Bab 1: Kedai Cupcake Bakery

Other Series 2664

Tanpa membuang masa, mereka terus keluar dari kereta dan berlari menuju ke kedai Cupcake Bakery. Aisya, Sarah, dan Syikin yang berumur 14 tahun berkelakuan seperti kanak-kanak berumur tujuh tahun. Ini kerana mereka berasa teruja dapat pergi ke kedai Cupcake Bakery.

Puan Rahimah tertawa melihat telatah mereka bertiga yang berkelakuan seperti budak kecil berlari mendapatkan sesuatu. Sampai di pintu kedai, Kak Siti tertanya-tanya siapakah dua orang gadis remaja yang kelihatan sebaya dengan Aisya. Sebelum ini, dia tidak pernah nampak mereka berdua. Aisya, Sarah, dan Syikin pun melangkah masuk ke dalam kedai dan bersalaman dengan Kak Siti.

Aisya memperkenalkan Sarah dan Syikin kepada Kak Siti. "Perkenalkan, kawan baik saya. Yang berkulit putih ini Sarah, dan yang memakai cermin mata ini pula Syikin. Kami rakan sekelas."

"Kalau Kak Siti mahu tahu, mereka berdua ini adalah penggemar cupcake yang Kak Siti buat. Mereka tidak sabar mahu datang ke sini, semata-mata mahu melihat sendiri cupcake di sini yang beraneka rupa dan pelbagai rasa." beritahu Aisya kepada Kak Siti dengan panjang lebar.

"Maksudnya, kamu berdua ini pun suka makan cupcake? Kamu berdua pernah makan cupcake Kak Siti?" tanya Kak Siti kepada Sarah dan Syikin.

Belum sempat mereka berdua menjawab, Aisya sudah bersuara terlebih dahulu. "Kalau Kak Siti mahu tahu, beberapa bulan lepas, saya ada membawa cupcake ke sekolah. Sejak itu, cupcake Kak Siti menjadi kegemaran mereka. Datang ke sini hari ini pun atas permintaan mereka." beritahu Aisya dengan penuh semangat.

"Betul kata Aisya itu, Kak Siti. Cupcake Kak Siti memang sedap. Bak kata orang, best in the world. Tidak ada tandingannya." sampuk Sarah. Syikin mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Sarah sebentar tadi. Kak Siti hanya tersenyum dan tersipu-sipu malu mendengar pujian daripada gadis-gadis remaja itu.

"Mari kita pergi pilih cupcake." Aisya sudah tidak sabar mahu makan cupcake kegemarannya.

"Cupcake apa yang paling sedap di sini?" tanya Syikin kepada Aisya.

"Cupcake di sini semuanya sedap. Kadangkala, saya pun tidak tahu mahu pilih cupcake perisa apa." balas Aisya sambil matanya liar memerhati banyak cupcake yang tersusun rapi di kedai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience