Kecekapan seseorang juruterbang itu teruji apabila mereka terpaksa berhadapan dengan atmosfera. Hal ini kerana apabila mereka berada di atmosfera, medan graviti sesuatu planet akan menarik kapal angkasa mereka.Lebih-lebih lagi bumi. Bumi yang mempunyai medan graviti yang tinggi telah membuatkan banyak kapal angkasa terhempas menyebabkan banyak kemalangan nyawa yang berlaku. Tetapi, hal ini tidak diketahui ramai.Pihak angkasa melarang keras para pengendali kapal angkasa menyebarkan berita ini.Mereka tidak mahu rakyat jelata ketakutan apabila mereka melalui atmosfera.Atas sebab itulah, pengendali amatur tidak dibenarkan mengendalikan kapal ketika melalui sesuatu atmosfera kecuali jika dia mendapat kelulusan daripada para pengendali profesional itu sendiri.
Kapal Imtiyaz bergegar dengan kuat secara tiba-tiba.Wajah anak-anak kapal ada yang kelihatan pucat, menahan rasa.Dalam hati masing-masing, tidak putus-putus berdoa agar mereka selamat sampai.Di satu hadapan cermin utama, kelihatan Iman serta Azam selaku pengemudi utama kapal Imtiyaz bersungguh-sungguh mengawal alat pengemudi supaya Tamayyuz Airlines tidak terhempas ke bumi.
“Yeayyyyyy!!!!We did it!” kedengaran sorakan kegembiraan setelah hampir 10 minit berlawan dengan ketakutan, mereka akhirnya dapat menstabilkan kembali Imtiyaz Airlines.Di wajah masing-masing, terpamer keceriaan yang tidak berbelah bahagi.Kapten Hasliza menghembus nafas kelegaan.Segaris senyuman terpamer di wajah.Akhirnya... berjaya!
“Siapa nak join aku?” suara Syahmi memecah kebingitan.Rakan-rakannya terdiam.“Solat sunat! Aku join!” Helmi menjerit kegirangan.“Aku pun!” Setiat mencelah.“Aku nak!”Darlina turut serta.“Mari lah, semua...” ajak Syahmi .
“Shakinah, boleh awak tolong....?” pinta Iman.“Sure,” balas Shakinah sambil mengambil alih alat pengemudi.“Biar aku gantikan kau,” ujar Samiha yang melihat Azam kelihatan serbasalah itu.Azam tersenyum ceria.“betul?” soalnya. Samiha mengangguk.
“Thanks,”
######################
“Perhatian kepada anak kapal Imtiyaz Airlines, kita akan mendarat di pangkalan SMAS kurang dari satu jam. Sila bersedia dengan sebaiknya, ya...” suara Darlina kedengaran di corong pembesar suara.“baik!” kedengaran jeritan riang daripada rakan-rakan yang sejak selesai menunaikan solat sunat lagi, sudah menatap pemandangan indah di permukaan bumi yang kelihatan berbalam-balam akibat awanan yang menimbun.
Tidak lama kemudian,
“Imtiyaz ke pangkalan.Imtiyaz ke pangkalan, permintaan untuk mendarat, over” Suhaila menghubungi pihak pangkalan SMAS.“SMAS di sini, permintaan mendarat di luluskan. Imtiyaz di minta mendarat di pintu ke lima, menghadap ke timur, over,” kedengaran suara balas melalui corong radio di situ.“Imtiyaz faham.Roger and out,” Suhaila mematikan panggilan.Dia memandang Iman yang sedang mengemudi kapal.Iman mengangguk faham.
“Baiklah semua, Imtiyaz akan mendarat sebentar lagi.Sila kenakan tali keselamatan masing-masing,” Iman bersuara.“Tak payah banyak cakaplah, Iman. Aku dah tak sabar ni,” pintas Zailani.Betisnya ditendang oleh Azam.“Diamlah kau.Dia sendiri yang cakap banyak, tak sedar.Tu tali keselamatan tak pakai lagi.Kau ni, Lepas terhantuk nanti baru nak termengadah,” bidas Azam.Zailani tertunduk, diam tak terkata akibat penangan dari Azam.Dia perlahan-lahan mencapai tali keselamatan dan dipasangnya.Suhaila dan Masturah sudah terkekeh-kekeh menahantawa.Sementara Setiati menunjukkan tumbs up kepada kawannya itu.
Share this novel