BAB 3

Romance Completed 411

“Ready?” soal Safwan selaku penyelia tempat pelancaran GUNDAM itu.Setiati mengangkat ibu jarinya tanda dia sudah bersedia.Begitu juga dengan Zailani dan Helmi. Sistem GUNDAM di on kan dan enjin dihidupkan.Gegaran yang berlaku sedikit terasa.Setiati menyarungkan helmetnya.Zailani dan Helmi sudah berbuat demikian ketika sebelum melonjak naik lagi.Isyarat diberikan oleh Safwan.Sedia untuk pelancaran.

“Freedom, launch!” ujar Setiati dengan lantang.Penggerak GUNDAM ditolaknya dan Freedom meluncur laju menuju ke pintu pelancaran yang dibuka oleh anak-anak buah Safwan sebaik sahaja Freedom ingin berlalu melepasinya.

“Honesty, launch!” giliran Helmi pula mengambil alih.“Justice, launch!” Zailani mengikut dari belakang. Sebaik sahaja kelibat Justice menghilang, pintu kembali ditutup.“Hubungi kapten, laporkan keadaan semasa,” arah Safwan kepada penolong kanannya.Alyaa mengangguk faham.Dia pantas mencapai alat penghubung dan menghubungi ruangan kokpit.“Kapten, mereka sudah pun berlepas,” Alyaa memberi laporan kepada Kapten Tamayyuz.

“Bagus.Terima kasih, Alyaa,” Kapten Hasliza berbicara.Dia memandang ke skrin di sebelah kanan, kelihatan tiga buah mobile suit GUNDAM terapung-apung di angkasa raya.“Iman, lancarkan cahaya mega sebagai langkah berjaga-jaga,” arah Kapten Hasliza.“Baik, kapten!”Iman patuh dengan arahan yang diberikan.Dia menghubungi Asma' yang berada di sayap kanan dan Azam di sayap kiri.Tidak sampai dua minit, jaluran cahaya mega, menyimbah kawasan tengah antara kapal Imtiyaz dengan kapal Zunurrain.Iman mengawal simbahan cahaya di bahagian tengah sementara Asma' dan Azam di kanan dan kirinya.Dari arah Zunurrain, muncul kelibat tiga buah mobile suit, menghampiri Freedom, Honesty dan Justice.

“Mereka tak apa-apa ke?” soal Hajar yang baru sahaja memasuki ruangan kokpit itu sekembalinya dari memeriksa sekiranya ada side effect yang lain akibat tembakan yang dilancarkan Zunurrain. Kapten Hasliza tersenyum mendengarnya.“Jangan risau. Mereka adalah juruterbang terlatih,”
##########################
Helmi, Setiati dan Zailani memberhentikan mobile suit mereka di tengah-tengah simbahan cahaya mega yang di lancarkan oleh kapal Tamayyuz.Masing-masing memfokuskan pandangan mereka ke arah tiga buah mobile suit yang datang menghampiri.

Sebaik sahaja mereka saling berhadapan, Helmi membuka pintu mobile suitnya.Perlakuannya itu diikuti oleh Zailani dan Setiati. Wakil dari Zunurrain juga turut melakukan hal yang sama. Sudah menjadi peraturan yang wajib dipatuhi oleh segenap lapisan masyarakat yang tinggal di Sektor angkasa. Ianya seperti yang tertera di Akta 501, Undang-undang Perjanjian Angkasa Raya, halaman 36, nombor 16 menerangkan bahawa,sesiapa yang ingin mengadakan ikatan perdamaian, hendaklah menunjukkan wajah asli masing-masing, sekiranya ingkar, mereka akan di hadapkan ke mahkamah tinggi Sektor Angkasa di Sektor Dark Flower, mengikut pindaan ngkasa, Februari, 2013.

“Assalamualaikum, salam perkenalan.Saya Helmi... dan ini, Setiati seterusnya, Zailani,” Helmi memperkenalkan diri. Setiati dan Zailani menganggukkan kepala apabila nama mereka disebut. Wakil dari Zunurrain melihat mereka satu persatu sebelum salah seorang dari mereka bersuara.“Waalaikumussalam.Salam perkenalan juga. Saya Hafizul. Di sebelah saya,Syafiq.Diikuti oleh Qusyairi... ketua kami meminta wakil Imtiyaz untuk
bertandang ke Zunurrain bagi menandatangani akuan perdamaian.Kami harap,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience