BAB 1

Romance Completed 411

Ruangan kokpit itu dihujani limpahan cahaya merah yang terpantul dari skrin besar yang berkelip-kelip memaparkan tulisan amaran.Anak-anak kapal Imtiyaz kelam kabut cuba mengatasi situasi tidak diduga itu.“Kamu semua!Bertenang!”Kapten Hasliza bersuara lantang, mengarahkan anak-anak kapalnya itu bertenang.Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi alunan bacaan ayat suci al-Quran surah Taha, ayat 1-5, dari corong pembesar suara.Serta-merta, anak-anak kapal Imtiyaz kaku di tempat mereka berada.Mereka mendiamkan diri dan perlahan-lahan, jiwa mereka kembali tenang, menghayati bacaan ayat suci itu.

Kapten Hasliza memandang Syahmi yang berdiri berdekatan mikrofon itu.Di tangannya terdapat sebuah mp3 kecil.Dia melemparkan senyuman kepada Syahmi sebagai tanda berterima kasih.Sebaik sahaja ayat yang kelima selesai diperdengarkan, Syahmi mematikan mp3 nya.“Baiklah.Kamu semua jangan gelabah.Hadapinya dengan tenang.Team Zarif, periksa sayap kiri kapal.Team Syahmi , periksa enjin utama.Team Hakim,periksa kelengkapan.Team utama, laporkan keadaan semasa,” Kapten Hasliza memberi arahan.Para pasukan yang diarahkan, bergegas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

“Kapten, boleh kami keluar?” soal Setiati.Di sebelahnya, berdiri Zailani dan Helmi.Kapten Hasliza memandang mereka.“Kita usaha dulu sebaik mungkin, okay,” Setiati mengangguk faham.Dia berjalan menghampiri Masturah yang sedang memeriksa kapal angkasa yang menembak mereka tadi, menggunakan alat pengimbas.“macam mana?” soal Setiati. Masturah memandang sahabatnya itu.

“Kapal mereka terlalu besar untuk kita tentang.Kita kena buat perdamaian juga.Kalau tidak, alamatnya berkecailah Imtiyaz ni,” Masturah memberi komen.“Kapten?”Setiati memandang kapten kapal Imtiyaz itu.“hubungi mereka,” arah Kapten Hasliza.

“Baik, kapten!”Suhaila menyahut. Dia pantas cuba untuk menyambungkan talian kepada kapal agam itu. Pintu kokpit terbuka dan muncul Syahmi di situ.Dia memberi tabik hormat sebelum bersuara.“Kapten!Enjin utama mengalami kerosakan.Izinkan kami menggunakan alatan ganti di enjin sayap kanan,” Kapten Hasliza terdiam sejenak.“Baiklah.Awak buatlah apa sahaja asalkan Imtiyaz kekal bergerak,”Kapten Hasliza membuat keputusan.Sebaik sahaja Syahmi berlalu, skrin besar yang ada di situ, berbunyi tak menentu.

“Kapten, talian sudah bersambung,” Suhaila memberitahu.Kapten Hasliza membaiki sedikit topinya.Satu wajah muncul di skrin utama itu.“Assalamualaikum, saudara,” Kapten Hasliza menyapa.
:::::::::::::::::::::::::::::::
“macam mana sekarang ni?” soal Samiha sedikit panik. Mindanya kosong apabila melihat sayap kiri Imtiyaz yang rosak teruk.“Jangan risau.Kita cuba gunakan dulu alat ganti yang ada,” balas Zarif selaku ketua.

“Alia, tolong hulurkan lingkaran haba radius 20,” pinta Samiha tanpa berpaling.Alia bergegas ke tempat alatan ganti dan mengambil lingkaran haba seperti yang diarahkan.Atikah datang membantunya mengangkat lingkaran haba tersebut.Nasib baik mereka ada membeli lingkaran haba baru ketika singgah di Red Roses, salah satu terraform kepunyaan sektor
Al-Fatih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience