BAB 5

Romance Completed 411

“Earth?” soal mereka hampir serentak.Masing-masing memandang ke arah Setiati.“Info?”Wazirullah tampak berminat. “Earth... satu organisasi di planet Bumi. Keadaannya hampir sama dengan sektor-sektor yang terdapat di angkasa. Tapi di sini, kami dibahagikan kepada 5 Empayar dan setiap Empayar dijaga oleh 8 Kings, yang bertindak sebagai ketua.Seperti mana sektor yang mempunyai terraform, kami juga mempunyai terraform yang dipanggil, Clan. Setiap clan dijaga oleh seorang kings dan memandangkan king sibuk, clan diterajui oleh 10 orang elders dan setiap elders mempunyai tugasnya masing-masing untuk menjaga keamanan clan. Antara clan tidak dibenarkan bergaduh.Setiap dari kami dikehendaki menjaga keamanan dan kedamaian Earth Sekiranya ada berlaku salah faham, haruslah dirujuk kepada Kings dan jika ingin bergaduh juga, mesti bergaduh di stadium yang sudah pun disediakan. Sesiapa yang ingkar, akan berdepan dengan Kings berlapan dan kalau lebih teruk lagi,
akan berhadapan dengan ketua Earth sendiri dan itu bukan lah berita yang baik,” terang Setiati dengan teliti dan jelas.“Di Earth, orang kami bercampur. Di sini, kami terdiri daripada kordinator, natural dan juga tidak ketinggalan indigo,” Helmi mencelah.“Indigo pun ada? How can...” Kapten Wazirullah dan anak-anak kapalnya kelihatan terkejut.

“Earth satu organisasi yang pentingkan perdamaian.Di sektor, banyak terjadinya peperangan.Atas sebab itu, ramai antara mereka, datang bersatu dengan Earth.Di sini, kami bagaikan sekeluarga.Semuanya di layan dengan adil. Sekiranya ada salah seorang dari kami ada yang belot,termasuk Kings atau edlers, akan dihukum bunuh dan ahli keluarganya akan dikeluarkan dari Earth. Jadi, seseorang itu akan berfikir berulang kali sebelum membelot. Atas sebab itu, kami di sini, sangat menghormati dan menyayangi Earth,” suara Zailani mengambil alih.Anak-anak kapal Zunurrain kelihatan berpandangan sesama sendiri.

“Jadi... berminat untuk sertai Earth?” soal Setiati lagi.Kapten Wazirullah memandang anak-anak buahnya satu persatu.Berkomunikasi menggunakan mata.Akhirnya dia memandang ketiga-tiga orang wakil Tamayyuz di hadapan mereka.

“Kami berminat,” jawapan dari Kapten Wazirullah itu, mengundang senyuman di bibir anak-anak kapal Tamayyuz.Akhirnya, sebuah kumpulan lagi dapat ditarik ke dalam pasukan mereka yang penuh dengan gurau senda dan tawa riang para penghuninya.
#################
“Perhatian kepada anak-anak kapal, sila pakai tali pinggang masing-masing.Bersedia untuk memasuki atmosfera bumi,” suara Kapten Hasliza kedengaran di pembesar suara.Anak-anak kapal yang berada di kamar, pantas mendapatkan tempat duduk masing-masing dan ikatan keselamatan di kenakan segera.Di ruang utama,“Imtiyaz menghubungi Zunurrain.Imtiyaz menghubungi Zunurrain,” suara Suhaila kedengaran menghubungi kapal agam yang mengekori mereka.“Zunurrain menerima Tamayyuz. Ada apa-apa yang boleh kami bantu?” balas Najibah selaku operator di Zunurrain.“Imtiyaz harap, Zunurrain dalam keadaan siaga.Kita akan memasuki atmosfera bumi bila-bila masa sahaja,” ujar Suhaila.

“Zunurrain menerima arahan. Terima kasih,”Talian dimatikan. Suhaila memandang rakan-rakannya yang sedang membuat persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.Melepasi sesuatu atmosfera, bukanlah satu perkara yang sesenang seperti yang difikirkan oleh kebanyakan rakyat, baik yang tinggal di kawasan ektor angkasa mahupun yang bernaung di bawah Earth.Hanya yang biasa mengendali kapal angkasa sahaja yang tahu akan bahaya yang bakaldihadapi sekiranya mereka tidak dapat mengawal kapal angkasa dengan sebaiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience