Chapter 2

Mystery & Detective Completed 9338

BAB 2

#Lisa's Situation

"Betul ke Lia nak pergi?"soal Puan Dayana risaukan anak bongsunya.
"Betul, mama. Lisa pun tak nak asyik duduk sorang je kat rumah masa cuti. Mama papa outstation. Bibik Lin pulak balik kampung,"balas Lisa memuncung.

"Hem... yelah sayang. Nanti bawak credit card sekali. Boleh shopping," kata Puan Dayana. Lisa tersenyum dan bersorak dalam hati. Mama mudah makan pujukannya. Lainlah papa. Tapi kalau mama cakap dengan papa mesti papa lembut, bisik hati Lisa.

★★★★★★★★★★

#Zam's Situation

"Okey. Nanti papa bayarkan sewa banglo kat sana. Harganya $672.45 seminggu kan?"tanya Encik Khairul. Zam mengangguk. Oh yes! Mesti Iman gembira sebab papanya akan tolong bayarkan.

Zam segera naik ke bilik lalu menghantar SMS kepada Iman bahawa papanya akan membayar harga sewaan banglo. Setelah itu dia segera mengemas baju yang hendak dibawa esok.

★★★★★★★★★★

#Lia's Situation

"Mama, bagilah Lia pergi dengan kawan-kawan Lia pula. Ni asyik melancong dengan adik je. Nak merasa pergi tanpa keluarga,"pujuk Lia.

"Kakak, kalau kakak takde siapa nak jaga adik?"soal Datin Marina. "Mama, papa, abang ngan bibik kan ada?"jawab Lia. "Lagipun asyik Lia je jaga adik. Time periksa pun Lia jaga adik. Lia dah tak dapat sabar lagi dengan karenah mengada adik. Lia nak berehat makan angin! Lia nak pergi dengan tenang dan relax. Bukan dengan adik je. Please, mama. I'm begging you,"rayu Lia.

Datin Marina mulai terharu. Tidak pernah dia lihat Lia bersungguh-sungguh sebegitu demi mendapatkan apa yang dikehendaki. "Hm... yelah
Mama pun tak de ape nak buat time cuti sekolah nanti. Papa kamu je outstation. Kamu pergilah pack barang. Mama izinkan kamu pergi. Mama boleh teman adik kat rumah," kata-kata mamanya itu ibarat kata-kata terindah yang pernah menembusi corong telinga Lia.

"Yahoo! Thanks mama! I love you so much!" Lia melompat lalu naik ke biliknya. Datin Marina geleng kepala melihat kegembiraan Lia.

Esoknya
Sabtu, 3.00 p.m
Nakhoda International Airport

"Emm... penatnya. Kematu punggung aku duduk lama sangat atas kerusi kapal terbang,"keluh Riz. Iman menjeling.

"Kau ni sikit-sikit nak mengeluh. Ni baru pergi Nakhoda naik kapal terbang. Esok lusa pergi Juravvan aku rasa mau kau menjerit dalam kapal terbang," perli Iman. Riz tersengih.

"Amboi! Borak pulak dia. Orang lain dah berkumpul ni. Cepatlah!"jerit Lisa walaupun ramai orang memandangnya. "Kejaplah! Kitorang tunggu si Zam ni. Mana entah dia letak beg dia. Kalau tak jumpa memang aku suruh dia baliklah," bebel Iman.

"Eleh! Kau ni memang kalah mak nenek. Membebel je keje kau. Dahlah. Ni aku dah jumpa beg aku. Ada bawah kerusi jer. Hehehe,"kata Zam. "Ni lagi satu spesies nyanyuk. Dahlah! Malas aku nak layan kau!" Kata Iman sambil berlalu.

"Riz, kau tau tak? Aku rasa kalau ada pertandingan Membebel Paling Lama sah Iman yang jadi juara," gurau Zam. Riz tergelak tetapi pendek. Bimbang kepalanya benjol dibaling eensiklopedia oleh Iman. "Woi! Kereta dah tunggu tu! Korang nak aku tinggal ke? Korang tempah tiket balik biar aku sorang melancong!"jerit Iman geram. Mereka terkocoh-kocoh menuju ke tempat Iman berdiri.

★★★★★★★★★★

Jalan Victor, Pulau Nirvana
9.30 p.m

"Mengantuknya. Kau tak rasa seram ke duduk kat sebelah hutan ni?"tanya Lia. "Nak seram apenye? Tu hutan simpan je kot. Tak payahlah tunjuk sangat sifat penakut kau tu," kata Iman sambil menatap iPad kesayangannya. Lia mengerling seketika.

"Tengku Muhammad Danish Iman bin Tengku Muhammad Haziq, patik rasa Tengku je kot yang selamba gila dalam group pelancongan kita. Zam ngan Riz pun dah berdengkur. Tengku je yang tak ada perasaan," perli Lia. Nama pun disebut penuh untuk memerli Iman.

"Well, I'm sleepy too. Tapi aku tak boleh tidurlah berdasarkan fakta mengerikan yang aku tahu fasal tempat ni," kata-kata Iman menyebabkan Lia dan Zara yang masih berjaga memandangnya.

"Apa maksud kau?"soal Lia yang cuba berlagak biasa. Iman mengerling mereka.

"Nothing. Aku nak bagitau sekarang tapi hari dah malam. Harap korang boleh tidur malam ni sebab aku takkan bagitau apa-apa maklumat. Esok pagi baru aku bagitau. Tu pun korang tak boleh mamai dan kena segar-bugar. Aku tak nak ada yang buat derk je maklumat aku,"kata Iman panjang lebar.

"Aku tak boleh tidur jadinya sebab kau cakap macam tu,"kata Zara.

"Tak boleh tidur ye? Makan ubat tidur dalam beg kau tu. Ingat aku tak nampak ke benda alah yang terjulur keluar dari beg kau tu?" mata Iman memang tajam bak helang. Cepat menangkap objek tersembunyi di sekelilingnya.

"Yalah. Pandai kau buat aku sentap ye, diktator,"balas Zara. Dia mengambil sebotol air lalu menelan sebiji pil dan minum air. Beberapa minit kemudian, dia terlelap. Begitu juga Lia. Hanya Iman yang kekal manghadap iPadnya. Tidak lama kemudian, matanya semakin sepet dan dia tertidur. Tinggal Pak Omar yang setia memandu.

"Nak, bangun. Kita sudah sampai," kejut Pak Omar. Sudah tentu Iman menjadi yang pertama sekali terjaga. Dia mengejutkan Riz dan Zam. Manakala Lia yang dikejut Pak Omar mengejut Zara dan Lisa. Mereka terjaga dari tidur namun masih mamai. Mencapai beg sambil lewa, mereka berjalan macam zombie kampung pisang keluar dari kereta.

"Esok Pak Omar ambik kitorang pukul 3 petang ye. Waktu pagi kitorang nak mandi kat pantai," kata Iman. Pak Omar mengangguk lalu memandu kereta ke chalet yang disediakan Iman untuknya.

Iman segera membuka kunci villa dua tingkat itu. Zam segera meletak beg di tepi sofa lalu berbaring. Nampak sangat mengantuk. Iman hanya memandang tanpa berbunyi. Dia juga penat dan tak ingin pun nak membebel. Matikan mood je.

Lia, Lisa dan Zara gagahkan diri naik ke atas walaupun sangat penat dan mengantuk terutama sekali Zara kerana dia makan ubat tidur tadi.

Riz pula apa lagi? Terus dihentamnya tidur depan pintu. Terkekeh-kekeh Iman ketawa namun masih perlahan lagi suaranya. Iman juga naik ke atas lalu membersihkan diri dan solat Isyak.

★★★★★★★★★★

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience