menghadap buku je Iman. Skema pulak aku tengok kau ni,"kata Lisa. "Wah! Sentapnya ayat! Okey. Kita ajak Lia, Riz ngan Zara sekali. Aku yang pilih tempat melancong. Amacam?" Pinta Iman.

"Apa apa je lah. Aku tak kisah. Petang ni jumpa kat tempat biasa ye? Bye!" Kata Lisa terburu-buru pergi. "Mak aih! Laju gila. Nak ke mana tu? Kalah kereta F1!"soal Zam. "Itulah kau. Orang borak kau tenung si Dhia tu. Dia kan ada tuisyen kat rumah sekarang,"Iman menjeling sahabatnya.

"Oooo... Okaylah. Aku pun nak balik ni. Driver dah sampai," katanya mengenyit mata. Terus berlari ke arah kereta Mercedes milik keluarganya. Iman hanya geleng kepala.

★★★★★★★★★★

4.15 p.m
Perpustakaan Taman Miyana

"Grr... manalah si Zam ni. Cari fasal betullah mamat ni. Karang kita balik baru tahu! Duduk terkontang-kanting sorang sorang kat sini. Ish!"bebel Iman.

"Kau relax dulu boleh tak? Baru 45 minit kita tunggu. Pukul 4.30 dia tak sampai lagi... tahu lah apa aku nak buat,"kata Lia.

"Cik Nur Kamilia Adila binti Dato' Seri Muhammad Alif, kau yang tunggu 45 minit. Aku dah duduk kat meja student council ni sejam suku tau tak!?"bidas Iman geram.

'Aduhai... Mati aku. Tadi pun dia dah marah kitorang sampai lewat. Kalau Zam sampai aku rasa mau terbelah dua meja ni karang,'gerutu Lia dalam hati. Riz, Zara dan Lisa tunduk pura-pura ulangkaji.

"Alah. Minta maaflah Iman. Aku tertidur tadi. Mengantuk sangat. Lagipun aku penatlah perah otak jawab ujian,"kata Zam yang muncul entah dari mana. Tahu-tahu bibir menjuih macam mulut itik.

"Asbestos betullah. Kau kena marah sikit mulalah merajuk. Kalah perempuan tahu tak? Salam pun dah ke Laut China Selatan,"balas Iman. Sakit pulak hati.

"Assalamualaikum kawan-kawan. Moga sihat dan ceria di samping orang tersayang,"Zam bermadah.

"Okay, semua dah sampai. Jadi kita terus ke agenda utama,"Iman tersenyum licik selepas menjawab salam Zam.

"Ulangkaji ke? Aku give up! Bye!"Riz menyandang beg lalu hendak melangkah keluar. Namun Iman dengan pantas mencapai lengan Riz.

"Encik Fariz, dengarlah dulu. Aku belum habis cakap lagi. Nak ulangkaji pun buat apa? Peperiksaan pun dah habis,"kata Iman.

"Legac,lega. Nak meletup otak aku asyik ulangkaji tahu?"Riz melabuhkan punggung. "So, what's our agenda today?" Soal Riz yang memang dari spesies tak reti nak sabar.

"Aku, Zam dengan Lisa dah bincang. Kita akan pergi melancong berenam je minggu depan!"umum Iman. "Yes! Tercapai impian aku nak melancong dengan korang,"kata Zara teruja.

"Yeah! Dapat gak pergi melancong. Aku pun bosan duduk terperuk kat rumah. Mama papa asyik takde je. Outstation memanjang,"kata Riz. Lia mengangguk. "Aku pun sama. Dah tu asyik si Laila tu je yang diutamakan. Aku rasa macam anak angkat je duduk kat rumah,"adu Lia.

"So, kita nak ke mana, Iman?"soal Lisa. Belum sempat Iman menjawab, Riz menyampuk. "Kenapa kau tanya Iman je? Kitorang kau tak tanya pulak." Riz umpama tidak puas hati.

"No, Riz. Kitorang dah setuju si Iman ni pilih. Kalau tak dia tak nak ikut. Tak meriahlah takde dia. Tak dapat maklumat sejarah tempat kita nak pergi ni," balas Lisa.

"Okeylah. Asalkan dapat pergi dengan korang dari kena pergi berdua dengan adik aku. Pergh! Tak sanggup aku berkepit dengan budak manja tu," balas Lia meluat dengan perangai adiknya.

"Okey. Aku dah pilih. Kita akan ke Pulau Nirvana. Memandangkan ia pulau terpencil di Bandar Nakhoda, kita akan sewa banglo dekat dengan Pantai Kemilau Tiara dan Hutan Nirang,"kata Iman sambil melihat iPad nya.

"Hutan? Are you insane? Aku boleh pengsan pandang hutan, okay? Cari tempat lainlah..."rayu Lisa sambil buat muka lima sen.

"Lisa, for your information, the bunglow is the most far away from Nirang Jungle. Kau nak tau kenapa? Sebab, keluasan Pulau Nirvana ni cuma kira-kira 1000 hektar je. Itupun kita dah kira untung sebab orang lain yang pergi sana kena duduk dalam Hutan Nirang tu tau!" bidas Iman. Lisa terdiam.

"Okaylah tu Lisa. Dekat ngan pantai, dekat ngan hutan. Senang nak mandi-manda, picnic dan jungle trekking. Kita melancong sebab dan buat aktiviti luar. Bukan nak berkepit dengan iPhone 6+ kau,"perli dan pujuk Lia sekali gus.

Iman tersenyum kerana menyembunyikan dua rahsia paling besar. Kalau diorang tahu, mahu meletup Perpustakaan Taman Miyana ni.

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience