saudara dan saudari sudi menyertai kami,” Zailani serta Setiati berpandangan sesama sendiri.Helmi terdiam sejenak sebelum bersuara.
“Kalau saudara tidak keberatan, izinkan kami memberi laporan kepada kapten kapal kami,” pinta Helmi, dengan sopan. “Dengan senang hatinya,” Hafizul memberi ke izinan.
#################
“lama lagi ke?” suara Ain memecah kesunyian di ruangan kokpit. Kapten Hasliza berpaling memandang anak buahnya.Segaris senyuman diukir buat anak buahnya itu.Ain menundukkan kepalanya.Sedar yang dia sudah pun terlanjur bicara.
“Kalau kamu nak berehat, silakan. Yang lain-lain pun, boleh rehat sekali. Terima kasih untuk apa yang dah kamu semua buat hari ini,” ujar Kapten Hasliza.Riak Ain jelas mempamerkan hatinya yang rasa gundah itu.“tak apa lah, kapten. Saya tanya aja tadi. Saya kuat lagi ni.Masih
boleh bertahan,” Ain bersuara dengan penuh semangat.“Tak apa... memang dah sampai masanya untukkamu berehat pun. Tadi kan, kamu dah susah payah baiki enjin Tamayyuz? Jadi, apa salahnya berehat untuk beberapa jam,” ujar Kapten Hasliza lagi. Sifatnya yang penuh dengan sifat keibuan itu, membuatkan Ain terharu.Ingin sahaja dia memeluk Kaptennya itu.
“Terima kasih, kapten!” ujar Ain sembari memberi tabik hormat kepada kaptennya itu.Dia kemudiannya berlalu ke biliknya yang berada di ruanganatas.“kamu semua pun, pergilah berehat sama...” ujar Kapten Hasliza kepada anak-anak buahnya yang tadi sudah berhempas pulas membaiki enjin sertamemeriksa kelengkapan.
“Tak apa, kapten.Kami okay, kami dah besar,” sahut Syahmi . Jawapannya itu mengundang tawa rakan-rakan yang lain. Kapten Hasliza mengukir senyuman.Alhamdulillah... situasi yang tadinya tegang, sudah pun bertukar menjadi hangat dan tenang kembali.
“Yoshhh!Siapa yang nak tolong aku masak?” soal Hajar yang berdiri secara tiba-tiba.Beberapa orang rakannya mengangkat tangan.Salah seorangnya adalah Syahmi.“aku tak nak tolong kau masak. Tapi biar aku yang masak. Kau jadi pembantu aku hari ni, ya...” ujar Syahmi sambil menutup psp di tangannya.
“kau..??? pandai ke memasak???” ejek Hajar. Syahmi mencebik.“Weiyyy... setakat memasak tu..kacang aja lah..!” balas Syahmi sebelum berlalu dari ruangan utama itu. Langkahnya dituruti oleh beberapa orang rakan yang turut sama ingin memasak makanan tengah hari hari itu. Cop! Tengah hari? Macam mana...? sedangkan kat angkasa semuanya babagaikan pada waktu malam. Rileks beb... jam kan ada...
########################
“Jadi... selepas ni, kau orang nak pergi mana?” soal Setiati. Habis sudah action formal yang tadi digunakan.Kini, mereka sedang bersantai sambil berbual bersama orang-orang kuat Zunurrain.“Entah lah... maybe meneruskan nasib kami sebagai gelandangan...” balas Kapten Wazirullah.Helmi dan Zailani tertawa mendengar jawapan dari kapten Zunurrain.“Takkan lah kot... jangan bergurau lah...” ujar Helmi.
“Well... susah nak percaya... tapi itulah hakikatnya,” balas co-capten Zunurrain, Nadzirah. Helmi langsung terdiam.“Maaf... kami bukan nak mengejek tadi, kami cuma tak percaya dan fikir ianya satu gurauan,” ujar Zailani.“Naaa... it's okay. Kami tak ambil hati pun,” balas Kapten Wazirullah.“Urmm..memandangkan kau orang tak ada tempat tinggal sekarang ni,apakata kau orang bersatu dengan kami? Berada di bawah naungan Earth?”usul Setiati.
Share this novel