×B A B 5×

Romance Series 5937

"Encik,saya sudah menyiasat latar belakang gadis itu seperti yang encik mahukan.Segala maklumatnya,ada di dalam dokumen ini." ujar seorang lelaki berbangsa cina yang telah diupah Aryan sambil menghulurkan sebuah dokumen kepada Aryan.Aryan menyambutnya dengan senyuman.

NAMA:MELLISSA FAYANA BINTI ABDULLAH
UMUR:22 TAHUN
STATUS:BUJANG(?)
BILANGAN ADIK BERADIK:-(ANAK TUNGGAL)
TARIKH LAHIR:5 DISEMBER 19**
NO H/P:01*-*******
NAMA IBU:MARIA ZULAIKHA BINTI ZULKARNAIN
NAMA BAPA:ABDULLAH

Aryan melebarkan senyuman.Segala maklumat tentang si gadis telah dia miliki.Jangankan nama si gadis,makanan/minuman kegemaran,tempat tinggal,tempat kerja,dan macam-macam lagi telahpun dia ketahui dari dokumen yang diberi.

"Encik Aryan,beberapa maklumat sulit terpaksa dipadam dan disorokkan oleh keluarganya atas sebab-sebab tertentu."jelas lelaki itu lagi.

" Oh,itu tak pe.By the way......."

"Justin."

"Justin Bieber?"

"Eh,tak!Justin Collin."

"Oh!By the way,Justin Collin.Terima kasihlah sebab tolong aku cari maklumat pasal Mellissa.Takde khidmat kerja kau,mungkin aku tak tahu latar belakang dia.Ha,ni upah kau."kata Aryan sambil menghulurkan sebuah sampul yang berisi wang.Lelaki cina itu tersenyum sambil mengangguk.

" Terima kasih,Encik Aryan."

"Satu lagi,jangan panggil aku ENCIK.Panggil je Aryan.Ni rahsia kita-kita je eh.Jangan cerita kat sesapa." kata Aryan sambil tersengih.Lelaki itu hanya mengangguk sekali lagi sambil tersenyum.Senyuman penuh makna dan juga misteri.

*****

"Mummy,kenapa kita datang sini?" tanya Acha dengan pelatnya.Kepala didongak memandang Dellina yang tinggi.Dellina menyamakan ketinggiannya dengan Acha.Kepala anak kecil berumur 4 tahun itu diusap lembut.

"Mummy datang sini nak jumpa Uncle Aryan kejap.Sementara mummy jumpa dengan Uncle Aryan,Acha pergilah main dulu.Ajak kawan-kawan tu main sekali." ujarnya lembut.Acha memuncung bibirnya.

"Tapi,Acha tak kenal diorang." ujarnya meleret.Rambutnya yang panjang dipintal-pintal sambil kepala menunduk menekur lantai.

"Kalau macam tu,Acha berkenalanlah dengan diorang.Tanyalah nama diorang apa."kata Dellina lagi.

" Kalau diorang tak nak berkenalan dengan Acha macam mana?"tanya Acha lagi.

"Belum cuba,belum tahu.Acha cuba je dulu.Cakap dengan diorang baik-baik tau.Dahlah,Acha pergi main sana.Uncle dah datang tu.Jangan main jauh-jauh tau,sayang.Kesian mummy nanti nak cari Acha.Lepas main nanti kita pergi makan tau.Lepastu mummy hantar balik."ujarnya tenang.

" Papa tak marah ke Acha balik lewat?Mama tahu tak Acha makan dengan mummy dekat luar?Macam mana kalau papa marah lepastu pukul mama lagi?"tanyanya sambil menunduk.Dellina lantas memeluk Acha.Dia begitu arif dengan kehidupan Acha yang kurang dengan kasih sayang itu memandangkan Acha adalah anak kepada kawan baiknya.

"Tak adalah,sayang.Mummy dah bagitahu mama dah kita makan dekat luar.Lagipun,mama balik lewat sikit.Katanya ada kerja.Papa pergi luar negara.Acha jangan risaulah.Dah,Acha pergi main sana tu." Acha hanya mengangguk.Aryan yang sudah berada di sebelah Dellina disalamnya sebelum berlalu.Aryan hanya tersenyum melihat Acha.Bukannya dia tidak mendengar setiap kata-kata Acha tadi.Dia juga sudah dimaklumkan Dellina tentang kehidupan Acha.

"Kenapa awak nak jumpa saya?"Dellina memulakan perbualan.

"Cuma nak berterima kasih dekat kau."katanya sambil tersenyum manis.Berkerut dahi Dellina.

"Kenapa pula?Apa yang saya dah buat?"

"Sebab kau dah pulihkan hubungan aku dengan mama.Terima kasih sangat-sangat."

"Sama-sama.Ala,awak ni.Benda kecil je tu.Takkanlah awak nak jumpa saya nak kata tu aje?Kotlah nak ajak saya keluar pergi makan ke,shopping ke." ujar Dellina mengusik.

"Boleh je kalau kau nak.Bagitau je bila nak pergi.Aku sedia lapangkan waktu.Sebenarnya aku nak cakap pasal perempuan yang aku dah jatuh cinta tu." ujarnya sambil menunduk.Bibirnya tak lekang dek senyuman.Kakinya dikuis-kuis seperti anak kecil.Dellina hanya menelan air liur.

"Kan aku dah kata,aku takkan putus asa punya.Aku upah penyiasat untuk siasat latar belakang dia.Kau tahu tak,aku dapat semua maklumat pasal dia.Nama dia Mellissa Fayana.Cantikkan namanya?Secantik orangnya."ujarnya bersungguh-sungguh.Bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman.Dellina tersenyum hambar.

"Oh!" itu sahaja yang mampu Dellina katakan tika ini.Bibirnya diketap.Matanya mula berkaca-kaca.Kelibat Acha dicarinya.Setelah terjumpa figura yang dicari,dia cuba menumpukan perhatiannya pada Acha.Cuba untuk melupakan kata-kata Aryan tadi.Namun hanya matanya yang tertumpu pada Acha yang sedang bermain,telinganya masih mendengar tutur bicara Aryan.

"-Betapa gembiranya hati aku bila dapat tahu semua maklumat Mellissa.Semuanya aku tahu tentang dia.Tanggapan kau salah tau tak yang dia tu bini orang.Kiranya,aku ada peluang lagilah untuk aku tackle dia.Kau tahu tak,aku rasa seolah-olah dunia ni aku yang punya.Seriuslah aku kata,aku takkan putus asa selagi untuk tackle hati dia."

"Cinta ni memang betul-betul indah,kan??Aku tahu aku ni over acting bila aku dapat semua maklumat pasal dia.Kau tahu tak,dia tu model kut??Patutlah cantik!Aku rasa,aku betul-betul cintakan dia." sambungnyq lagi.Entah mengapa,air mata yang ditahan-tahan jatuh membasahi pipi Dellina tanpa dia sendiri sedari.Bibirnya diketap.

"Dellina,kau nangis ke?" soal Aryan apabila dia terlihat mani jernih membasahi pipi Dellina.Dia mula menggelabah.Selalunya,dia yang menangis di hadapan Dellina,kini Dellina pula.Dellina yang baru tersedar mengesat air matanya.

"Aku ada buat salah apa-apa ke?Aku ada sakiti kau ke?" soalnya lagi.Dellina tersenyum hambar.Mana mungkin dia beritahu perkara yang sebenar.Mahu tidaknya Aryan memutuskan persahabatan mereka dek kerana perasaan cinta Dellina.

"Tak adalah.Saya cuma kesian tengok dekat Acha tu.Awak cuba tengok Acha.Dari tadi dia asyik tengok family tu.Ada ayah,ada ibu,semuanya lengkap.Tak macam Acha tu.Kecil-kecil lagi dah kurang kasih sayang.Maaflah,Yan.Saya ni terlalu emo pula,kan?Tak apa lah awak,saya minta diri dulu tau.Lagipun saya nak bawa Acha pergi makan.Saya minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa minta diri.Bukan apalah,lagi lama saya kat sini.Makin emo saya nanti tengok Acha tu.Saya pergi dulu,Yan.Assalamualaikum." kata Dellina berlalu pergi.Tak mahu dia menangis lagi di hadapan Aryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience