07-TUNANG

Other Series 3013

Hari Majlis

Ahli keluarga Knight, Princess, ahli keluarga Princess, Dyan dan seluruh keluarga dia telah berkumpul di Monica Hotel bagi melaksanakan majlis pelancaran hotel yang baru dibuka di cawangan Malaysia. Majlis bermula di padang dan semua berkumpul di sana. Bermula dengan ucapan Nenda Dyan sebagai Presiden dan Penaung Monica Hotel dan seterusnya ke acara horse riding pedang. Semua memberikan tepukan gemuruh. Setelah acara selesai, kesemua ahli horse riding menaiki pentas yang disediakan di padang dan membuka helmet dan topeng mereka. Ternganga semua yang ada disitu termasuk Knight dan adik-adiknya. Firdaus adalah ketua bagi horse riding kerana hanya dia seorang lelaki. Knight masih lagi kaku sebab terkejut dan mereka kemudiannya berarak ke dewan. Ahli horse riding ke bilik persalinan bagi menukar pakaian.

Acara seterusnya adalah balet dan acara itu juga selesai dengan gemilangnya. Majlis pelancaran tersebut telah berjalan dengan lancar dan tamat di sebelah petangnya. Semua yang ada disitu memberikan ucapan tahniah dan mengucapkan syukur kerana majlis itu sangat meriah dan lancar. Semua telah pulang kecuali Knight dan keluarganya serta Princess dan keluarganya. Mereka semua diminta berkumpul di sebuah bilik khas yang muat untuk menempatkan semua orang. Semua telah berkumpul dan mereka hanya menunggu Princess, Cutetiger dan Blacklion kerana mereka perlu menyelesaikan tugas mereka. Tak lama selepas itu ketiga-tiga kumpulan itu masuk.

"Maaf semua kerana kami terlambat. Ada perkara yang kami perlu selesaikan. Nenda, ini laporan untuk majlis ini dari persiapan sehingga majlis ini selesai seperti yang Nenda minta." ucap Dyan dengan sopan.

Knight terkejut dengan kata-kata Dyan.

"Tahniah cucunda-cucunda sekalian. Tahniah juga kepada Princess. Terima kasih untuk semuanya. Nenda akan semak laporan ini nanti. Ada perkara yang lebih penting daripada ni yang IbuBapa kamu ingin beritahu." kata Ku Lisa dengan senyuman manis dibibirnya.

"Terima kasih Nenda dan sama-sama. Perkara penting? Boleh Dyan tahu apa bendanya?" tanya Dyan lembut.

Dyan dan Princess memandang ibu bapa masing-masing. Pelik dengan raut wajah ibubapa mereka. Tanpa disedari Knight ternampak sesuatu di jari manis milik Princess dan Princess ternampak cincin di jari manis milik Knight yang sama dengan pasangan masing-maing. Ye, cincin yang sama dengan ada di jari mereka. Masing-masing memandang satu sama lain.

"Please Kings and Queens, Nenda ada apa ni? Kenapa kena kumpul dekat sini? Ada apa-apa yang all of you sembunyikan dari kami ke?" tanya Clara tanpa nada.

"Behave Clara Aulia!" kata Dyan tegas meskipun dia sendiri menahan rasa.

"A'ah. Ada apa-apa nak beritahu kami ke?" tanya Puteri pula menghiraukan amaran Dyan.

"Papa Is dan semua yang ada dekat sini ada something nak bagitahu terutama Knight dan Princess. Papa harap kamu semua dapat terima tak kira setuju atau tidak. Bantahan tidak diterima." Iskandar memulakan bicara.

"Daddy Am setuju dengan kata-kata Papa Is tadi." sampuk Arqam.

"Apa maksud Daddy?" tanya Ryan bersahaja.

"Kami semua nak satukan Knight dan Princess waktu cuti pertengahan nanti. Mummy Maya dan bincang dengan yang lain. Untuk pengetahuan semua, kamu semua sebenarnya dah bertunang sejak dahulu lagi sebulan setelah Princess berangkat ke Los Angeles." kata Maya lembut.

"What? Bertunang? Kami semua masih lagi budak sekolah. Baru tingkatan 5 King and Queen." bantah Elly.

"Betul tu. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kami dah bertunang. Macam mana benda ni boleh berlaku?" keluh Dyan lemah.

Ryan mula mengeluarkan suaranya dengan tegas, "Ye. Kami semua nak tahu dari awal sampai akhir. Please explain now!"

"Mummy ada bagi rantai dan cincin pada kamu ingat tak? Mummy Maya rasa yang lain pun sama." kata Mummy Maya tenang.

"You mean this right?" Ryan bersuara sambil menunjukkan rantai dan cincinnya. Knight mengeluarkan rantai dan gelang milik mereka. Begitu juga dengan Princess. Mereka mendapat anggukan daripada IbuBapa mereka.

"Ibu Syirah nak semua tahu, kami buat semua ni sebab kami sayangkan kamu. Kami tak nak sejarah hitam berulang lagi pada kamu semua. Kami tahu kamu semua sayangkan dia dan kami nak kamu semua ikhlas serta lupakan dia. Bukan tu aje, kami juga tahu ada perkara lain yang turut berlaku pada kamu bersepuluh baik dari Knight ataupun Princess. Ada beberapa peristiwa yang kamu rahsiakan dari kami dan tidak ingin kami ketahui tapi sebaliknya kami tahu dan kami tak nak ianya berulang." Syirah mula bersuara tenang.

"Umi Mary nak kamu teruskan kehidupan kamu. Sejak kejadian tu, kami bersepakat nak satukan kamu dengan pilihan kami. Kami tahu risikonya tapi kami tak nak kamu berlima terus-terusan dalam keadaan ni. Ikhlas kan dia pada penciptanya dan redha dengan apa yang berlaku. Umi Mary redha Allah ambil 'dia' dari Umi Mary. Jujur umi rak pernah lupakan dia sebab dia anak umi tapi umi masih ada anak-anak umi yang lain." Maria Membuka mulutnya sayu.

Princess tunduk. Aisha terus memeluk uminya. Dia rindukan kembarnya. Mengalir air mata Princess. Dan Princess akhirnya memeluk ibu masing termasuk Dyan. Knight yang memandang terkejut melihat Dyan tapi yang paling mengejutkan mereka Ryan dan Aiman turut bersedih dan muram.

Qal memandang dan bertanya, "Man, Ryan ada apa-apa korang rahsiakan daripada kami?"

Mereka berdua hanya diam.

"Kamu semua rindukan dia ke?" tanya Myasara.

"Mummy, kami rindukan Airish. Kami selalu rasa dia ada dengan kami. Terasa seperti dia mengejar kami." kata Clara dalam tangisan.

"Ye. Kami rasa Rish dekat sangat dengan kami." sokong Dyan dan pelukannya makin dieratkan.

"Mama Cat nak kamu semua banyakkan berdoa. Kami tahu apa perasaan kamu semua. Dia akan sentiasa ada dengan kamu tapi dalam hati kamu. Dia hidup dalam hati kamu. Ingat tu." kata Catrina.

"Ye Mama." sahut Princess perlahan.

"Balik pada cerita tadi. Lepas Airish pergi, Umi Aina dan yang lain berbincang dan mengambil keputusan untuk menyatukan kamu semua. Kami tak nak kehilangan kamu. Kami semua sayang kamu." kata Aina lembut.

"Dyan, Aisha, Ibu Inas tahu kamu yang paling rapat dengan Rish dan kami nak kamu teruskan kehidupan kamu. Kami yakin Airish juga nakkan hal yang sama." Inas bersuara lembut. Mereka hanya diam.

"Baba setuju dengan Ibu Inas. Baiklah kami akan kenalkan kamu dengan tunang masing-masing." kata Qadri.

"Dyan, Aryan adalah tunang kamu." Iskandar berkata.

"Ryan, Dyan tunang kamu." kata Arqam.

Ryan dan Dyan memandang satu sama lain. Mereka berdua diam.

"Puteri, Qal tunang kamu." Irshad pula bersuara.

"Qal,Puteri is your fiancee." Qadri perkenalkannya.

"Aqram, Afham, Aisha dan Clara tunang kamu." Amir mengambil alih.

Aqram, Afham, Aisha dan Clara menjerit, "What?"

"Yes Aisha. Aqram tunang kamu. Walid tak nak dengar bantahan." Irfan bersuara tegas.

"Me too Cla. Afham tunang kamu. Daddy pun tak nak dengar bantahan." Sokong Erman.

Yang tinggal hanyalah Aiman dan Elly. Masing-masing memandang satu sama lain.

"I guess he is my fiance, right Papa?" Elly bersuara.

"Yes sweetie." jawab Ehsan.

"Abah?" Aiman bersuara.

"Yes Aiman." jawab Adelard.

Aiman & Elly-"Okay!"

Princess mengeluh dan kemudiannya bangun. Dyan bersuara dan tunduk hormat pada semua sambil menuju ke arah nendanya dan memeluknya, "Papa, Mama, Dyan balik PV. Nenda, nanti kita jumpa lagi ye." Princess pun sama dan bersuara serentak, "Kami pun." Clara mengikuti jejak Dyan. Knight mengeluh melihat kelakuan Princess. Ibubapa mereka juga hanya menggeleng-geleng.

Knight bangun. "Kami pun balik KV. Kami minta diri dulu." Ryan berkata mewakili rakan-rakannya. Mereka pun beredar.

"Ira dah cakap mereka pasti tak terima. Ira kenal sangat mereka. Hati mereka keras lepas kejadian tu." kata Nadhirah tegas dan sayu.

"Sudahlah Ira. Bonda yakin mereka boleh terima. Mereka cuma perlukan masa." pujuk Ku Lisa.

"Sabar kak Long. Fisa yakin mereka pasti terima. Kita jangan paksa mereka dulu sebab mungkin mereka stress. Ye la, tak lama lagi final untuk balet berirama dan permulaan pertandingan sukan. Fisa juga yakin, Knight pasti boleh bantu mereka." Nafisah juga memujuknya.

"Fuzah pun rasa benda yang sama. Kita serahkan semuanya pada mereka. Kita hanya perhatikan dari jauh. Kalau keadaan makin keruh baru kita masuk campur." sokong Hafuzah.

"Ye. Betul tu. Dah la. Jangan risau sangat Ira." Inas meyakinkan Nadhirah.

¤¤¤¤¤

Knight masih belum berlalu dan kebetulan masih berada di pintu mendengar segala perbualan ibubapa mereka. Mereka kemudiannya ambil keputusan untuk berjumpa dengan Princess.

"Aiman, kau tahu villa diaorang dekat mana?" tanya Ryan.

"Ye, aku tahu." jawab Aiman.

"Okay. Kita semua ke sana. Kita perlu berbincang dengan mereka. As for you three, accept them with all your heart. There something you need to know but i will tell you after this." kata Ryan mendatar lalu bergerak pergi diikuti yang lain.

PRINCESS VILLA (PV)

Ting tong ting tong

Dyan membuka pintu dan dia terkejut melihat Knight dihadapan pintu.

"Assalamualaikum. Tak nak jemput kami masuk ke, cik tunang." Ryan berkata sambil menyengih. Begitu juga dengan Knight yang lain. Dyan mencebik.

"Waalaikumsalam. Jemput masuk." jawab Dyan mendatar.

Princess yang sedang berehat terkejut melihat Knight di hadapan mereka. Knight kemudiannya duduk berdekatan dan berdepan dengan tunang masing-masing. Princess hanya beku dihadapan tunang mereka. Knight menjelaskan kedatangan mereka dan mereka saling berbincang. Setelah lama berbincang, Princess mendiamkan diri seakan-akan tidak dapat menerima apa yang berlaku. Mereka tidak memandang Knight sebaliknya menunduk dan tidak mahu bertentang mata dengan encik tunang. Knight mengeluh melihat kebisuan Princess.

"Tasha...." Ryan memanggil Dyan. Dyan memandang dengan terkejut tapi dia hanya diam.

"Yana..." Kali ni Aiman memandang Elly. Tidak lama kemudian Elly terus menghamburkan tangisnya di bahu Aiman. Princess yang menahan tangis dari tadi sejak pulang dari hotel terus menangis. Akhirnya, masing-masing menangis di bahu dan dada tunang masing-masing. Qal, Aqram dan Afham masih bingung tapi Ryan dan Aiman tidak. Mereka membiarkan Princess menangis sehingga mereka reda.

Setelah dilihat tangisan Princess reda, Ryan bersuara, "Tasha dah okay?"

Dyan memandang Ryan tidak berkelip. Ryan yang memandang terus tergelak. "Kenapa pandang Mika macam tu? Ada apa-apa dekat muka Mika ke?"

Qal, Aqram dan Afham yang mendengar cara panggilan Ryan dekat Dyan turut memandang.

"Errr...Ryan, kenapa kau bahasakan diri kau Mika dengan Dyan dan kau panggil dia Tasha?" tanya Qal bingung.

Ryan memandang kemudian tergelak. Aiman turut sama tergelak. Dyan dan Clara dapat agak yang mereka dah tahu tapi tidak bagi 6 orang dihadapan mereka.

"Korang memang tak kenal atau pura-pura tak kenal?" Aiman bertanya.

"Apa maksud kau?" Afham tanya pelik.

"Wait! Wait! Kau panggil Dyan dengan nama Tasha kan tadi. Maksudnya Dyan ni angle kita waktu kecil dulu. Oh God! Biar betul Ryan?" Aqram bersuara terkejut.

"Betulla. Apa pula tak betulnya." jawab Ryan bersahaja.

"Jap! Jadi maksudnya mereka semua ni....." Qal yang baru dapat cerna bulat matanya.

Ayat Qal tergantung disitu. Ryan dan Aiman mengangguk. Princess hanya diam dan memandang Dyan.

"Dyan...." Elly memanggil Dyan.

Dyan mengeluh dan mengangguk. Kali ni Princess pula terkejut kecuali Clara. Ryan dan Aiman juga terkejut.

"Cla, kau dah tahu pasal ni?" Aisha bertanya Clara.

Clara hanya mengangguk. Semua diam sekali lagi. Knight masih lagi tidak dapat tangkap. Afham tiba-tiba menangis dan bersuara, "Sampai hati korang tak bagitahu kitaorang. Korang tahu kitaorang rindukan angles kita." Tercengang yang lain melihat Afham yang tiba-tiba menangis termasuk Princess. Ryan dan Aiman menepuk dahi. Dyan dan Clara sudah menggeleng kepala.

"Afham! Afham!" Aiman menggelengkan kepalanya.

"Ham, guys, aku kenalkan, ni Tasha, Nina, Rina, Lia dan Yana. Our angles." kata Ryan.

"Girls, meet our Princes, ni Mika, Haikal, Danny, Niel dan Izz." Dyan pula memainkan peranannya.

Princess dan Knight saling memandang, then,

Princess & Knight menjerit, "WHAT?????"

Bergema rumah tu dengan jeritan mereka.

"Korang ni dah kenapa terkejut sangat?" marah Dyan.

"Aku tak percaya. Ni Haikal? Aku tak percaya." Puteri menafikan fakta.

"Aku pun." Aisha dan Elly bersuara serentak.

"Kau ingat aku percaya. Aku pun tak percaya yang kau ni Nina." Qal pula bersuara bengang. Aqram dan Afham memandang kosong.

"Sudah. Peningla aku macam ni. Tadi kata rindu. Bila dah tahu tak nak percaya pula. Aduhai!!!" keluh Ryan.

"Entahlah korang ni. Haishhhh!!!! Arghhhh!!!!" amuk Dyan bengang.

Aura Ice Princess dah keluar. Semua yang ada dia situ terus diam.

"Relaks Dyan. Tenangkan diri kau tu dulu. Guys, kita datang sini nak bincang tapi apa kita buat ni. Boleh tak kita bincang elok-elok." Aiman mengeluarkan suara tegas.

"Sorry." gumam Aisha perlahan.

"Girls, kami tahu susah untuk korang sebab apa yang korang alami terlalu berat tapi kami nak korang tahu yang korang tak bersendirian. Korang ada kita orang. Dan sekarang korang dah jadi tunang kita orang. Jujur aku cakap, Dyan aku terima kau sebagai tunang aku." kata Ryan.

Dyan tersentak dan terkejut.

"Tengku Ellyana Irish, aku terima kau sebagai tunangku." Aiman pula bersuara.

"Nina, Haikal sayang Nina. Haikal terima Nina sebagai tunang Haikal." jujur Qal bersuara.

"Lia, Niel terima Lia sebagai tunang Niel." kata Afham memandang redup pada Clara.

"Tengku Aisha Qarina, would you like to accept me as your fiance?" tanya Aqram lembut.

Semua ahli Princess kaku di tempat masing-masing. Dyan juga belum berikan apa-apa reaksi. Mereka kehilangan kata-kata.

"Kami tak tahu." keluh Dyan mewakili Princess.

"Kenapa?" tanya Ryan lembut.

"Kami tak sama macam yang lain. Apa yang berlaku dalam hidup kami telah mengubah semuanya termasuk diri kami. Kalau kami hilang kawalan, kami tak akan jadi diri kami sendiri." jawab Dyan sayu.

"Kalau hal tu, korang jangan risau, kalau korang hilang kawalan, kami akan bantu korang. Kami minta korang percaya dengan kami." Aiman memujuk.

"Kau yakin?" tanya Elly.

"Kami yakin." kata Ryan tekad.

"Jap-jap. Apa yang korang cakapkan ni? Aku tak faham apa-apa." tanya Qal bingung.

"Nanti aku ceritakan pada korang. Dah sekarang. Kami balik dulu. Fikirkan lah. Kita jumpa dekat sekolah nanti." Aiman bersuara. Princess mengangguk.

"Kami pulang dulu." pamit Ryan.

Princess mengangguk lagi. Ryan bergerak ke arah Dyan dan menariknya ke tepi.

"Kau tak apa-apa?" tanya Ryan sayu.

"Aku tak apa-apa. Terima kasih." jawab Dyan perlahan.

"Aku balik dulu." kata Ryan.

Knight pulang ke vila setelah selesai berbincang dengan tunang-tunang mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience