BERLIAN HIGHSCHOOL
Lima motor superbike yang dinaiki lima jejaka hotstuff sekolah memasuki perkarangan telah menarik perhatian pelajar-pelajar Berlian Highschool. Suasana jadi hingar bingar kerana fan mereka yang asyik terjerit-jerit seperti 'orang utan'. Knight hanya memandang tanpa riak ke arah fans mereka. Mereka berjalan tanpa mempedulikan suara-suara sumbang itu. Tiba-tiba suasana hening tadi bertukar menjadi senyap. Knight yang berasa pelik memandang ke arah yang dipandang oleh pelajar-pelajar tersebut. Mereka melihat 5 buah kereta sport yang mempunyai plat kereta mewah yang berbeza memasuki perkarangan sekolah dan memarking di kawasan yang sama dengan superbike mereka. Knight tercengang melihatnya kerana tiada siapa yang pernah parking disitu kecuali mereka. Figura 5 gadis keluar dari kereta tersebut menyebabkan Knight lagi terkejut. Ini kerana pakaian gadis-gadis itu sama seperti mereka. Kelima-lima gadis itu berjalan dengan selamba dihadapan Knight tetapi apabila sampai di hadapan Aiman masing-masing memberikan senyuman dan mengenyit mata kepadanya. Aiman hanya tersenyum pada mereka. 'Selamat kembali girls' desis hatinya.
Knight yang melihat keadaan tersebut memandang Aiman. Aiman hanya membuat muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mereka masuk ke dalam kelas.
"Arghhhh!!!! Tak guna!" Shila menjerit.
Habis meja diterbalikkan oleh Shila. Pelajar-pelajar yang melihatnya tidak berani menegur kerana seram apabila Leader Divas mengamuk. Princess berjalan ke kelas tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang mereka. Sampai sahaja diblok kelas tingkatan 5, Princess melihat pelajar-pelajar kelas itu berada di luar. Princess ternampak raut wajah yang mereka kenali.
"Ijan!" panggil salah seorang ahli Princess. 'Ijan' yang mendengar menoleh mukanya melihat gerangan yang memanggil. Bulat matanya melihat mereka.
"Boss? Bila bal..? Aduh!" belum sempat 'Ijan' habiskan ayat dah kena ketuk kepala.
"Kau ni memang nak suruh semua orang tahu ke apa? Eiiii Faizan senget." marah salah seorang ahli Princess yang lain.
"Sorry Princess. So what's up Elly?" tanya Faizan.
"Tu dah kenapa?" tanya Elly.
"Oh. Langsuir meroyan. Habis tunggang terbalik meja." kata Faizan.
"Lagsuir? Siapa?" tanya gadis yang lain.
"Siapa lagi Cik Puteri oi. Shila ler." kata Faizan. Princess smirk.
"Oh. Okay thanks. Dah blah sana." halau Puteri sengih. Faizan berlalu pergi dengan muka cemberut.
"Kita nak buat apa ni Dyan?" tanya Elly.
"Jom masuk pintu belakang. Orang tak perasan sikit." kata Dyan bersahaja. Princess berlalu pergi ke pintu belakang kelas. Masing-masing menyandar bersahaja memandang Shila yang mengamuk. Setelah beberapa minit, Dyan mencuit Aisha lalu mengisyaratkannya bersuara.
"Ini ke cara kau sambut kitaorang balik? Kesian classmate aku nak belajar susah." Sinis suara Aisha berkata-kata.
"Wtf. Buat apa korang balik sini. Kenapa tak stay sana je terus. Menyemak je dekat sini." amuk Shila marah.
"Suka hati kitaorangla. Well. Kitaorang 'rindu' sangat-sangat dengan kau." Sinis Puteri berkata. Perkataan rindu tu ditekan dengan oktaf yang tersirat.
Yang lain hanya memandang dengan senyuman sinis. Tetapi bagi Knight mereka terkejut sebab tak pernah ada lagi orang yang berani menjawab dengan Leader Divas. Tak lama Cikgu Katherine masuk ke kelas. Terkejut dia lihat kelas tunggang terbalik.
"APA DAH JADI NI? NI KELAS KE KANDANG LEMBU? KEMAS SEKARANG." marah Cikgu Katherine.
Pelajar dalam kelas tersebut bergerak lambat-lambat. Dyan yang memandang dari tadi mula bersuara.
"Yang korang bergerak macam kura-kura ni kenapa? Tak reti-reti nak bergerak dengan cepat ke? Aku bagi masa 2 minit je untuk korang kemas sume ni. Kalau tak aku humban korang sorang-sorang dalam loji." Dyan berbicara tanpa riak kemudian senyum sinis.
Semua yang ada dalam kelas tu pecut mengemas kerana seram dengan kata-kata Ice princess tu. Dalam masa 3 minit, sume dah settle. Terkejut Knight melihatnya termasuk Aiman kerana selama dia kenal Princess, tak pernah dia tengok sisi yang satu ni. Namun, pada masa yang sama Ryan dan Dyan memandang antara satu sama lain. Terpana Ryan melihat raut wajah Dyan kerana wajah itulah yang selalu 'dirinduinya' tetapi dia sempat mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan. Manakala Dyan pula hanya riak bersahaja kerana sudah mengetahui tentang keberadaan Ryan disitu.
"Terima kasih Ardyana. Seperti yang semua ketahui hari ni Princess yang mengikuti pembelajaran di Los Angeles telah kembali ke sekolah kita. Welcome back Princess. Memandangkan kelas kita ada pelajar baharu, jadi saya minta Princess perkenalkan diri terlebih dahulu". Kata Cikgu Katherine.
"Auww.. Cikgu masih manis macam biasa ye. Hihihi. Terima kasih cikgu." kata Aisha sambil tersengih pada Cikgu Katherine. Cikgu Katherine tergelak. "Rasanya korang semua dah kenal kitaorang cuma mungkin ada yang lupa, jadi aku perkenalkan diri aku balik. Aku Tengku Aisha Qarina, panggil Aisha. Nice to meet you guys AGAIN". Sambung Aisha dengan nada tak berperasaan.
"Wow! Flawless tapi lasernya dia bercakap." Bisik Aqram.
"Huishh, tak baiklah la Sha. Seram diaorang nanti. Aku Tengku Puteri Ainina, panggil Puteri". Kata Puteri selamba sambil senyum sinis.
"Bapak ah. Sinisnya dia senyum." Kata Qal.
"Urghhh.. Dua kali lima je dengan kau. Abaikan diaorang. Nama diberi Tengku Ellyana Irish, panggil Elly". Kata Elly.
"Still Cool macam biasa." kata Aiman tertawa dalam hati.
"Tengku Clara Aulia, call me Clara". Clara perkenalkan diri.
"Not bad." Kata Afham.
"Tengku Ardyana Natasha, Dyan". Kata Dyan dengan dingin.
"Dingin gila minah ni." Kata Ryan.
"Okay, Princess dipersilakan duduk di meja dibelakang our school hotstuff kingka, Knight". Kata Cikgu Katherine.
"Terima kasih cikgu". Kata Clara mewakili Princess
"Sama-sama. Rasanya itu sahaja. By the way, congratulations Dyan for the victory in gymnastik berirama tournament the other day. Always be the top right". Kata Cikgu Katherine sambil tersenyum manis.
"Terima kasih Cikgu". Jawab Dyan dengan lembut sambil membalas senyuman Cikgu Katherine.
Cikgu Katherine senyum sambil melangkah keluar daripada kelas 5 Saphire. Keadaan kelas mula seperti biasa. Para guru tidak berada dalam kelas kerana ada mesyuarat jadi para pelajar melakukan self-study. Semasa tengah self-study, tiba-tiba ada pelajar lelaki datang menegur Princess.
"Hai girls. How are you? Welcome back my dear! Don't you miss me Princess?". Sapa Asyraf pada Princess.
"OMG!! Is that you Asyraf? Flower boy". Clara menjerit.
Keadaan kelas tiba-tiba senyap disebabkan terkejut dengan suara Clara tetapi hanya seketika kerana mereka menyambung kembali kerja masing-masing.
"Kau ni Clara, kut ye pun tak payahla nak menjerit bagai, cair taik telinga aku ni ha". Bebel Elly yang ada disebelahnya.
"Hahahaha. Chill girls. Kau ni El macam tak kenal Clara. Ok. Untuk jawab soalan kau Clara, yes, this is me, Ashraf that flower boy". Jawab Ashraf sambil tergelak dan dengan hati yang redha bila digelar 'flower boy' oleh Princess.
Princess yang lain sudah tersenyum sekali sambil berkata dengan serentak "We miss you Asy". Kemudian terletus ketawa keenam-enam mereka.
"Ye la tu tapi aku tahu korang lebih rindu 'Mr Bear' korang kan kan?" Asyraf kata
"Hehehe. Yang tu tak boleh lawan". Aisha menjawab sambil tersenyum. Dia dan Princess yang lain hanya menjeling lelaki yang dihadapan diorang.
Ashraf turut sama tersenyum dan berkata "Ye la. Aku faham. Okayla. Aku cau dulu. Nanti kita lepak sesama kay." Dalam masa yang sama Aiman tersentak dengan perkataan "mr bear" yang keluar dari mulut Asyraf. Dia mula buat selamba.
"Eh, cepatnya nak blah! Kitaorang tak lepas rindu dengan kau". Puteri bersuara. Dyan hanya memandang tanpa bersuara.
"Hahaha. Lain kalila kita borak panjang. Aku dah janji nak rehat nga awek aku". Asyraf bagitahu.
"Ye la. Pergilah. Sapela Kitaorang ni. Kitaorang bukan sape-sape pada kau kan". Elly bernada merajuk.
"Ayukkkk Asy aku tak tahu. Elly dah merajuk. Baik kau pujuk cepat". Aisha mengusik.
"Haishh. Kau ni Sha. Jangan buat aku serba salah boleh tak. Ellllll!!! Jangan la merajuk wei. Aku janji lain kali aku lepak ngan korang ea" Asyraf memujuk.
Semasa tengah sesi memujuk dan mengusik, ada gadis menghampiri mereka.
"Ehem. Ehem. Buat apa ni? Saya tunggu awak sampai berjanggut dekat luar. Awak boleh pula menggatal ....." ayat gadis itu terhenti bila memandang figura yang dirinduinya. "Dyan!!! Clara!!! Maigod. Aku rindu korang!" sambil berkata sambil dia meluru memeluk kedua-dua sepupunya itu.
"Kami pun rindu kau, Erin" kata Dyan dan Clara serentak.
"Sampai hati balik Malaysia tak contact aku. Tahu-tahu je dah ada dekat sini." kata Erin muncung.
"Alololo. Merajuk ke yunk. Janganlah merajuk. Titew nak buat kejutan je. Terkejut ke idok?" kata Clara dengan suara baby.
"Eiiiiii...suka buat macam ni. Bencilah." rajuk Erin dengan diaorang.
"Alaa janganlah merajuk. Kitaorang janji hujung minggu ni kita lepak sesama ea. Ala Erin bucuk-bucuk." pujuk Aisha pula. Dyan tersenyum memandang Erin.
"Ya lah. Janji?" kata Erin.
"Iya sayang. Kita janji." kata Dyan memeluk Erin. Erin tersenyum senang memeluk Dyan.
"Ni yang susah ni bila dia dah jumpa sepupu kesayangan. Pak we kat sebelah diabaikan". Kata Asyraf senada.
Erin menyiku Asyraf. Asyraf tersengih.
"Tak payah nak buat ayat cliche ye. Kan ada saya humban awak ke bawah kan. Nak rasa ke?" Ugut Erin.
Tergelak mereka dengar merpati dua sejoli tu berkata. Lepas itu Erin dan Asyraf bergerak ke cafe sekolah. Begitu juga dengan Princess dan yang lain.
Princess membeli makan dan bergerak ke port yang mereka selalu duduk. Keadaan cafe yang hingar bingar menjadi senyap sewaktu mereka masuk. Seakan-akan ada aura kedinginan yang menyelubungi mereka. Tidak lama selepas itu, Knight pula memasuki cafe dan membeli makan serta duduk di meja berdekatan Princess. Princess dan Knight saling memandang tetapi kemudian meneruskan suapan terhadap makanan mereka.
Setelah tamat waktu rehat, mereka masuk ke kelas dan self-study seperti biasa kerana guru-guru masih belum tamat meeting. Shila dan Divas memandang Princess dengan pandangan penuh kemarahan dan kebencian. Shila bergerak ke arah Dyan dan menamparnya.
Pang
Bunyi tamparan yang kuat menyentakkan semua orang.
"Kau dah kenapa Shila? Tiba-tiba tampar Dyan" Kata Clara geram.
"Kau diam Clara. Hei Dyan. Kau tak malu ea masih memakai baju nim. Kau tahu tak PKP sekolah ni aku. Jadi kau tu dah tak layak nak pakai baju GPO nim" hambur Shila dengan nada berang.
Ya, Shila dilantik sebagai PKP sementara di Berlian Highschool. Ye, SEMENTARA!
Dyan memandang Shila dengan tenang dan berkata, "Oh ye ke. Aku tak tahu pula pasal tu sebab aku kan baru balik." Aiman yang melihat mula terasa bengang dengan tingkah Shila tapi disabarkan hatinya.
"Dyan!!!!! Aku tak akan biarkan kau menang. Aku akan pastikan kau kalah". Kata Shila sambil menahan amarah yang kuat. Ahli Divas yang lain menenangkan leader mereka.
Princess memandang mereka dengan senyuman sinis dan creepy. Pelajar dalam kelas tersebut dah seram sejuk memandang mereka. Princess bangkit dan keluar daripada kelas menuju ke kereta.
"Dyan, kau okay tak? Merah pipi kau ni" Aisha bertanya.
"Aku okay. Kau jangan risau." Dyan menjawab.
"Apa plan kau sekarang?" Aisha tanya serius.
"Just wait and see" Dyan berkata sambil tersenyum senget.
Yang lain sudah tersenyum kerana mereka tahu masanya sudah tiba. Tatkala, dari jauh ada sepasang mata sudah memerhatikan mereka dengan senyuman. Dia juga tahu masanya dah tiba. Akhirnya, mereka pulang ke rumah masing-masing.
Sepasang mata lagi yang melihat dari jauh tersenyum hambar melihat gadis-gadis itu. Dia tahu gadis-gadis itu masih lagi tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Dalam hatinya berkata 'Umi harap kamu berlima dapat belajar untuk melupakan kisah itu'. Ya, umi yang memerhatikan mereka dan umi itu ialah pengetua Berlian Highschool merangkap ibu saudara Dyan.
Skip
DOMINO CAFE
Princess dan Aiman Knight berjanji untuk berjumpa.
"Mana dia ni? Lambat gila nak sampai." Clara merungut.
"Ye la. Dah dekat 30 minit dah kita sampai ni." Puteri menambah.
"Kejap lagi sampaila tu. Sabar je la." Aisha mencelah.
Dyan hanya memandang rakan-rakannya sambil menggeleng. 'Haishh. Tak penyabar betulla diorang ni'. Bisik hati kecilnya.
"Hah. Tu pun dia. Dah sampai." Elly bersuara.
Belum sempat 'orang' tu duduk. Dah kena bash dengan sinis.
"Awalnya sampai. Dah boleh nak awal lagi ke?". Puteri bertanya geram.
"Hahaha. Sorry princesses. Ada hal yang tak dapat dielakkan. Nasib tak kantoi dengan Ryan tadi". Jawab Aiman sambil tergelak apabila memandang wajah masam ahli Princess dihadapannya.
"Ye la." Jawab Puteri.
Mereka kemudiannya berborak sambil bergelak ketawa sehingga lewat petang barulah mereka pulang. Tanpa disedari ada sepasang mata yang memandang dengan riak terkejut dan tidak puas hati. 'Siapa mereka sebenarnya? Kenapa Aiman boleh bergelak ketawa dengan Princess sedangkan sejak Princess masuk mereka tak pernah bertegur sapa depan kitaorang? Apa yang berlaku?' Monolog Ryan dalam hati. Dia sebenarnya kebetulan lalu di situ dan ternampak Aiman dengan Princess. 'Aku kena cari tahu'. Desis hati Ryan. Dia pun pulang ke VK.
Share this novel