Chapter 4

Mystery & Detective Completed 9338

Bab 4

Hari sama
Villa Ivtaf
10.30 p.m

"Okay. Kita gerak sama-sama. Jangan terpisah,"pesan Iman. "Iman, aku tak nak join, boleh?"tanya Zara. "Boleh je. Kalau kau sanggup duduk villa sorang-sorang,"perli Iman.

"Eh.. tak nak!"kata Zara lalu berjalan beriring dengan Lia dan Lisa. Iman berjalan masuk ke dalam villa lama yang telah ditinggalkan itu.

Keadaan villa sungguh tak terurus. Catnya sudah pudar. Daun pokok menjalar di serata villa. Memang nampak berhantu!

★★★★★★★★★★

"Korang nampak tak tangga tu?" Iman menyuluh torchlight ke arah tangga yang dicat merah. "Tangga besar macam tu, aku rasa orang rabun pun boleh nampak dalam jarak 10 meter kot," kata Riz.

"Kau nak tau kenapa tangga ni warna merah?"tanya Iman tanpa mempedulikan Riz. "Kenapa?"tanya Zam.

"Selepas pelajar sekolah tu meninggal, mereka sekeluarga pindah ke Pulau Xyrpus. Namun, ibunya yang berpenyakit murung lari dari rumah lalu ke villa ni. Adik pelajar tu dapat kesan ibunya lalu ke sini. Ibunya masa tu ada kat tingkat atas lalu dia pun ke atas juga sebab adik pelajar tu nak bawak ibunya keluar. Tapi ibunya menepis menyebabkan mereka bergaduh. Akhirnya ibu dia jatuh ke bawah. Ada kesan darah pada tangga ni dan tak dapat dihilangkan. Lalu mereka mengecatnya dengan warna merah supaya orang tak takut," cerita Iman panjang lebar.

"Makin seram pulak aku rasa Iman oii... jomlah balik. Aku rela menyerah kalah dan bayar kos ke sini," kata Riz.

"Boleh je Riz. Tapi diorang pun kenalah mengalah juga,"kata Iman. "No! Aku nak tau kebenaran fasal villa ni,"bantah Zam. "Haah. Aku pun sama," kata Zara. Jujur, mereka terkejut. Bukankah tadi Zara yang nak balik?

"Kau biar betul, Zara. Setahu aku kaulah yang nak sangat balik tadi," ujar Riz. Zara mengangguk.

"Ya. Tapi, aku betul-betul nak tau fasal villa ni sebab..."kata-kata Zara terhenti. Tiba-tiba, gedebuk!

"Warghh!! Hantu bungkus!" Jerit Riz. Iman ketawa. "Banyaklah kau punya hantu. Buah kelapa jatuhlah! Tengok!" ujarnya sambil menyuluh ke arah tangga. Riz mulai lega. Mereka geleng kepala.

★★★★★★★★★★

"Iman, kau ni memanglah. Saja nak buat aku takut," kata Zam. Bulu roma sudah tegak berdiri.

"Apa? Aku bawak kau naik atas jer.. tu pun nak takut ke?" Kata Iman. Mereka berada di dalam sebuah bilik yang paling luas.

Zara menjenguk ke dalam bilik itu. Sebuah sofa ditutup dengan kain putih. Ada juga peti sejuk buruk. Pintu bilik air sudah tercabut dan diletak entah kat mana.

"Zara. Kau cari apa sebenarnya ni? Handphone kau hilang kat sini ke apa?" perli Lisa. "Ish! Kau ni. Memang sajalah. Fon aku tinggal dalam bilik. Malas nak bawak. Kalau ada apa-apa, buat berat poket je nak lari. Aku bukan macam kau bawak fon ke hulu ke hilir," Zara membalas perlian.

★★★★★★★★★★

Flashback masa kat Villa Nirwana.

Ketika Iman bercerita, Zara terasa ada sesuatu memerhatikannya. Dia tertoleh ke sana ke sini. Matanya terhenti pada satu tubuh.

Pemuda itu memandang Zara. Renungan matanya seolah-olah meminta pertolongan. Mukanya ada kesan parut berbentuk segiempat sama. Dia memakai baju sekolah dan rambutnya serabai seperti ditiup angin. Bajunya berlumuran darah.

Zara mengalihkan pandangan. Tidak sanggup memandang pemuda itu. Bagaimana dia boleh berdiri dalam keadaan parah macam tu? Sekali lagi Zara toleh ke belakang.

Aik? Cepatnya lesap. Zara cuba memadam bayangan pemuda itu. Dia termenung cuba memahami maksud renungan lelaki itu. Namun terhenti dek petikan jari Iman.

End flashback.

★★★★★★★★★★

"Weh, Lisa. Jom naik. Seram pulak aku duduk dua orang je kat bawah ni," ajak Zara.

"Emm... jomlah. Aku pun dah seram sejuk sampai tegak bulu roma ni," ujar Lisa. Mereka berpegangan tangan menaiki tangga. Sampai separuh jalan...tiba-tiba...!

"Za..ra..."Zara terdengar suara sayu memanggil namanya saat menaiki tangga itu. Dia menoleh ke bawah.
Kelihatan seorang wanita berwajah putih macam ditepek tepung gomak sedang memandangnya sayu. Jubah putih dipakai wanita itu berlumuran darah yang masih segar. Kepalanya pecah dan otak mencair keluar.

"Argghhh!!!" jerit Zara hingga menyebabkan Lisa terkejut dan memandang ke bawah juga. Serentak itu, Lisa juga menjerit. Mereka segera lari naik ke atas.

"Wei! Apa hal korang ni?" kata Iman. Lia menampar pipi mereka lembut. "Urghh... kat bawah... ada... ada..." kata Zara tersekat-sekat. Lisa sudah menangis teresak-esak.

"Kau okay, Zara? Kau nak balik ke?" Tanya Iman, perlahan. Mungkin dia terlalu memaksa sahabatnya.

"Aku.. aku okay. Aku nak ikut korang..." kata Zara serak-serak basah. "Kalau kau takut, kau, Lisa dan Lia boleh balik. Biar kitorang je duk sini," kata Riz. Iman dan Zam mengangguk.

"Tak.. tak nak. Aku nak duk ngan korang. Aku takut duk bertiga kat villa," ujar Zara. Semuanya kerana dia teringatkan pemuda itu. Pemuda berbaju uniform sekolah itu mungkin mengganggu mereka.

"Zara, boleh kau bagitau aku apsal kau macam ni?" tanya Iman. "Aku memang nak bagitau tapi aku takut kau tak caye," ujar Zara.

"Apa benda?" soal Zam tak sabar. Zara menceritakan segalanya. Berkenaan lelaki itu dan wanita yang dilihatnya. Muka Riz dan Lia bertukar pucat.

"Emm... Iman. Can we return home, please?" Pinta Lia. "Of course. Tapi aku tak tau kalau benda Zara nampak tu kacau korang lagi," kata Iman serius. Bukannya dia tak nak bagi diorang balik, tapi dia risau kalau apa-apa jadi.

"Takpelah. We stay together here. Jangan tinggal sesiapa kat mana-mana lagi okey?" kata Lia. Mereka mangangguk setuju.

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience