08-KEBENARAN

Romance Series 3024

Hari persekolahan telah bermula kembali. Princess dan Knight sama-sama menjalankan tugas masing-masing. Hubungan mereka masih okay. Mereka masih belum lagi membincangkan dengan lebih terperinci tentang apa yang berlaku. Setelah selesai bertugas, mereka kembali ke kelas.

5 SAPPHIRE

Princess dan Knight masuk ke kelas bersama-sama dan mengambil tempat masing-masing. Tiba-tiba Shila datang serang Dyan, "Kau? Kau memang tak guna."

Aisha yang bengang mula maki, "Kau ni dah kenapa Shila? Tiba-tiba datang meroyan."

Shila bertempik, "Kau diam! Aku tak bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan betina sundal ni."

Clara yang mendengar perkataan sundal mula panas, warna matanya sudah bertukar, "Jaga sikit mulut kau langsuir. Aku sumbat ulat dalam mulut kau baru tahu." Dyan yang nampak mula tenangkan Clara. Shila mula rasa makin panas. Princess senyum sinis dengan melihat kebisuan Shila. Mereka tahu gadis itu panas. Knight yang melihat mula tidak berasa senang duduk. Mereka tahu Princess tak akan berdiam diri dengan apa yang Shila buat. Nazri yang merupakan ketua kelas masuk ke kelas.

"Cikgu-cikgu tak masuk hari ni. Mereka ada meeting sekarang." kata Nazri.

Princess bangun dan ke Princess Room (PR). Shila memandang tajam. Knight yang dari tadi perhatikan mereka turut bangun mengikuti Princess menuju ke PR.

Tok tok tok

Elly membuka pintu kerana pintu hanya boleh dibuka menggunakan ID mereka sahaja. Yang lain tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran. Elly memandang Knight di muka pintu dan kemudiannya memandang Dyan. Dyan mengeluh dan mengangguk. Elly membenarkan mereka masuk.

"Korang okay?" tanya Aiman lembut.

"Tu je ke soalan yang boleh tanya?" perli Elly.

"Tah. Dari hari tu lagi tu je soalan yang korang bagi." sokong Aisha. Knight mengeluh.

"Kami tanya sebab kami tak tahu apa yang ada dalam kepala otak korang ni. Bukannya boleh percaya sangat korang ni." jujur Aqram berkata.

"Hishhh!!!!! Susah ada tunang yang 'terlebih' caring macam ni." sindir Puteri geram.

"Apa Nina cakap tadi. Ulang balik boleh?" tanya Qal tersengih. Sebaik habis berkata macam tu. Qal mendapat jelingan tajam dari kelima-lima gadis itu. Terdiam dia.

"Boleh tak korang jangan macam ni? Aku tahu berat apa yang berlaku pada korang tapi tolongla bagi peluang pada kita orang. Satu lagi, korang tak nak kongsi ke dengan kitaorang siapa yang terlibat dengan 'kes' itu?" Ryan bersuara serius.

Dyan terkejut dengan soalan terakhir Ryan. Princess memandang Aiman dengan tajam. Aiman yang perasan terus tunduk.

"Izz????" panggil Elly geram.

"Maaf Yana. Izz tak ada pilihan. Izz perlukan diaorang. Izz nak angle-angle Izz yang dulu" sahut Aiman perlahan.

"Man, kau tahu kan yang...." keluh Dyan.

"Aku tahu tapi tak salahkan. Aku yakin Rish juga nak benda yang sama. Dan aku tak nak korang tanggung berlima je. Rish juga kawan kami, salah seorang angle kami sama macam korang. Aku nak kita sama-sama sedarkan orang tu tapi tak nak sampai jadi buruan polis." potong Aiman.

Clara yang masih dalam sisi splitnya bersuara, "Tak semudah tu guys." Princess sudah risau tapi tidak bagi Knight. Mereka tidak perasan akan hal itu.

"Habis tu korang nak tanggung semua ni sesama korang je. Kitaorang ni siapa pada korang? Takkan korang dah tak anggap kitaorang ni sahabat korang walaupun korang tak anggap kitaorang ni tunang korang." marah Qal tapi perlahan dibelakang ayat.

"Bukan macam tu maksud kitaorang. Kitaorang cuma...." Aisha bersuara tapi tersekat di kerongkong.

"Cuma apa?. Sampai bila korang nak macam ni?" tanya Ryan mendatar.

"Ryan...." panggil Dyan.

"Dahla Tasha. Cakap dengan korang memang tak pernah menang. Asyik keras kepala je. Nak ikut cakap korang je. Boleh.." kemarahan Ryan dipotong.

Erin yang kebetulan terdengar terus masuk dengan Firdaus dan Akma memintas kata-kata Ryan. Dia dengar semua dan tak nak Ryan tambahkan luka di hati Dyan. Dia nampak wajah Princess dah keruh. Dia tahu mereka tak mampu nak tahan bila bercakap soal kejadian tu. Split Clara juga sudah beransur.

Erin menyampuk, "Boleh apa Ryan. Watch your word boys. (berjalan ke arah Ryan) Sebelum kau teruskan pandang sekeliling (bisik Erin)."

Ryan diam memandang Princess. Begitu juga dengan Knight. Mereka terkejut melihat Princess yang menunduk. Firdaus dan Akma berjalan ke arah Aisha dan Dyan.  Firdaus terus memeluk Dyan dan Akma memeluk Aisha. Elly dan Puteri memeluk satu sama lain manakala Erin memeluk Clara. Dyan membalas pelukan Firdaus. Dia rasa tenang Firdaus dengan dia. Knight terbuntang melihat perlakuan Firdaus dan Dyan. Ryan mula panas tapi hanya diam. Firdaus dan yang lain melepaskan pelukan masing-masing.

"Kak Chik dah okay? Dah rasa tenang?" tanya Firdaus sambil mencium ubun-ubun Dyan.

"Dah. Thanks Alang." kata Dyan perlahan.

Ryan terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Dyan dan Firdaus. Sama juga dengan Knight. Yang lain hanya memandang biasa seakan-akan tahu tahu hubungan mereka.

"Akak-Akak yang lain macam mana?" tanya Firdaus lagi.

"Kami dah okay. Thanks." jawab Clara pula.

Akma menghulurkan air kepada Princess.

"Oh ya. Kenapa korang ke sini?" tanya Dyan.

"Nah. You forgot about this sis." Firdaus menyerahkan beg yang mengandungi ubat yang sepatutnya diambil oleh Dyan setiap hari sejak kemalangan di stor hari tu.

"Errrr......" Dyan kelu.

Akma & Firdaus-"Chik!!!!!!"

Dyan hanya sengih memandang adik-adiknya. 'Habisla aku nanti' Dyan bercakap dalam hati. Princess dan Erin bulat mata dan memberikan pandangan maut pada Dyan. Dyan telan air liur sebab dia tahu Princess dan Erin tak suka dia suka benda yang 'penting' bagi dia diabaikan. Knight hanya menggeleng-gelengkan kepala memandang mereka meskipun mereka tak faham apa yang berlaku.

"TENGKU ARDYANA NATASHA TENGKU AZREEN ISKANDAR!!!!" pekik Aisha geram.

"Haip!!!!" jawab Dyan laju.

"Kak Chik... Apa ni? Kan kak Chik dah janji tak nak ulang lagi. Kami tak nak rasa hilang Kak Chik lagi." kata Firdaus sayu dan perlahan.

"Acu pun sama. Kami rasa sakit tengok Kak Chik dalam keadaan macam tu dulu." luah Akma pula.

Dyan tersentak dengar pengakuan Firdaus dan Akma. Dia tahu Firdaus dan Akma susah untuk berterus terang apa yang diaorang rasa. Clara memandang sayu wajah adik sepupu-sepupunya itu.

"Fir, Akma.. Kak Chik tak sengaja. Kak Chik minta maaf." kata Dyan serba salah.

Dyan memeluk adik-adiknya. Setelah setengah jam, mereka kembali ke kelas. Tinggalah Knight, Princess dan Erin di PR.

"So, korang nak tahu siapa yang buat right? Tak menyesal ke?" tanya Erin

"Erin!!" serentak Dyan dan Clara menjerit.

"What?? They have the right to know Sha, Lia. They deserve to know the truth my Princesses. Walau benda ni pahit sekalipun diaorang kena tahu." kata Erin.

"Tapi diaorang...." Aisha bersuara mula diam tanpa meneruskan kata-katanya. Erin mengeluh. Yang lain hanya diam.

"Korang betul-betul tak menyesal untuk tahu siapa yang buat? Betul ke korang boleh terima?" tanya Elly pula.

"Kenapa kami nak menyesal? Kenapa kami tak boleh terima?" Aiman menyoal.

Puteri memulakan bicara, "Apa yang berlaku bukan kehendak kami. Kami tak tahu apa-apa tapi kami disalahkan untuk sesuatu yang kami sendiri tak tahu dan akhirnya nyawa jadi galang gantinya. Itulah punca kedinginan kami dan kewujudan personaliti kedua kami semakin kuat."

"Satu persatu kami cari tahu dan dapat apa puncanya. Personaliti kami makin hari makin menonjol. Apa yang kami tak tahu, kami tahu." Aisha sambung dan diam.

"Setelah satu persatu rahsia didedahkan dan akhirnya Nenda mengarahkan Umi Nafisah menghantar kami ke Los Angeles sehinggalah kami dipanggil balik. Tujuan asal dia pada mulanya kami tak tahu tapi sekarang kami tahu." kata Clar perlahan.

"Itulah permulaan segalanya sehingga kini 'dia' masih lagi tidak berpuas hati dengan kami terutama sekali aku." Dyan pula bersuara.

"Tolong jelaskan dari awal boleh. Korang bagi secara umum tanpa menceritakan apa yang berlaku. Tolong jelaskan dengan detail." pinta Ryan.

Princess diam. Erin memandang Dyan dan Dyan mengangguk.

"Dyan dan Buddiez adalah satu kumpulan budak nerd di sekolah dulu dan aku rasa Aiman pun tak lupa pasal ni. Mereka sering kena buli terutama sekali dengan Shila. Mereka terlalu baik di sekolah sehinggalah mereka terpilih menjadi Pengawas. Mereka sedikit tegas tapi tidak seperti sekarang." Erin memulakan cerita.

"Tapi tiga minggu selepas itu, ada seseorang datang dan memarahi serta menampar Airish. Dyan dan Clara ada bersama Airish pada waktu itu. Dyan menghalang perbuatan orang itu dan orang itu mengamuk. Dia pergi dari situ setelah dimaki Dyan." sambung Elly.

"Siapa orang tu?" tanya Qal.

"Shila kan orang tu? Kalau tak silap aku dia seorang je yang cari pasal dengan korang." Aiman mula meneka. Princess dan Erin memandang antara satu sama lain bila mendengar kata-kata tenang daripada Aiman.

"Ya, Shila. Kami ingatkan semua tu settle dekat situ tapi tidak. Pada cuti sekolah, kami berenam keluar dan berjalan-jalan, tiba-tiba ada kumpulan yang menghalang jalan kami. Kumpulan tu kumpulan Lalang. Mereka diarahkan untuk mengganggu kami dan menakutkan kami. Sejujurnya kami takut. Tapi pada masa yang sama ada sesuatu yang berlaku dalam diri kami yang kami tak boleh nak jelaskan. Hanya Airish yang okay sikit berbanding kami." kata Puteri.

"Airish membawa kami ke tempat kami yang dulu iaitu Vila Angsana tapi malangnya ada sesuatu yang lain berlaku. Ada seseorang menunggu kami dan mengamuk di situ. Kami tak tahu siapa dia pada mulanya. Dia menuduh Airish merampas teman lelakinya iaitu Tengku Firash Aidil, abang susuan aku dan Airish. Orang tu tak tahu mengenai itu. Bukan itu sahaja ayah dia juga yang pada mulanya rapat dengan keluarga aku mula membenci disebabkan salah faham yang berlaku dalam keluarga kami. Airish tidak sempat menjelaskan apa-apa pada dia kerana pada masa tu Airish dah lemah dan cedera di bahagian penting dengan pukulan dia. Nadi dia juga lemah. Kami tidak mampu buat apa kerana kami telah disuntik dan berada dalam keadaan lemah. Orang-orang yang membantunya, dia arahkan pulang. Abang Aidil yang turut berada di situ juga disuntik. Orang tu bagaikan orang tidak waras pada masa itu." Aisha menahan tangis.

"Airish kemudiannya dibawa ke kolam. Dia ingin menenggelamkan Airish di situ. Kami hanya mengikut dan menjerit untuk menghalangnya supaya tidak melakukannya. Begitu juga Abang Aidil tapi langsung tidak dihiraukannya. Saat dia tengah sibuk mengamuk, aku mencari peluang untuk menghantar mesej kepada Aiman dan Blacklion serta Cutetiger. Tapi mereka datang terlambat. Airish yang sudah lemah semakin tenggelam dan terkapai-kapai didalangi kolam. Kami terlalu lemah untuk terjun tapi akhirnya abang Aidil yang juga lemah terjun ke dalam kolam malangnya terlambat. Orang tu ketawa terbahak-babak tetapi kemudiannya diam bila dia melihat kami yang sudah menangis dan Airish yang tidak memberi tindak balas, orang tu terus memekik yang dia tidak buat dan terus berlari keluar dan kami tidak sempat menahan. Aiman, Blacklion dan Cutetiger tiba di situ setelah beberapa minit." Dyan bersuara serak. Ryan yang melihat menghampirinya lalu memeluk Dyan. Begitu juga dengan Knight.

"Kami kemudiannya membantu mereka walau terlambat. Airish sudah tiada buat selama-lamanya. Princess meraung disitu bila disahkan Airish sudah tidak ada walaupun mereka lemah begitu juga dengan abang Aidil." Erin menyambung.

Princess sudah teresak-esak dan Erin hanya memandang. Dia sendiri cuba menahan dirinya dari menangis. Begitu juga dengan Dyan. Knight memeluk Princess semakin erat. Erin hanya memerhati dan meneruskan.

"Setelah Airish dikebumikan, Princess dalam kemurungan terutama sekali Dyan. Dia yang paling teruk dan mereka semua pengsan setelah kembali dari perkuburan. Yang lain sedar setelah beberapa hari tapi Dyan tidak. Dia sedar seminggu kemudian kerana dia mengalami tekanan yang kuat. Setelah sedar, mereka masing-masing diam dan tanpa disedari mereka mempunyai personaliti yang lagi satu tapi kami perasan. Warna anak mata mereka berubah satu demi satu. Ibubapa mereka masing-masing sedar tentang benda ni. Pada masa yang sama, sewaktu mereka tidak sedarkan diri, Cutetiger dan Blacklion tanpa pengetahuan Aiman mencari maklumat apa yang berlaku dengan keizinan dan pengetahuan Nenda. Sebaik Dyan sedar kami juga dapat tahu siapa yang buat dan orang itu adalah Shila tapi kami tidak buat apa-apa."

"Sejak itu kami berubah. Tiada lagi kelembutan dalam diri kami dan yang tinggal hanyalah kedinginan. Kami menjadi lebih tegas dan kejam selepas itu. Setelah beberapa minggu kami sedar, Blacklion dan Cutetiger ceritakan apa yang mereka dapat. Mereka tidak membuat laporan polis kerana apa yang mereka dapat cukup untuk membuktikan dia membunuh tapi aku tak benarkan. Princess nak selesaikan cara kami sendiri." kata Dyan. Tangannya menggenggam erat baju Ryan.

"Bila mereka bagitahu nak selesaikan dengan cara mereka sendiri, Tiger dan Lion risau. Bukan sebab kami tak percayakan mereka tapi personaliti kedua mereka mula menonjol. Jadi aku ambil keputusan untuk pindah ke sini. Ahli yang lain tak setuju tapi aku berkeras sebab aku nak dekat dengan mereka. Aku tahu mereka macam mana. Jadi aku stay sini. Tapi tak lama lepas tu, mereka dihantar ke Los Angeles atas arahan Nenda tanpa mereka ketahui sebabnya manakala aku pula terus stay dekat sini bagi memantau 'dia'. Dan pada masa tu jugalah Aiman dapat tahu siapa mereka sebenarnya dan meminta kepastian aku. Aku menceritakan kepada dia tapi tidak kesemuanya. Aku minta Aiman rahsiakan tentang pengetahuan dia berkenaan siapa Princess yang sebenarnya  dan dia rahsiakannya." sambung Erin lagi.

"Apa jadi dengan abang Aidil?"tanya Afham.

"Abang Aidil menyambung pengajian ke Madinah dan kini bekerja sebagai doktor. Dia akan kembali ke Malaysia tak lama lagi." jawab Aisha.

"Keluarga Shila?" tanya Aqram.

"Papa Shila datang serang Keluarga Aisha dan menuduh yang bukan-bukan. Setelah kami siasat, kami dapat tahu Shila telah menipu dan memanipulasi keadaan yang sebenar. Kami sangat marah tapi hanya mendiamkan diri. Kami menceritakan apa yang berlaku kepada keluarga Aisha dan mereka faham." terang Puteri.

"Mereka tahu pasal kes Airish?" tanya Ryan.

"Ye. Bukan mereka je tapi keluarga kami juga dan keluarga korang." jawab Dyan.

"So, sekarang ni korang dah tahu, apa yang korang nak buat?" tanya Erin.

"Menyesal? Tak boleh terima? Masih nak terima kami sebab kami juga dah jadi salah satu punca kematian Airish." tanya Dyan mendatar. Jiwa dia mula kosong.

"Korang tak salah Dyan. Korang bukan punca kematian Rish. Ini ke sebabnya kau tak nak kami terlibat dengan benda ni, Princess!! Sampai aku yang selalu ada dengan korang tak diberitahu." Suara Aiman mula tinggi dan matanya bergenang. Princess diam tidak menjawab. Aiman menyambung. "JAWAB PRINCESS!! YANA! TASHA! LIA! NINA! RINA! KENAPA DIAM!! JAWABLAH!!"' Aiman terasa panas sangat-sangat. Dia yang ada dengan diaorang tapi tak tahu langsung pasal ni.

"Cukup Aiman. M..." Erin mula panas.

"ERIN! SUDAH!! YE IZZ! Inilah sebabnya." halang Elly.

"Jangan marah Elly, Aiman. Kalau kau nak marah, marah aku. Aku yang minta dia tak bagitahu engkau sebab aku tahu siapa engkau dari awal kau masuk sekolah ni lagi. Kau tersasul gelarkan diri kau Izz. Bukan sekali tapi beberapa kali. Aku buat background check pasal kau. Sebab tu aku tahu siapa kau. Itu jugalah punca aku tak bagitahu kau. Aku tahu kita semua akan jumpa lagi tapi aku tak tahu yang kita akan hilang sorang. Dan jujur aku cakap aku, Clara serta Airish happy sangat bila dapat jumpa kau balik." kata Dyan sayu. Aiman kelu.

"Dyan...." panggil Ryan.

Bunyi loceng menandakan waktu persekolahan dah tamat.

"Jom balik girls. Knight, kami nak kunci pintu. Korang nak stay dekat sini lagi ke?" Dyan bersuara perlahan. Mereka kemudiannya menuju ke kelas dan mengemas barang-barang mereka. Princess pulang setelah selesai mengemas. Mereka tidak memandang ke arah Knight. Knight memandang dengan wajah sayu. Sayu melihat kepedihan buah hati masing-masing. Ye, mereka menyayangi Princess. Dalam diam ada lapan padang mata memandang mereka sayu.

~Vote kay~????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience