×B A B 2×

Romance Series 5937

Seminggu sudahpun berlalu.Aryan bermain-main dengan telefonnya.Sesekali dia meraup wajah.Ah!Dia bosan!Sudahlah esoknya hari minggu.Apalah yang perlu dilakukannya esok hari?Sesungguhnya,dia amat memerlukan sahabatnya untuk meluangkan masa cuti.Lock screen dibuka.Aplikasi whatsapp dicari.
______
*Lovely friend,Lina*
- Online -
______
Aryan tersenyum.Jarinya mula menari-nari di atas keyboard.
______

Aryan:

Wey,hangout jom!Bosanlah,dahla esok hujung minggu.Kita pi shopping eh?Aku belanja.Esok aku ambil depan rumah pukul 8.Minta izin dulu dekat umi dan walid,tau!Tak pun nanti aku yang minta izin,okey!Jangan lupa pukul 8 esok tau!??
-Aryan-
______

Bosan punya pasal ajak shopping pun takpe.Dah biasa shopping dengan girlfriend.Itulah tak kisah pun.Jenis yang melayan.

Bluetick.Typing....

______
Baik!!Jumpa esok!Nak tidur dah ni,mengantuk!
-Dellina-

Ceh,tidur aje kerjanya!Kalau tidur,bangun tu tetiba jadi lawa tak apalah macam sleeping beauty tu!Ni tidak,macam sleeping beast!!
-Aryan-
______

Aryan tersengih.Percayalah,walaupun Luna tiada di hadapannya,pasti sekarang Lina mencebik dan membebel.Typing...Lamanya dia ni..

______

Syed Aryan Iqbal bin !Syed Amar!Tidur ni bukan sahaja dikira merehatkan tubuh badan,tapi dapat menghilangkan stress,mencegah kanser,menurunkan berat badan,mengekalkan kesihatan jantung,menguatkan daya ingatan dan macam-macam lagi.Manusia harus tidur selama enam atau tujuh jam sehari untuk mengekalkan kesihatan diri.Awak jangan pandang remeh dengan perkataan tidur tu!!Awak kalau malas nak dengar saya 'ceramah' lagi pasal kebaikan 'tidur',awak search aje dekat pak cik google!Maklumat yang dia kasi awak guna sebaik-baiknya!Dahlah,saya nak masuk tidur!Assalamualaikum,bye and gud n8!

-Dellina-
- Offline -

______

Haish!Offline terus.Sudahlah bosan.Jam di dinding bilik ditilik.Patutlah!Sudah pujul 11:30 malam.Memang patut pun Dellina mengantuk.Telefon dilempar di atas katil.Aryan 'menghempas' tubuhnya di atas katil.Selang beberapa minit,dia telahpun lena dibawa mimpi.
*****
"Awak,penatlah berjalan!Awak ni lelaki ke perempuan?Saya yang perempuan ni pun dah tak larat nak shopping." kata Dellina sambil merengus kecil.Aryan hanya ketawa.

"Okey,ni last eh?Kita pergi kedai jam depan tu.Aku nak beli jam baru."

"Tapi,jam awak elok lagi,kan?Kenapa nak kena beli yang baru?"

"Ala,kau ni ikut ajela.Aku nak beli jam kat kau sama macam aku.Tanda persahabatan kita yang dah 10 tahun ni." katanya sambil menarik hujung baju Dellina.Dellina hanya tersenyum hambar sambil mengikuti.

***

"Encik nak jam yang macam mana?"

"Jam couple set yang terkini.Untuk dia tolong ukur dulu takut nanti longgar,ya." kata Aryan sambil menunding jari pada Dellina yang mengelamun.Dellina terpinga-pinga.

"RM 500,ya Encik." kata cashier wanita itu pada Aryan sambil tersenyum.Dellina sudah terlopong.Aryan dengan selambanya mengeluarkan lima keping not 100 lalu memberi padanya.

Tipikal Orang Kaya,weyh!Dia tak kisah pun Rm500 tu melayang macam RM0.50.

"Terima Kasih datang ke kedai kami.Sila datang lagi." macam nak halau ja.

"Dah,jom.Kita lunch dekat cafe pula.Lapar la pula." kata Aryan dan sekali lagi dia menarik hujung baju Dellina.

*****

Aryan dan Dellina memasuki cafe tersebut.Tiba-tiba seorang gadis berlanggar dengan Aryan.Gadis itu terjatuh.

"Auch!"

"Maaf.Maaf,saya tak perasan." kata Aryan berkali-kali meminta maaf padanya.Dellina menolong gadis itu untuk berdiri.

"It's okay.I tak apa-apa”kata gadis itu kemudiannya mendongakkan kepala memandang Aryan yang berkali-kali meminta maaf padanya.Mata bertemu mata.Gadis itu agal terpaku melihat Aryan.Aryan juga begitu.Delluna sudah tidak senang berdiri di situ.Cemburu melihat sahabatnya merenung gadis itu tanpa mengalihkan pandangan.

" Ehem.Ehem.Encik dan cik-cik berdua.Kalau ya pun nak buat drama mata bertemu mata lepastu turun ke hati,jangan buat delat pintu cafe ni.Orang nak lalu."kata seorang pelanggan yang baru sahaja memasuki cafe itu.Aryan yang agak tersentak lantas mengalihkan pandangan.Gadis itu mula merona kemerahan kemudiannya keluar dari cafe itu.Yang lain ada yang bersiul,mengusik Aryan.Dellina menghembus nafas lega apabila gadis itu sudah pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience