×P R O L O G×

Romance Series 5937

"Lina,datang ke taman sekarang!" lemah Aryan bersuara dari corong telefon.Dellina yang mendengarinya mula kelam-kabut.Dia begitu pasti akan keadaan sahabatnya yamg merlukan dirinya sekarang.

"O..Okey!"kata Dellina seraya menamatkan panggilan.Sweather disarungnya pada tubuh untuk menutupi lengannya yang terdedah.Tudung dipakai tanpa merapikannya .Dengan segera dia berlari turun dari anak tangga untuk berjumpa dengan sahabatnya.Hari kelihatan agak mendung.Payung di tepi rak kasut dicapainya.Sempat dia menulis nota untuk memberitahu ibu bapanya bahawa dia keluar.

***

Dari jauh dia terlihat sahabatnya,Aryan yang duduk di bangku taman yang disediakan.Bajunya basah dek hujan lebat.Kepalanya didongak ke atas sambil matanya terpejam.Dan dia...sedang menangis.Air hujan dan air matanya bercampur dan tidak dapat dibezakan.Namun,Dellina pasti,sahabatnya itu memang sedang menangis.

Perlahan-lahan Dellina menghampiri bersama payung di tangan.Wajah Aryan yang basah dilindunginya dengan payung.Aryan yang mendongakkan kepalanya pelik kerana tiada setitis pun lagi air hujan yang mengenainya.Matanya dibuka perlahan-lahan.Dellina menghadiahkan senyuman hambar apabila melihat keadaan sahabatnya.Matanya kelihatan sembab dan kemerahan mungkin kerana terlalu banyak menangis.Pilu hatinya melihat keadaan sahabatnya kini.

"Kenapa?" hanya satu patah perkataan yang mampu Dellina lontarkan walaupun dia sudahpun mengetahui perkara yang sebenar.Sungguh dia tak mampu lagi melihat Aryan.

"Fa...Fasha.Sh-She asked for a break." Sudah di agak pasti itulah perkara yang terjadi.Dellina hanya mendiamkan diri.

"I have agreed though..I.." Aryan terus menghamburkan tangisan di hadapan sahabatnya.Malu?Tak,dia sudah biasa kerana dia begitu mempercayai wanita di hadapannya ini.

"How this all happened?"Ya,dia terpaksa bertanya.

" Dia cuma-"

***
×FLASHBACK×(TWO HOUR AGO...)

Aryan berlari anak memasuki cafe yang menjadi tempat pilihan kekasihnya untuk berjumpa.Senyumannya lebar apabila melihat buah hatinya menunggu di suatu sudut cafe itu.Sudah lama mereka tidak bersua muka membuatkan lelaki itu teramat merindukan si kekasih.Setibanya si hadapan kekasih,pelbagai soalan ditujukan.

"Hey,sayang.You apa khabar?Macam mana kerja you dekat sini?You tak rindu I ke?I rindukan you sangat tau.Kenapa you nak jumpa i?You nak minta I..."belum sempat disudahi kata-katanya gadis itu lantas memotong.

"Kita putus.."

"Whatt?Are you?You..just kidding me,right?You know that I really love you.I..."

"But,I lansung tak cintakan you.Lagipun,it impossible la nak kahwin dengan you.Dapat jamin ke kehidupan I kalau kerja pun you tak ada?So,kita break!!"usai sahaja berkata,gadis itu berura-ura untuk pergi.Namun cepat dihalangnya gadis itu.

"But,why?Fasha,I think you love me.And now,you want to leave me just because of money?Is money able to give you everything??Why not love me?"

"Love?Huh!!Ryan,for your information,money isn't everything but everything needs money.With the money we can buy whatever is required including .."

"Including my love?You are trying to play my heart just for money,Fasha?How dare you!"

"Ryan..Kalau dah rasa diri you tu dah dipermainkan,so just break."

"Jangan kau menyesal dengan apa yang kau cakap harini,Fasha.Baru aku tahu yang kau ni betul-betul mata duitan.Sampaikan sanggup jual body kan?Selama ni aku cuma tak endahkan aje apa orang kata tentang kau sampaikan satu tahap aku tengok dengan mata sendiri pun aku masih lagi fikir positif pasal kau.Tapi tak pe,percayalah kau akan menyesal bila kau tahu siapa aku satu hari nanti."ujar Aryan seraya pergi.Air matanya sedaya-upaya ditahannya.Dia tak mampu menghamburkan tangisan di hadapan gadis itu kecuali di hadapam sahabatnya.Hatinya terasa sakit apabila mengetahui akan kelakuan kekasihnya.Sudah acapkali dia terserempak Fasha secara tidak sengaja di hotel bersama lelaki kaya.Dia cuba untuk berfikiran positif namun kini tidak lagi.Dia benar-benar jijik dan terasa hati dengam kelakuan Fasha itu.

×END OF FLASHBACK×

***

" Dia..Dia just bercinta dengan aku cuma nakkan wang.A-aku menyesal sebab dah jatuh cinta dengan dia."luahnya secara beterus-terang.Dellina menyusun ayat untuk dilontarkan.

"Sudahlah!Jangan fikirkan pasal dia lagi."

"Tapi aku cintakan dia!Aku sayangkan dia!Dia je yang tak nampak semua tu!Dia cuma nakkan harta aku je!Aku rasa macam memyesal pun ada sebab sorokkan identiti aku yang sebenarnya.Kalau tak mesti dia still dengan aku,kan?Mesti dia cintakan aku,kan?Mesti dia-"Belum sempat Aryan menghabiskan kata-katanya,Dellina telahpun memotong.

"Yan,tindakan awak tu memang bagus pun.Bayangkan kalau awak beritahu identiti awak yang sebenar,yang awak tu anak orang kaya,yang awak tu CEO termuda di Malaysia,awak mungkin takkan tahu perangai sebenar Fasha.Awak mungkin takkan tahu yang Fasha cuma cintakan harta awak,bukan awak.Awak mungkin juga takkan tahu macam mana kelakuan dia yang sebenar.Dan awak juga mungkin akan terus 'suka' dengan perangai hipokrit dia.Apa yang awak lakukan tu memang betul.Awak janganlah menyesal hanya sebab nak raihkan cinta dia."Lembut dan tenang sahaja tutur bicaranya.Aryan hanya mendiamkan diri.

" Dahlah,nak dekat maghrib ni.Awak baliklah,ye.Nanti mama awak risau.Dahlah hujan lebat."

"Dia tak pernah pun sayang aku apalagi nak risaukan aku,Lina.Kalau aku sakit pun dia tak ambil tahu,agaknya kalau aku dah mati pun sampai bila-bila dia tak ambil tahu sebab tak ada orang nak beritahu dia kan?"

"Hey,tak baiklah Yan.Setiap ibu mesti sayangkan anak dia.Tak ada ibu yang bencikan anak yang dia jaga dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari."

"Dia bukan tergolong dalam ibu yang sayangkan anak dia.Dia tergolong dalam-"

"Dah jom.Saya hantarkan awak balik.Lagipun saya datang sini naik kereta.Lagipun dah lama awak 'mandi' hujan.Baik awak balik mandi shower.Tak pepasal esok awak demam.Dah,jom balik!" katanya sambil berlalu pergi.Semakin lama dia di situ semakin merapu jadinya Aryan nanti.Aryan hanya membubtuti setiap langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience