Sudah 3 minggu persekolahan bermula tetapi baik Princess ataupun Knight masih tidak bertegur sapa. Sewaktu sesi pembelajaran, tiba-tiba ada pengumuman.
Ting Ting Ting
"Perhatian kepada Knight dan Princess, sila ke bilik pengetua sekarang juga. Terima kasih"
"Eh! Kenapa umi nak jumpa ni? Dia dah balik ke? Pelik-pelik". Aisha berkata.
"Entah. Dahla. Jom kita gerak. Nanti lama pula umi tunggu." Dyan menjawab.
Knight dan Princess bangun lalu keluar menuju ke bilik pengetua setelah mendapat izin guru yang berada di dalam kelas.
Skip
Tok tok tok
Pintu bilik pengetua diketuk. Setelah mendapat arahan masuk. Kesepuluh-puluh mereka masuk.
"Assalamualaikum umi" Knight dan Princess berkata serentak.
"Waalaikumsalam". Umi menjawab dan memandang mereka semua sambil tersenyum.
"Tak nak peluk umi ke Princess? Ye la siapala umikan. Umi orang tak penting." Umi bersuara. Princess yang masih lagi kaku tersentak.
"Mana ada. Kami rindu Umi sesangat." Princess menuju ke arah umi sambil berkata serentak.
Kemudian terletus ketawa mereka disitu. Setelah ketawa reda. Ada suara yang berbunyi.
"Ehem! Ehem! Kenapa umi nak jumpa kami?" Ryan bertanya.
Ye, yang bersuara tu Ryan. Mereka yang memerhatikan dari tadi hanya tersenyum.
"Oohh. Hampir terlupa Umi. Nasib Ryan tanya. Almaklumla lama tak jumpa Princess. Umi tak sempat lagi nak jumpa mereka sejak mereka balik." Umi berkata sambil tersenyum.
"Kenapa umi nak jumpa kami?" Dyan mengulangi soalan Ryan kepada pengetua.
"Umi nak maklumkan yang Princess akan kembali bertugas sebagai GPO Berlian Highschool. Tetapi jawatan tak sama seperti dahulu kerana Umi nak Princess dan Knight bekerjasama untuk kali ni. Seperti yang semua tahu disiplin kita makin merosot dan ada kegiatan-kegiatan yang tak sepatutnya telah dijalankan." Terang umi sambil memandang ke arah kami.
"Tapi Umi..." Clara seperti hendak membantah.
"Tak ada tapi Clara! Umi dan para guru dan bersetuju untuk melantik Dyan sebagai penolong ketua pengawas dan yang lain sebagai Ajkt pengawas." Sambung umi.
Knight hanya diam mendengar manakala Princess seperti tidak suka dengan arahan itu.
"Korang dah kenal antara satu sama lain kan?" Tanya umi setelah beberapa ketika sambil mata memandang kami. Knight mengangguk manakala Princess menggeleng.
"Umi kenalkan, Tengku Aryan Mikael sebagai ketua pengawas. Tengku Qalish Haikal, si kembar Tengku Danial Aqram dan Tengku Danial Afham serta Tengku Aiman Izreen sebagai Ajkt pengawas. Jawatan nanti Cikgu Razali akan terangkan. Ada soalan?" Umi bertanya setelah melihat kami semua diam.
Setelah itu, Umi menyerahkan kembali barang-barang kami yang dahulu. Setelah mengambil barang-barang tersebut, Dyan bangun dan keluar tanpa sebarang kata. Umi mengeluh dan yang lain hanya memandang tanpa suara. Knight terkejut dengan tindakan Dyan.
"Sabarlah umi. Nanti biar kami yang bercakap dengannya. Kami minta diri dulu ye." Ujar Elly lembut.
Umi mengangguk dan hanya tersenyum hambar kerana dia tahu apa yang bermain difikiran Dyan sebenarnya. Princess keluar dari bilik pengetua. Setelah Princess keluar, Umi memanggil Knight.
"Knight!" panggil Umi.
"Ye Umi." Knight terhenti melangkah dan meamandang pengetua.
"Banyakkan bersabar dengan mereka ye. Mereka dulu bukan macam ni tapi ada beberapa peristiwa berlaku yang membuatkan mereka menjadi seperti ni. Walau ada diantara kamu yang mengetahui cerita peristiwa itu tapi itu hanya permulaan kepada semuanya. Jangan ikut emosi bila berhadapan dengan mereka. Don't judge them without knowing anything. Remember that!" Pesan Umi panjang lebar.
"Baik Umi. Kami keluar dulu." kata Ryan mewakili Knight. Mereka menuju ke kelas untuk mengemas barang-barang memandangkan waktu persekolahan telah tamat.
5 SAPHIRE
Bila Knight tiba di kelas, mereka melihat Princess masih lagi berada di situ. Kelihatannya Princess sedang mengemas barang-barang mereka. Knight turut mengemas barang-barang mereka tanpa menghiraukan Princess.
"Eh, jap! Mana Dyan?" Tanya Puteri memecahkan kesunyian kelas.
Semua memandang termasuk Knight kerana hanya mereka dan ketua kelas je yang belum balik.
"Wei, Adam sini jap. Kau nampak Dyan tak?" Tanya Elly serius.
"Aku nampak dia ke stor tadi waktu aku nak masuk kelas nak ambil barang." Jawab Adam.
"Stor?" Princess seperti berfikir. Tiba-tiba menjerit.
"OMG, JOM CEPAT!!!" mereka berkata serentak.
Knight yang melihat terkejut tetapi hanya menggeleng-geleng.
"Eh, stor? Bukan kunci stor ada dengan aku ke?". Ryan tiba-tiba bersuara dan menyebabkan semua ahli Knight memandangnya. Mereka kemudiannya kelam kabut mengemas dan berlari menuju ke arah Princess.
Skip
"Dyan! Dyan!" panggil Clara.
"Kenapa Korang kat luar?" Tanya Qal kepada Princess yang berada di depan pintu.
"Tak nampak ke. Kami tengah nak masuklah nim." Sinis Puteri menjawab. Terdiam Knight yang ada dekat situ. Ryan datang dan menyuruh yang lain ke tepi. Dia membuka pintu stor dan Princess meluru masuk tanpa menghiraukan Knight dekat situ. Princess mencari Dyan dan ternampak Dyan disebalik barang-barang pembersihan dalam keadaan yang parah.
"Ya Allah! DYAN!" Aisha menjerit.
Yang lain terus ke arah Aisha yang sedang membantu mengalihkan barang-barang yang ada di atas Dyan. Knight yang mendengar terus masuk dan terkejut sambil meluru untuk membantu Princess.
"Ryan, tolong angkat Dyan dan terus bawa dia ke hospital. Clara, Puteri, Qal dan Afham ikut Ryan. Aisha dan Elly bagitahu Umi. Aqram, kau ikut aku. Girls! Stay strong okay!". Aiman bagitahu dengan suara tegas dan menahan marah.
Princess hanya mengangguk tapi pada masa yang sama menahan amarah yang ada. Knight hanya mengikut walaupun terasa pelik dengan sikap Aiman yang tiba-tiba tegas. Mereka terus melaksanakan apa yang diperintahkan. Kemudian setelah selesai semuanya, mereka ke hospital. Aiman akan tegas bila melibatkan nyawa Princess.
HOSPITAL AMPANG PUTERI (author reka je kay)
Aiman, Aqram, Aisha dan Elly menuju ke tempat yang menempatkan Dyan.
"Guys, macam mana?" Tanya Aisha kepada kawan-kawannya.
"Dyan okay cuma keadaan dia lemah." jawab Clara.
"Not once again." Tutur Aisha. Yang lain hanya mengeluh.
"Clara, Girls. Mana Dyan? Macam mana boleh jadi macam ni?" Tanya satu suara dengan nada cemas.
"Along Qi. Dyan okay. Kami tak tahu abang Qi. Mana mama Ira dengan Papa Is? " Jawab Clara.
"Mama dengan Papa tak ada dekat sini. Mereka dekat Abu Dhabi rumah Uncle Bahar. Abang datang sini lepas Mak Su bagi tahu. Kak ngah ada kelas dan yang lain dekat sekolah." Terang Baihaqi, abang sulung Dyan.
"Oohh!! Macam tahu-tahu je apa yang nak ditanya. Hehehe." Jawab Clara.
Baihaqi senyum dan memandang ke arah yang lain dan dia baru perasan sesuatu. Kemudian memandang Clara. Clara seperti memahami bersuara.
"Diorang still tak tahu along. Kenalkan. Guys, ni Abang Baihaqi, abang sulung Dyan. Along, ni Knight. Tu Ryan, Qalish, Aqram, Afham dan Aiman."
Knight bersalam-salaman dengan Baihaqi. Bila tiba giliran Ryan, dia memeluk Ryan sambil berbisik 'Gembira jumpa Mika lagi'. Baihaqi melepaskan pelukan, Ryan terpinga-pinga dan Knight terkejut kecuali Aiman manakala si kembar tidak tahu itu bakal abang ipar mereka. Dia sudah sedia maklum tentang perkara itu. Ryan memandang Aiman dan Aiman mengangguk sambil tersenyum. Setelah itu mereka kemudiannya pulang ke rumah kecuali Baihaqi. Sayu dia melihat adiknya terlantar disitu. Dia tak sanggup untuk hilang adiknya untuk kesekian kalinya.
Malam itu Dyan sedar. Baihaqi yang ada di situ memandang.
"Achik" Baihaqi memanggil adiknya dengan lembut.
"Along" Dyan menjawab dengan lemah.
Doktor kemudiannya masuk dan memeriksa keadaan Dyan. Dia memaklumkan Dyan boleh keluar 2 hari lagi.
Skip
Dyan sudah keluar dari hospital tapi dia tidak kesekolah kerana ada tournament netball bersama Princess yang lain. Di sekolah tengah 'panas' kerana Shila telah dilucutkan jawatan sebagai PKP oleh Cikgu Razif. Knight pula hanya tersenyum sinis memandang Shila.
Knight POV
"Padan muka langsuir tu, berlagak sangat" Kata Qal.
"Tu la. Nasib Dyan tak datang hari ni. Kalau tak, naye je masuk dia hospital balik." Aqram bersetuju dengan kata-kata Qal.
"Hahahaha. Choi kau. Tu la. Tapi kenapa dia tak datang ea. Princess pun tak de hari ni." Afham gelak kemudian bertanya.
Serentak mereka memandang ke arah tempat Princess.
"Ryan, Man, korang tahu tak pasal diorang." Aqram memandang Ryan dan Aiman kemudian bertanya.
"Entah". Jawab mereka serentak.
End POV
Skip
VILLA KELUARGA RYAN
Ryan POV
"Kenapa diaorang tak datang hari ni ea? Pelik. Rekod diaorang sebelum ni menunjukkan diaorang bukan jenis kaki ponteng. Hmmm.. Pelik-pelik."
Tiba-tiba Ryan teringatkan perbualan dia dengan Aiman lepas balik hospital 2 hari lalu.
Flashback
"Ryan, aku nak cakap dengan kau sekejap." Aiman memanggil Ryan dengan perlahan.
"Okay. Kita borak dekat bilik aku" Ryan mengangguk kemudian menjawabnya.
Sampai bilik Ryan terus bertanya "Ada apa-apa aku kena tahu ke?".
Aiman mengeluh sambil mengangguk.
"Apa?" Tanya Ryan dengan dingin.
Aiman memandang sepupunya dan kemudiannya bersuara perlahan. "Kau ingat tak aku tanya kau pasal our little Angles?".
Ryan mengganguk dan mencerca maklumat dalam kepala otaknya. Aiman memandang Ryan. Tiba-tiba mata Ryan membulat dan berkata "You are not kidding right?". Aiman hanya mengangguk dan tersenyum manis.
Ryan kemudiannya menyambung, "No wonderla kau diam je sejak diaorang ada". Aiman senyum sungging.
"Sorry Ryan. Aku tak de niat nak rahsiakannya dari kau dan kawan-kawan yang lain cuma diaorang tak ready. Lagipun ada benda lain yang berlaku dulu." Sayu nada Aiman pada akhir ayat.
Ryan memandang dan berkata dengan tegas. "Tell me all about it Man!".
Aiman memulakan cerita "Tengku Airish Qasrina, kembar Aisha meninggal dalam kemalangan yang dirancang dan Princess tahu siapa yang lakukannya". Bulat mata Ryan mendengarnya.
Ryan bagaikan tersentak dan berkata, "Jap! Maksud kau Rish yang rapat dengan Tasha (Dyan) tu?".
Aiman mengangguk dan menyambungnya, "Yup. Bukan tu je. Banyak sangat perubahan pada mereka. Mereka mempunyai split personality dan sikap mereka berubah sejak kejadian tu. Aku rapat dengan diorang sejak tingkatan satu tapi aku tak cam diorang. Aku boleh tahu tu diaorang bila awal tingkatan dua setelah dua bulan kembar Aisha kemalangan dan itupun sebab Dyan dan Clara terlepas cakap. Aku terkejut sangat wei. Sekelip mata, kita hilang sahabat sepermainan. Semua itu berlaku depan mata Princess dan aku turut ada tapi terlambat sampai. Aku tak sempat nak tolong diaorang sebab aku lambat sampai tempat kejadian. Dan ada dua kumpulan lagi yang tahu pasal ni. Dyan kenal mereka." Aiman menghabiskan ceritanya sambil menangis. Ryan yang mendengar turut mengalirkan air matanya.
Ryan bertanya, "Kau tahu ke siapa yang rancang?"
Aiman menggeleng dan menjawab, "Princess tahu tapi diorang tak nak bagitahu sebab tak nak kita terlibat. Diaorang cakap, biar diaorang je yang tahu pasal benda ni."
Ryan memandang dan berkata, "Kita akan terus kekal dengan dyorang dan cari tahu tetangnya."Senyuman penuh makna diberikan pada Aiman.
Aiman memandang pelik, "Apa maksud kau? diaorang takkan izinkan dan takkan setuju. Mengamuk diaorang nanti. Seram wei bila personality diaorang lagi satu muncul."
"Kau pernah nampak ke?" Ryan bertanya dengan sinis.
Aiman menjawab, "Pernah tapi diaorang seboleh-bolehnya tak nak aku nampak. Tapi aku mengendap dan aku nampak. Diaorang dapat tahu dan diaorang kata 'Jangan sebab benda ni kita putus sahabat'. Diaorang tak nak aku tengok sebab diaorang tak suka aku atau korang tahu personaliti yang lagi satu."
"Aku faham tapi aku nak angles kita yang dulu walau tak lengkap seorang". Tutur Ryan bersahaja.
"Kalau tu kata kau, aku ikut je. Aku pun nak angles yang dulu. Senyuman dan gelak tawa mereka yang dulu sebelum mereka berubah." jujur Aiman berkata.
Ryan menggangguk.
End flashback
'Aku akan pastikan korang berlima kembali seperti dulu dan aku akan tolong korang.' desis hatinya.
End POV
Tok Tok Tok
"Ryan"
"Ye mummy. Masukla. Pintu tak kunci." jawab Ryan.
"Mummy ganggu Ryan ke?"
"Tak de la. Mummy tak ganggu pun. Kenapa?".
"Nah. Simpan kalung ni elok-elok tau. Nanti bila tiba masanya, Mummy ceritakan semuanya. Mummy janji. Mummy keluar dulu. Selamat malam sayang."
"Okay. Selamat malam mummy."
Ryan memandang kalung tu. Kalung yang hanya separuh dan sebentuk cincin di kalung itu. Ada sesuatu yang ibu bapanya rahsiakan darinya. Mungkin nanti Mummy dan Daddy akan bagitau. Fikirnya.
Skip
Setelah tournament netball, mereka terus ke Paris atas tournament yang mereka terlibat iaitu tarian gimnastik berirama secara berkumpulan. Semua yang terlibat dengan netball turut serta kerana pertandingan tersebut diadakan sehari selepas netball. Jadi selama dua minggu mereka tidak hadir kesekolah untuk acara rasmi tersebut. Mereka bersorak keriangan setelah keputusan yang diperoleh dalam sukan yang dipertandingkan diumum. Cikgu-cikgu pengiring juga tersenyum senang dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka.
Share this novel