Bab 1: Kedai Cupcake Bakery

Other Series 2664

"Pak cik, mengapa dari tadi pak cik senyap sahaja, tidak bercakap apa-apa pun?" tanya Sarah kepada Encik Roslan. Syikin yang duduk di sebelah terus menyiku lengan Sarah. Encik Roslan hanya tersenyum kepada Sarah.

"Pak cik memang begitu, tidak banyak bercakap. Mak cik yang paling banyak bercakap di dalam rumah ini." balas Puan Rahimah cuba menceriakan suasana.

"Sebernanya, pak cik tidak tahu mahu bersembang apa dengan kamu semua. Sebab itu pak cik senyap sahaja dari tadi." beritahu Encik Roslan dengan jujur.

"Oh, begitu!" Sarah tersipu malu.

Selepas bersarapan, Sarah, Syikin, dan Aisya membantu Puan Rahimah mengemaskan meja makan. Selesai mengemas, mereka bertiga duduk menunggu Puan Rahimah di ruang tamu.

Beberapa minit berlalu, mereka bergerak ke Cupcake Bakery dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Puan Rahimah.

Jam menunjukkan pukul 9:15 pagi. Sarah dan Syikin tidak sabar mahu sampai ke kedai Cupcake Bakery. Di sepanjang perjalanan ke kedai itu, Sarah tanpa jemu bertanyakan kepada Aisya berkenaan kedai Cupcake Bakery.

"Kedai itu besarkah? Ramaikah orang yang datang ke kedai itu? Kedai itu popularkah? Mengapa saya tidak pernah tahu pun tentang kedai Cupcake Bakery?" Itu adalah antara soalan yang ditanya oleh Sarah.

Aisya hanya mampu bersabar dengan perangai kawan karibnya yang banyak bercakap itu. Tiba-tiba Syikin menyampuk, "Bolehkah awak senyap sedikit? Penat saya mendengar soalan-soalan awak." ujar Syikin dengan nada sinis.

"Saya tanya sahaja..." Sarah mula membuat mimik muka merajuk. Puan Rahimah hanya ketawa melihat gelagat gadis-gadis remaja itu. Apabila mendengar Puan Rahimah ketawa, yang lain turut ketawa bersama. Sedang asyik ketawa, tiba-tiba Sarah bertanya, "Sebernanya, apa yang lawak? Mengapa kita tiba-tiba ketawa pula?"

"Pandai awak buat lawak." Aisya cuba menyakat Sarah pula.

Sedang asyik ketawa, tanpa sedar, mereka sudah pun sampai di kedai Cupcake Bakery. "Kita sudah sampai. Siapa yang mahu makan cupcake, angkat tangan!" Puan Rahimah cuba mengambil hati ketiga-tiga mereka.

"Saya!" jerit mereka bertiga. Suasana menjadi riuh seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience