Bab 1: Kedai Cupcake Bakery

Other Series 2664

Ketiga-tiga mereka menikmati cupcake masing-masing dengan gembira.

"Cuba awak tengok kawan kita itu. Makan cupcake seperti tidak ingat dunia. Senyap sahaja." Aisya menyiku lengan Syikin yang duduk bersebelahan dengannya. Mereka tergelak kecil melihat aksi Sarah yang menikmati cupcake dengan mata terpejam.

"Awak berdua fikir saya tidak dengar apa yang awak berdua cakap?" Sarah menjeling kepada mereka berdua.

"Sudah, makan cepat." kata Syikin kepada Sarah dan Aisya.

"Sebelum pulang, saya mahu beli beberapa biji cupcake untuk keluarga saya. Mesti keluarga saya suka." beritahu Sarah kepada Aisya dan Syikin.

"Bagus cadangan awak. Saya pun mahu bungkus bawa pulang ke rumah. Tetapi, bukan untuk ahli keluarga." Syikin juga seperti Sarah, mahu membeli cupcake untuk dibawa pulang.

"Kalau bukan untuk ahli keluarga, untuk siapa pula?" Sarah berasa pelik.

"Saya mahu makan seorang di dalam bilik, sebab cupcake ini terlampau sedap." kata Syikin. Mereka bertiga tergelak mendengar kenyataan Syikin.

"Pandai betul Kak Siti buat cupcake." puji Syikin, terbayangkan kelazatan cupcake yang baru dirasanya.

"Sebernanya, Kak Siti membuat cupcake ini menggunakan resipi keluarganya." terang Aisya kepada teman-temannya. Sebelum ini, Aisya ada bertanya kepada Kak Siti berkenaan resipi cupcake. Sebab itu dia tahu serba sedikit berkenaan cupcake.

Puan Rahimah yang dari tadi duduk bersembang di tepi kaunter bayaran, datang ke meja Aisya dan rakan-rakannya. "Semua sudah habis makankah? Sedap cupcake di sini?" tanya Puan Rahimah.

"Ya, cupcake di sini semuanya sedap." balas Syikin menjawab pertanyaan Puan Rahimah.

"Sarah dan Syikin tidak mahu bungkus bawa pulang ke rumah? Bawa pulang untuk ibu dan ayah?" Puan Rahimah bertanya lagi.

"Mestilah mahu!" Sarah dan Syikin saling berpandangan kerana tidak menyangka mereka menjawab pertanyaan Puan Rahimah secara serentak. Lalu kedua-dua mereka pun ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience