Bab 1: Kedai Cupcake Bakery

Other Series 2665

Aisya baru sahaja pulang dari sekolah. Sebaik melangkah masuk, dia terus menuju ke biliknya di tingkat atas abgi membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Satu jam kemudian, kedengaran suara mama Aisya memanggil namanya.

Aisya yang sedang berehat bergegas turun ke bawah. "Ada apa, mama?" Aisya bertanya kepada mamanya.

"Mama mahu mengajak kamu pergi ke kedai Cupcake Bakery. Kamu mahu ikut?" tanya mamanya, Puan Rahimah yang kelihatan sedang menyiapkan beberapa barang di dalam beg dan mengambil kunci.

"Mestilah saya mahu ikut." jawab Aisya dengan bersungguh-sungguh. Teruja sungguh Aisya apabila mamanya mengajak pergi ke kedai kegemarannya.

Tanpa membuang masa, Puan Rahimah dan Aisya keluar mengunci pintu rumah dan masuk ke dalam kereta.

Di dalam kereta, suasana begitu riuh walaupun hanya mereka berdua yang ada di dalam kereta itu.

Aisya menceritakan keadaannya di sekolah. "Tadi, ada seorang murid didenda ketika perhimpunan sekolah."

"Yakah? Siapakah murid yang didenda itu? Pasti murid itu tidak menyiapkan kerja sekolah." Puan Rahimah cuba meneka.

Aisya hanya mengangguk apabila mendengar kata-kata daripada mamanya. "Nizam, kawan sekelas saya yang didenda." Aisya memandang pemandangan di luar tingkap.

"Kamu jangan jadi seperti itu pula. Sebagai seorang murid, mesti patuh pada arahan guru dan menyiapkan semua kerja sekolah yang diberikan kepada kita." nasihat Puan Rahimah kepada Aisya. Aisya dengan pantas mengangguk dan tersengih.

"Cepatnya, kita sudah sampai rupa-rupanya." kata Aisya dengan nada sedikit terkejut. Disebabkan terlalu asyik bersembang dengan mamanya, dia tidak sedar yang mereka kini sudah pun berada di hadapan kedai Cupcake Bakery.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience