BAB 2

Romance Completed 411

Zarif membantu Samiha mengganti alat lingkaran haba bersama-sama Farhana.Sementara Alia dan Atikah, dengan dibantu oleh Nazirul, membaiki beberapa komponen enjin sayap kiri yang terbakar akibat di tembak oleh pihak lawan tadi.

Sementara itu, di ruangan enjin utama, kelihatan Rafieq beserta anak-anak buahnya yang lain, sibuk membaiki kerosakan yang berlaku.Mereka bekerja dengan telus dan amanah. Ain dan Afifah, serta Zulaikha,mengambil beberapa alat gantian dari unit alat ganti yang berada tidak jauh dari ruangan enjin sayap kanan sebelum turut sama membantu Rafieq menyelesaikan tugasnya.

Manakala di ruangan kelengkapan, suara Hakim saling bertingkah dengan anak-anak buahnya yang memberi laporan tentang kawasan jagaan masing-masing.“Meriam?”Hakim menyoal.“Di bahagian kanan, A1, A2 dan B2 sudah bersedia untuk dilancarkan.Meriam kiri, Z4 dan X5 kehabisan peluru,” Shakinah memberi laporan.

“Arahkan anak-anak buah Ammar untuk mengisi peluru yang baru. Laser gamma?” “Beres bosss!!!” sahut Najwa.“Ana?” panggil Hakim.“Peluru berpandu siap untuk dilancarkan, tuan!” tika bertugas, bahasa formal digunakan, lebih-lebih lagi tika waktu darurat sebegini.“Terima kasih, semua,” ucap Hakim.Dia menekan alat penghubung dan menghubungi ruangan kokpit.Taliannya disambut oleh Suhaila.“Team kelengkapan, beres!!!hanya menunggu isyarat untuk lancarkan serangan,” Hakim memberi laporan.“laporan diterima. Sila tunggu arahan selanjutnya dari pihak kami,”
kedengaran suara balasan dari Suhaila sebelum talian dimatikan.
###################

“Kapten, talian sudah bersambung,” Suhaila memberitahu.Kapten Hasliza membaiki sedikit topinya.Satu wajah muncul di skrin utama itu.“Assalamualaikum, saudara,” Kapten Hasliza menyapa.“Waalaikumussalam,” kapten kapal itu menjawab ucapan yang mulia itu.Masa terus berlalu dan kata putus sudah dibuat. Memandangkan mereka sudah tiada tempat tinggal, mereka terpaksa bergelandangan di angkasa raya itu dan sekali sekala mendarat di terraform berdekatan untuk menyelesaikan apa yang patut. Terraform mereka, Blue Spite yang berada di bawah Sektor Andalus, sudah hancur akibat dihujani hujan asteroid.Peristiwa yang jarang sekali berlaku di angkasa raya itu. Menurut kapten itu lagi,mereka sangkakan Imtiyaz ini adalah salah sebuah anak kapal lanun yang cuba untuk menyerang mereka kerana sejam yang lalu, mereka telah pun diserang oleh pasukan-pasukan lanun yang bermaharajalela di sekitar angkasa raya. Kapten Kapal Zunurrain itu meminta wakil dari Tamayyuz untuk menandatangani surat perdamaian.

“Setiati, pasukan awak boleh bergerak sekarang,” ujar Kapten Hasliza.Setiati, Zailani dan Helmi segera membuat tabik hormat, mematuhi arahan yang baru dikeluarkan oleh ketua mereka.Mereka yang memang sudah lengkap bersuit, pantas berlalu ke bahagian tengah kapal.Di situ,terdapat satu laluan kecil, khas buat para juruterbang GUNDAM.Helmet yang elok tersusun di atas rak, dicapai dan Mereka melonjak ke udara yang tiada graviti itu, menghampiri tempat mengawal GUNDAM.Masing-masing mendapatkan GUNDAM masing-masing.Setiap GUNDAM itu berbeza tempat pembuatannya. GUNDAM kepunyaan Setiati yang diberi nama Freedom itu, dibuat oleh jurutera terhandal yang tinggal di Kepulauan Jawa, di planet bumi. Manakala Honesty kepunyaan Helmi, dibuat oleh para saintis yang ada di London dan Justice yang dipandu oleh Zailani,dicipta khas oleh para pencipta barangan elektronik di Beijing, China.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience