09-TERIMA!!

Romance Series 3024

"Banyakkan sabar dengan mereka, Knight. Ini ujian untuk korang. Mereka masih lagi berada dalam keadaan penuh bersalah terhadap Airish dan trauma." Ada suara yang mereka kenali menegur mereka. Ye, Firdaus. Knight memandang insan-insan dihadapan mereka.

"Fir! Maksudnya? Yang lain ni siapa?" tanya Ryan terkejut.

"Hai abang Knight! Takkan bakal adik ipar sendiri tak kenal." tanya Edmund tersenyum. Terbuntang mata Knight akibat terkejut. Menyengih mereka berempat memandang Knight.

"Edmund, jangan buat lawak boleh tak. Macam mana nak kenal? Kalau diaorang buat background check pada kakak kita, diaorang takkan dapat maklumat sangat. Kau dah lupa ke? Aku hempuk juga karang." marah si kembar.

"Dah! Dah! Wyn, kau macam tak kenal kembar sendiri pula. Kan Edmund tak kena hempuk kau yang kena hempuk kang." marah Erfan.

"Dahla korang. Sorry abang-abang sekalian. Kenalkan, sebelah kiri Fir ni Erfan, adik Kak Clara, sebelah kanan ni Edmund dan kembar dia Edwyn, adik kak Elly." kata Firdaus.

"Maksud kami tadi luka di hati diaorang masih berdarah. Susah untuk disembuhkan. Diaorang salahkan diri diaorang dengan apa yang terjadi. Terutama sekali Kak Dyan." terang Erfan.

"Kak El pun sama. Kami tanya adik kak puteri dan keluarga kak Aisha tentang mereka berdua, mereka bagitahu benda yang sama." sambung Edwyn serius.

"A'ah, melihat mereka macam tu terlalu menyakitkan hati kami. Tapi bila Ibubapa kami dan abang bagi cadangan kepada untuk kahwinkan abang dengan diaorang, kami semua terkejut. Jujur kami tak tahu abang boleh bantu ke tak tapi dari apa kami tengok, susah untuk abang 'handle' diaorang buat masa sekarang." jujur Edmund bersuara.

"Yup. Kami tahu abang perlukan bantuan sebab tu tadi masa Fir nampak abang ikut kakak ke PR waktu nak hantar ubat dia, Fir dan Akma terus ke tempat Kak Erin. Hanya Kak Erin yang boleh masuk PR selain Princess. Nampaknya abang dah tahu apa yang berlaku tapi abang nampak sedih. Jadi kami datang temui abang." terang Firdaus.

"Mereka perlukan sokongan abang. Kami yang sentiasa ada dengan diaorang sejak kejadian tu berlaku ditambah dengan peristiwa semasa yang berlaku sepanjang mereka dekat sana, jadi kami tahu apa yang berlaku pada diaorang dari semasa ke semasa. Kami selalu temui mereka setiap kali cuti sekolah. Apa yang mereka buat dan rasa terlalu pahit." sambung Erfan.

"Jadi kami harap, abang banyakkan sabar especially Kak Dyan dan Kak Elly. Mereka nampak je kuat tapi mereka yang paling lemah. Abang Aiman jujur Edmund cakap, tak pernah sekali pun mereka tak rasa bersalah sebab pergi tanpa jumpa abang tapi mereka tak sanggup nak tengok abang sedih sebab mereka. Jadi tolong sangat-sangat, jangan marahkan diaorang." kata Edmund sayu.

"Be strong for them. But jangan push diaorang. Let them do who they want as long benda tu tak salah. Good luck dengan Princess. Kami harapkan abang-abang sekalian. Bring back our lovely Princesses. Assalamualaikum." kata Edwyn dan berlalu pergi dengan yang lain. Begitu juga Knight.

VILA KNIGHT

Setelah pulang, Knight berkumpul di ruang tamu. Apa yang dikatakan oleh 4 jejaka tadi bermain di fikiran mereka.

Knight POV

"Guys, aku... haih. Berat apa yang Princess dedahkan tadi." kata Qal.

"Tu la. Aku pun rasa benda yang sama. Ryan kau rasa macam mana?" sokong Afham.

"Aku tahu tapi aku tetap dengan keputusan aku. Aku tak nak hilang diaorang lagi." jawab Ryan perlahan.

"Aku pun sama macam Ryan sebab secara tidak langsung, kalau diikutkan aku turut terlibat dalam kejadian ni." Aiman bersuara sayu. Knight terdiam mendengar kata-kata Aiman. Mereka dapat rasakan Aiman menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku pada Princess.

"Habis tu kita nak buat apa?" Aqram bertanya tanpa nada.

"Kalau aku, i want to stay beside them even they kick me out. Dan korang, keputusan tentang pertunangan dengan Princess, it's up to you guys. Aku tak nak paksa dalam hal satu ni. Aku dan Aiman dah make decision untuk stay dengan diaorang tapi korang kena buat keputusan sendiri. Ini hidup korang. Oh ye, Sport day tak lama lagikan? Baik yang sekolah punya dan tournament punya, right?" Ryan bersuara.

"Yup! Why?" jawab Qal.

Ryan senyum penuh makna dan memberitahu rancangan dia pada mereka. Mereka mula senyum. Qal, Aqram dan Afham juga sama seperti Ryan dan Aiman. Mereka nak stay dengan tunang masing-masing.

"Jap! Jap! Tak meroyan ke langsuir tu nanti? Langsuir dengan Divas tu masalah besar pada kita tau." tanya Afham.

"Ye tak ye juga. Macam mana Ryan?" sokong Aqram.

"Yang tu kita fikirkan nanti. Apa yang penting, 'TUNANG" kita dulu." kata Ryan tegas. Perkataan Tunang ditekankan oleh Ryan. Mereka mengangguk tanda faham.

End POV

Skip

BERLIAN HIGHSCHOOL

Princess tiba awal di sekolah pada hari tu kerana mereka bertugas pada hari ni. Tidak lama setelah mereka sampai, Knight sampai. Knight menegur Princess.

"Hi girls."

Princess memandang Knight pelik. Mana taknya, tiba-tiba tegur lepas tu senyum manis pula tu. Seram Princess tengok. Princess berjalan ke kelas tanpa menghiraukan Knight. Knight masih setia di belakang Princess. Princess meletakkan beg dan menuju ke tempat bertugas. Knight tetap juga setia dengan pasangan masing-masing sehinggalah mereka selesai bertugas. Princess tetap berlagak biasa.

5 SAPHIRE

Princess POV

"Girls, aku rasa seramla dengan Aqram tu. Asyik nak berkepit je dengan aku." adu Aisha.

"Qal tu pun sama. Rimas aku dibuatnya." kata Puteri.
"Sama aje dengan Aiman." Elly bersuara.

"Afham dengan Ryan dua kali lima je. Rimas aku dengan Dyan tadi. Diaorang kena sampuk dengan hantu ke apa." kata Clara pelik.

"Entahlah. Ermmm.. Korang nak teruskan ke pertunangan ni?" tanya Dyan.

"Aku.... tak tahu Yan. Tapi aku... Aku makin sayang dengan dia." jawab Puteri perlahan.

"Aku pun." Aisha dan Clara bersuara serentak.

"Aku rasa kita semua sama je. Betul tak Dyan?" kata Elly lalu memandang Dyan.

"Hmm.. Terima je la. Lagi pun ada betulnya apa yang diaorang cakap tu." jawab Dyan lemah. Perasaan dia bercampur baur.

End POV

Tanpa disedari ada yang curi dengar perbualan mereka. Orang tu senyum dengan lebar. Dalam hatinya mengucap syukur Alhamdulillah.

"Assalamualaikum. Okay hari ni cikgu nak ubah kedudukan meja. Cikgu nak letakkan korang secara dua-dua dan campur. Tak ada bantahan. Now, susun dua-dua." arah Cikgu Katherine.

Kelas 5 Saphire menyusun meja dengan hati yang berat. Mereka tidak berpuas hati dengan rancangan tu.

"Okay now, cikgu akan bahagikan pasangan. Razak dengan Shila. Sila bergerak." Cikgu Katherine mengeluarkan arahan tegas.

"Cikgu, saya tak nak dengan dia. Saya nak.." bantah Shila.

"Sudah Shila. Tak de bantahan. Elly dengan Aiman, Puteri dengan Qal, Aisha with Aqram, Clara dengan Afham and last one, Dyan, Ryan, both of you together. Lepas tu bla bla bla...." Cikgu Katherine pintas.

Selepas itu, kelas kembali seperti biasa. Sesi pembelajaran bermula dengan lancar. Sesi pembelajaran kemudian berakhir dengan sempurna. Sebelum balik, Princess berjumpa Knight.

"Knight, can we have a talk for a minute?" tanya Dyan perlahan. Knight memandang wajah Princess satu persatu dengan senyuman manis.

"Yeah sure. Do you want to talk here or somewhere else?" soal Ryan lembut.

"Somewhere else." jawab Dyan. Ryan pandang Dyan. Entah kenapa dia dapat rasakan Dyan lain. Macam ada something wrong with her.

Mereka semua berjalan sama-sama. Tiba-tiba ada yang rasa seperti ada yang memerhati dan mengekori mereka.

"Guys, aku rasa ada yang perhatikan kita." Elly bersuara.

"Bukan rasa tapi memang ada." jawab Dyan.

"Maksud kau?" tanya Clara.

"Korang tak perasan ke, dah dua hari ada yang perhatikan kita. Sebuah kereta di hadapan rumah dan sekarang di depan sekolah." kata Aisha.

"What?? Kenapa tak bagitahu kitaorang?" tanya Puteri terkejut.

"Stop it girls. Relaks kay." kata Dyan. Sewaktu di pintu pagar, tiba-tiba ada yang datang menegur.

"Hai Sweetie. Do you miss me?" Lima orang jejaka yang handsome dan instafamous muncul di hadapan mereka.

Dyan menjerit, "Blackstarz!!!!!". Dyan terus berlari memeluk sepupunya itu. Knight dan Princess kecuali Clara memandang dengan riak terkejut. Mana taknya, ni adegan yang tak pernah Dyan buat.

"Hahaha.. Sweetie kut ye pun tak payahla jerit macam tu. Tahulah rindukan kitaorang. By the way, how about you Baby? Sweetie aku ni ada buat hal tak?" tanya Johan tersenyum manis.

"You guys ni memang tak habis-habis nak kenakan Dyan kan. Kalau dia merajuk korang ea yang pujuk dia. Aku tak campur." kata Clara tergelak.

"Haih la korang dah borak PLUS jumpa Sweetie korang, memang kitaorang ni terus diabaikan. Sedih-sedih!" sampuk salah seorang daripada 5 orang gadis yang baru keluar dari sebuah kereta lamborgini hitam. Terus tergelak semua yang ada disitu termasuk Knight dan Princess. Tapi tidak pada Dyan. Dia berasa tidak sedap hati.

"Urghh please Kaesa jangan nak ngada-ngada boleh tak." kata Asytar.

"Guys, stop!!" Dyan bersuara.

"Why sweetie? Anything wrong? Kami ada salah cakap ke?" tanya Qarizh.

"Tak ada cuma aku rasa something is not right. Angle, can you do me a favour?" tanya Dyan.

"What is it girl?" tanya Zara.

"Is there anything or something or tak kisah la apa-apa yang mencurigakan di bahagian belakang aku, Princess, Knight dan Blackstarz? And you guys jangan pusing belakang. Korang tolong tengok tapi jangan sampai orang tahu." tanya Dyan serius.

"Yup. Ada someone yang tengah perhatikan ke arah sini. Dari tadi lagi aku perasan. Better kita gerak dari sini. Guys, kita meet dekat main vila." kata Iffah. Yang lain mengangguk.

"Knight, korang datang ke sekolah dengan apa?" tanya Dyan.

"Dengan kereta Qal sebuah je. Malas nak drive." jawab Ryan.

"Okay then. Ryan, Aisha dan Aqram naik kereta aku. Puteri, Elly dan Aiman naik kereta Qal. Afham dan Clara sebuah kereta. Lokasi nanti aku whatsapp." arah Dyan lalu bergerak ke keretanya. Starz sudah bergerak dari tadi lagi. Mereka menuju ke main vila. Dyan di belakang kerana ingin memastikan kereta itu tidak mengikuti mereka. Yang lain sudah sampai kecuali kereta Dyan.
Dyan memandang Aisha, "Sha, tolong aku kejap?".

"Tolong apa?" Aisha bertanya.

"Buka dashboard tu ada tab aku. Buka tab tu guna code yang aku bagi kau dulu." Arah Dyan.

"Dah. Aku dah buka. What???" Aisha menjerit.

"Kau nampak apa Sha?" Tanya Dyan.

"Ada orang try nak pecahkan sekuriti kod vila kita." Beritahu Aisha.

"Kau tahu apa kena buat kan?" Dyan senyum sinis.

"Of course. Leave it to me." Aisha bersuara dengan sinis. Ryan dan Aqram hanya berdiam diri. Kereta yang mengekori mereka sudah hilang. Dyan kemudiannya sampai di main vila.

MONICA VILA (MV) -Main vila

"Dyan, Aisha, Guys, korang okay?" Clara bersuara sebaik sahaja nampak mereka.

"Kami Okay. Jangan risau." Dyan menjawab dengan senyum manis.

"Yan, semua dah settle." Aisha yang tadi ya khusyuk dengan tab bersuara.

"Okay. Make sure it alert." Kata Dyan. Aisha mengangguk.

Mereka kemudiannya bertanya berbagai soalan kepada Dyan. Dyan menceritakan kepada mereka satu persatu pasal apa yang berlaku. Setelah itu Starz bergerak ke rumah mereka. Dyan kemudiannya menceritakan tentang dia kepada Knight. Knight terkejut dan mereka tidak sangka yang semua ni jadi macam ni. Bukan itu sahaja, Princess juga dedahkan kepada Knight tentang perihal mereka. Dyan yang paling banyak bersuara kerana Princess takut tunang mereka marah. Knight mendengar dengan teliti. Kini, dia sudah tahu mengenai Dyan tapi ada satu lagi rahsia yang tidak mereka ketahui. Rahsia yang tersimpan rapi oleh Princess. Setelah selesai, Knight mengangguk faham dan tahu bahawa Dyan adalah tunggak Berlian Group dan Monica Group. Mereka kemudiannya berbual dan pulang ke rumah masing-masing.

??????????

KNIGHT VILA

"Allah! Bosannya!!" rungut Ryan dalam hati.

Kring Kring Kring (Lagu Heart bergema)
Nama dan gambar Mummynya terpampang di skrin telefon. Ryan menjawabnya.    

Mummy is calling..

Ryan
"Assalamualaikum Mummy".

Maya
"Waalaikumsalam. Mummy ganggu sayang?"

Ryan
"Tak adalah. Kenapa Mummy? Ada hal penting ke?"

Maya
"A'ah. Mummy terlupa nak bagitahu kamu semalam. Mummy nak kamu, Knight dan Princess pergi fitting baju kahwin dekat butik Mama Ira. Mama Ira tak dapat hubungi Dyan. Nanti kamu bagitahu mereka ye sayang."

Ryan
"Huh!!? Ye la mummy. Nanti Ryan bagitahu diaorang."

Maya
"Iyala. Oh ye! Jangan lupa nanti beli beberapa lagi barang yang diperlukan. Nanti mummy bagitahu apa lagi yang perlu dibeli ye. Jangan buat main-main tau. Pergi hari ni terus tau butik tu. Takut tak sempat nak siap nanti. Faham!?"

Ryan
"Faham mummy. Ye la. Nanti Ryan bagitahu diaorang. Mummy jangan risau kay. Nanti Ryan laksanakan perintah mummy. hihihi."

Maya
"Hishhh budak ni. Nak kenakan mummy la tuh. Jangan lupa tau. Bye. Assalamualaikum."

Ryan
"YE! Bye. Waalaikumsalam"

End Call

Ryan bangun menuju ke ruang tamu Villa Knight. Dia melihat mereka semua sedang khusyuk menonton sukan hoki di astro.

"Guys. Mummy call aku suruh kita dan cik 'Tunang' pergi fitting baju nikah dan sanding dekat butik Mama Ira 'HARI NI'  juga"  Kata Ryan pada Knight yang khusyuk menonton tv.

"Huh!!?? Okay!!.....wait! What???!!!" kata yang lain serentak.

"Haishh!! Kut ye pun tak yahla jerit. Mummy aku suruh kita fitting baju dengan Princess dekat butik Mama Ira. Ham, kau call Clara suruh bagitahu Princess yang lain hal ni. aku call Dyan tak dapat." kata Ryan lagi.

"Ooohh.. Okay. Nanti aku bagitahu ea." Kata Afham.

"Sekarang! Ham. Suruh diaorang siap. Pukul 11 jumpa dekat Star cafe then gerak sama ke butik." tekan Ryan.

"YE!! Nak call la ni." Kata Afham. "Tak menyempat betulla dia ni." rungut Afham.

"Aku dengar ham!" kata Ryan geram. Afham tersengih lalu menghubungi Clara.

PRINCESS VILA

Lagu Love nyanyian Girls (bantai je) dari telefon bimbit milik Clara kedengaran di vila. Princess yang sedang lepak sambil menikmati minum pagi yang disediakan Dyan terganggu. Clara pun menjawab panggilan tersebut.

Clara
"Hello. Assalamualakum. Hah nak apa kacau aku pagi-pagi ni."

Afham
"Waalaikumsalam dear. Aikk?? Nak call tunang sendiri pun tak boleh ke?"

Clara
"Hughhh!! Nak apa call ni?"

Afham
"Janganla marah dear. Ni ha. Mummy Maya call Ryan tadi suruh fitting baju dekat butik Mama Ira. Mummy cakap Mama Ira call Dyan tak dapat. dia suruh kita semua pergi fitting baju sesama."

Clara
"Ohh..okay. Nanti aku bagitahu yang lain. Pukul berapa?'

Afham
"Ryan cakap kul 11 jumpa dekat Star Cafe then gerak sama-sama pergi butik."

Clara
"Hmm..ye la. Ada apa-apa lagi?"

Afham
"Tak de dah."

Clara
"Ok."

Afham
"Assa......."

Clara terus off call lepas Afham cakap dah tak de apa-apa.

"Girls, Mummy Maya suruh fitting baju dengan Knight dekat butik Mama Ira." bagitahu Clara pada Princess.

"Aikk??!! Asal Mama tak call aku sendiri?" tanya Dyan.

"Afham bagitahu Mama Ira call kau tak dapat jadi Mummy Maya call Ryan suruh bagitahu." kata Clara.

"Oohh. Okay." kata Dyan.

"Pukul berapa Cla kena pergi?" tanya Aisha.

"Pukul 11 meet dekat Star cafe then pergi sama dengan diaorang ke butik."jawab Clara. Diaorang angguk.

Mereka menyelesaikan minum pagi dan kemudian bersiap-siap untuk ke butik. Princess tiba di Star Cafe dan melihat Knight yang sudah menunggu di sana. Knight dan Princess kemudiannya bergerak bersama ke butik Qisha.

Share this novel

myka_
2020-09-30 11:58:08 

Next episode pliss

myka_
2020-09-30 11:58:08 

Next episode pliss


NovelPlus Premium

The best ads free experience