VILA KNIGHT
"Kau suruh kitaorang datang sini kau ada rancangan ke?" tanya Puteri.
"A'ah. Kalau ada aku nak dengar?" sokong Elly.
"Eh! Gais. Knight, aku kenalkan Blacklion dan Cutetiger dari Monica Highschool." tutur Erin.
"Monica Highschool? Patutlah macam pernah nampak. Tapi kejap! Korang ni aktif sukan juga kan?" tanya Aqram.
"Yup. Tak payah nak terkejut sangat ya. Kitaorang rival korang dalam GPO dan sukan. Jangan tanya jenapa kitaorang dekat sini. Aku boleh cakap yang kitaorang lebih tahu berkaitan kejadian tu dan apa-apa yang berkaitan dengan Dyan, kitaorang akan campur. So, please jangan marah Erin. Dia tak salah." kata Shah panjang lebar.
"What do you mean?" tanya Afham serius.
"Kalau nak tanya berkaitan hal tu tanya lain kali ye. Sekarang balik pada tujuan asal kita ke sini." sampuk Irene tegas.
"Mak ai. Garangnya." bisik Afham.
"Aku dengar sengal." kata Irene mendatar. Afham diam.
"Apa rancangan kau Ryan?" tanya Qal pula.
"Apa Kata kalau kita bersemuka dengan geng tu dan bincang elok-elok. Aku rasa diaorang pasti dapat terima." jawab Ryan.
"Kau yakin diaorang boleh terima?" soal Aiman.
"Aku yakin boleh." jawab Ryan yakin.
"Tapi macam mana? Diaorang jumpa pun tak nak apatah lagi bersemuka." kata Aisha
"A'ah. Blacklion dan Cutetiger dah banyak kali cuba untuk jumpa dengan Lalang tapi tak pernah dapat. Kitaorang dah tak tahu nak buat macam mana. Kita just boleh harap benda ni selesai dengan cepat." tutur Adrian lelah.
"A'ah. Lagi cepat lagi bagus." sokong Hanif.
"Aku tak kisah. Cepat settle aman hidup aku. Lagipun ini untuk keselamatan Dyan juga. Nak-nak lagi majlis tu dah dekat. Dahla majlis tu penting pada Dyan dan kitaorang" kata Erin.
"Majlis? Majlis apa?" soal Aqram.
"Tak ada apa-apa." Adrian bersuara sambil menjegilkan matanya pada Erin.
"Bila nak jumpa?" tanya Clara. Semua diam memikirkannya.
"Boleh jadi ke plan ni? Bukan nak pertikaikan kredibiliti kau Ryan tapi kalau jumpa tanpa apa-apa susah diaorang nak percaya." Elly menyoal tiba-tiba.
"Aku sokong kau Elly. Lagipun diaorang tu bukannya mudah nak dibawa bincang. Keras kepala campur kepala batu." Alexa mula bersuara.
"Kita cuba. Mana tahu kalau dengan cara macam ni diaorang cuba untuk cari tahu perkara sebenar. Kita tawakal je." kata Ryan.
"Ada logik juga kau cakap tu Ryan. Kita cuba." Sokong Aiman.
Dyan macam mana? Nak bagitahu dia ke?" tanya Clara.
"Better bagitahula. Kalau dia mengamuk tahan je la." putus Ryan.
"A'ah. Wajib bagitahu. Kang dia tahu dari orang lain naya kita. Kau nak sejarah berulang kembali ke Cla?" tanya Adrian. Clara bulat mata.
"TAK NAK!!!" Clara laju terjerit.
"Kalau macam tu kejap lagi kita jumpa dia. Harap dia tak meroyan." kata Hanif.
"Okay" Princess menjawab dalam nada redha.
"Kita buat hujung minggu ni." Ryan memberi kata putus.
Semua bersetuju dengan cadangan Ryan termasuk Blacklion dan Cutetiger. Cuma mereka tidak tahu penerimaan Dyan macam mana. Habis perjumpaan tu, Blacklion, Cutetiger dan Clara ke rumah Dyan.
VILA DARSHA
"Babe, kitaorang nak bagitahu something but please listen first before kau mengamuk ea." tutur Clara berhati-hati.
"Yup, please ea sweetie listen dulu then baru decide kay but jangan marah tau. Kitaorang just nak yang terbaik untuk kau." kata Adrian pula.
"Apa benda? Siap merayu bagai. Seram tau tak." Dyan bersuara geram.
"Tadi kami ke Vila Knight. Kami bincang pasal geng Lalang." Shah membuka bicara.
"Macam mana diaorang boleh tahu? Puteri dan Elly tahu jugala ni?" tanya Dyan bertalu-talu.
"Sorry Dyan. Aku tak de pilihan." kata Erin serba salah.
"Aku dah agak. Tak pela. So, apa rancangannya?" tanya Dyan mendatar.
"Ryan cadangkan untuk bersemuka dengan mereka je tanpa apa-apa backup." kata Hanif.
"Boleh berjaya ke?" tanya Dyan sedikit ragu.
"Kita cuba." jawab Alexa perlahan.
"Okay." kata Dyan.
Mereka kemudiannya kembali ke rumah masing-masing setelah beberapa luangkan masa bersama-sama.
Skip
*****
Clara membuka telefonnya lalu menghantar pesanan pada Aisha.
From: Clara
'Aq dah bgthu Dyan. Dyan ok je.'
To: Aisha
'Ok. Tq beb. Dia tak marah ke?'
From: Clara
'X pun macam org dh thu je wei. X pela. Janji dia ok.'
To: Aisha
'Ok'
¤¤¤¤¤
BILIK DYAN
Dyan memandang ke arah laci di sebelah katil dia. Ada sesuatu di situ. Sesuatu yang dah lama dia simpan. Kejadian yang meragut nyawa banyak orang-orang yang dia kasihi. 'Mungkin dah tiba masanya untuk selesaikan salah faham ni' Monolog Dyan dalam hati.
~Hujung Minggu~
Princess, Balacklion, Knight dan Cutetiger bergerak ke port geng lalang yang mana tempat tu adalah tempat pertumpahan darah yang berlaku dulu.
"Kita dah sampai." tutur Clara bersahaja.
"Biar betul wei. Ini ke tempatnya?" tanya Ryan.
"Betulla. Apa pula tak betulnya. Inilah rumah medan." kata Adrian.
"Jom masuk." ajak Alexa.
Sebaik sahaja mereka masuk bunyi tepukan memenuhi ruang. Clap clap clap.
"Well! Well! Well! Look who's here! 4 gang of the instafamous. What can i do for you Tengkus?" kata Amarul sinis.
"Oh my. My beloved cousin, Tengku Aryan Mikael is here too. Hahaha." Razif bersuara teruja.
"Enough Zif. Kami datang nak selesaikan apa yang patut diselesaikan dahulu. Korang berenam kena dengar apa yang berlaku dan TAK ADA BANTAHAN!" Ryan bersuara tegas dan bengang.
Semua orang termasuk Geng Lalang terkejut dengan kemarahan Ryan yang tiba-tiba itu. Geng Lalang tahu jika Ryan marah boleh hancur dan mereka sememangnya seram dengan Ryan. Amukan Ryan yang paling mereka elakkan.
"Okay. Sila jelaskan." Akhbar bersuara memecahkan ketegangan tu.
Erin, Aisha, Clara dan Aiman menceritakan dari A ke Z apa yang berlaku. Mereka selang seli dengan cerita dari setiap maklumat yang mereka dapat.
"Aku tak percaya. Korang tipu. Mana buktinya. Korang yang bunuh abang aku. Korang dan Dyan sama je penipu." Qalif mula memberontak menafikan semua tu.
Geng Lalang ingin mengeluarkan pistol kecuali Tahrim kerana dia seperti nampak kebenaran yang berlaku disitu. Belum sempat Tahrim menghalang rakan-rakannya menyentuh geng Blacklion dan Knight yang melindungi Princess, tiba-tiba ada suara memberi amaran berbaur ugutan, "Kalau kau sentuh mereka walau seinci, aku tembak korang satu persatu. Jangan main-main dengan aku."
Dyan keluar dari tempat persembunyian dia. Dia sememangnya ada disitu sejak 5 geng itu bersemuka. Kelima-lima kumpulan memandang ke arah gadis yang memakai hoodie yang menutupi wajah. Bila hoodie itu diturunkan, semua yang ada disitu terkejut dan bulat mata mereka.
Dyan tersenyum manis memandang mereka yang terkejut dan menyapa dengan selamba, "Hi geng. Miss me? Hikhik."
Ryan yang terkejut mula bertanya, "Kau! Macam mana kau ada dekat sini. Bukan kau tak sihat ke?"
Adrian menyokong dengan suara sinis, "Hahahah. Sah! Kau kenakan kita orang!". Adrian mula cemberut mukanya.
Dyan senyum macam kerang busuk. Princess, Knight, Blacklion dan Cutetiger memandang Dyan dengan tidak puas hati.
"Relaks bro. Aku jumpa along dulu untuk dapatkan something then baru aku boleh follow plan korang. Kalau aku bagitau korang, hancur jadinya rancangan aku selama ni. Sorry girls, boys. Okay, back to you guys. Korang minta bukti right?" kata Dyan apabipa melihat empat kumpulan yang ingin meletop sebab geram dan bengang.
"Yes." kata Amarul mendatar.
"Tahrim, Damiyan boleh tolong tak?" soal Dyan bersahaja pada dua geng lalang tu dengan senyuman creepy.
"To...Tolong apa?" jawab Tahrim dan Damiyan gugup. Blacklion, Cutetiger dan Clara yang melihat diaorang gugup menahan gelak dalam hati.
"Take this and play it at the screen." arah Dyan dengan pandangan tajam.
Mereka terus mengambil dan memasangnya di screen. Semua yang memandang video itu terkejut. Mereka tidak menyangka geng yang mereka percaya memanipulasi mereka. Semua pistol dijatuhkan dan mereka memandang ke arah Knight, Blacklion, Cutetiger dan akhir sekali Princess dengan perasaan bercampur baur.
"Aku...."
Dyan memotong kata-kata Amarul, "Aku tahu apa yang jadi pada korang. Ibu bapa korang juga sedia maklum. Mereka tidak jelaskan pada korang sebab aku yang minta. Aku minta nak bagitahu korang sendiri. Begitu juga dengan Khai."
"Tapi kenapa? Terlalu lama kau biarkan salah faham ni." Akhbar yang mendengar menyoal Dyan.
"Sebab geng satu lagi betul tak?" Teka Elly.
"Kau memang cepat tangkap El. Ye. Geng Belut adalah geng yang dikehendaki polis. Dulu kami gaduh dengan abang dan adik korang sebab geng tu. Geng tu nak abang dan adik korang jadi 'keldai dadah' mereka tapi tak sempat sebab aku dapat pecahkan semuanya. Jadi mereka bunuh diaorang sewaktu sesi perdamaian berlaku. Kemudian mereka target korang. Tapi malangnya aku sempat berkomplot dengan pegawai polis tentang ni. Mereka dah 'jaga' korang dengan baik nampaknya." Dyan menyengih sambil berkata tetapi pada hujungnya ada nada perlian di situ.
Dyan memandang Damiyan dan Tahrim dengan renungan tajam dan senyum sinis. Manakala Damiyan dan Tahrim sudah seram sejuk. Mereka okay lagi tetapi bila si Ice Princess tenung macam tu mereka yang merupakan pegawai polis pun seram.
"Anything you want to say Sarjan Tahrim dan Inspektor Damiyan?" Dyan menyoal dingin.
Melopong semua yang ada disitu termasuk Lalang.
Damiyan membetulkan anak tekaknya dan bersuara, "Ehem. Saya minta maaf. Saya tak dapat mengawalnya tadi."
"Saya pun sama. (Memandang Damiyan). Tuan, saya akan buat laporan kepada ibu pejabat sekarang." ujar Tahrim.
"Teruskan sarjan. Cik Dyan, terima kasih untuk maklumat dan bantuan yang Cik Dyan hulurkan." arah Damiyan pada Tahrim.
"Sama-sama tuan. By the way, tak payah nak formal sangat. Aku hempuk juga karang kan kau ni bang." Dyan menjawab sambil menjeling geram.
"Abang???" sebut Princess dan Knight serentak.
Erin yang dari tadi lagi diam terus meletus tawanya, "Hahaha. Tu abang akula merangkap sepupu Dyan. Tapikan kenapa aku tak tahu ea pasal ni Dyan, Abang Long?"
Damiyan memandang adiknya dan semua yang ada disitu, "Prosedur polis Achik. Nak-nak lagi deal dengan penjenayah memang takla si Dyan ni nak libatkan kau dan yang lain."
Clara yang membara dari tadi diam mula bersuara, "Ehem-Ehem! I think you three owe us an exlanation. Right Dyan?"
"Okay! Okay! Aku story. But please jangan marah aku ea." kata Dyan sambil tersengih.
Dyan menceritakan semuanya selang seli dengan penerangan daripada Damiyan dan Tahrim. Kesemua mereka yang ada dekat situ mengangguk faham. Salah faham antara geng Lalang dengan Princess dan Cutetiger beserta Blacklion dah pun selesai sepenuhnya. Mereka pulang dengan hati yang lapang.
******
PRINCESS VILA (PV)
Malam tu Princess lepak di ruang tamu di PV.
"Wei, bosan do. Nak buat apa ni?" keluh Puteri.
"Entahlah. Aku pun tak tahu." kata Aisha. Aisha pandang Dyan yamg diam dan termenung. Begitu juga yang lain.
"Yan, kau okay?" tanya Clara. Dyan pandang Clara dan yang lain.
"Aku tak tahu. Korang ada terima tak apa-apa dari ibubapa kita?" tanya Dyan terus.
"Ada. Dan yang peliknya diaorang suruh kitaorang jaga dan pakai setiap masa." kata Elly.
"Kenapa kau tanya? Kita semua sama je kan." kata Aisha.
"Tak. Kita semua punya tak sama. Dan aku ternampak Ryan memakai cincin yang sama dengan aku." kata Dyan perlahan.
"What? Kau biar betul?" tanya Clara terkejut.
"Betullah. Bukan dia je. Aku nampak Afham pakai cincin yang sama dengan aku dan Aiman pakai cincin yang sama dengan Elly." sokong Clara. Bulat mata mereka.
"Aku harap apa yang aku fikirkan ni tak betul." keluh Dyan.
"Jangan Dyan. Aku tak sanggup nak dengar benda tu." kata Puteri seakan dapat membaca apa yang difikiran Dyan.
"Tak mustahil Put. Lagipun aku dapat tahu benda ni rekaan asli dari Nenda." kata Dyan.
"Habis kalau betul macam mana?" tanya Aisha perlahan.
"Entah. Aku tak tahu. Tapi aku tahu satu benda. Nak tak nak kena teruskan juga rancangan kita ni" tekad Dyan.
"Kalau macam tu aku setuju. Oh ya, bila nak mula?" tanya Clara.
"Dah boleh mula dah. Korang start dulu tapi pastikan Knight tak tahu termasuk Aiman." kata Dyan.
"Tapi susah doo nak mengelak dari Aiman. Dia macam tahu apa kita nak buat." kata Aisha.
"Tu la. Dasar mata helang betulla mamat tu. Hish. Geram aku." luah Clara.
"Hahaha. Yang kau nak marah sangat ni kenapa Cla?" tanya Dyan sambil tergelak.
"Mana aku tak marah. Dia gagalkan plan aku nak kenakan Afham. Eiiii...geram tahu tak. Dahlah buaya gila tu kutuk aku macam-macam." luah Clara bengang.
"Sabar je la. Kau macam tak kenal Aiman macam mana. Tapikan bersyukurlah tengok dia sekarang. Dah ada geng sesama jantina dengan dia. Dulu lonely je. Agaknya masa kuta pergi dulu mesti dia lagi lonely dekat sekolah." kata Dyan sayu. Princess turut sama sayu.
"Tak kut. Kan ada Asy, Ijan, dan geng nakal tu. Lagipun Lintah ada bagitahu aku selama ni diaorang selalu heret Aiman kalau nampak dia seorang sampailah Knight yang lain muncul." kata Aisha.
"Kalau macam tu Alhamdulillah. Setidaknya dia tak terlalu sunyi sepanjang waktu tu." kata Clara lega. Begitu juga Princess yang lain.
Share this novel