×B A B 4×

Romance Series 5937

Aryan menuruni anak tangga satu persatu.Jam di tangannya di kerling sekilas.Sudah pukul 7:15 pagi.Langkah diatur ke arah meja makan namun terbantut apabila terpandangkan figura mamanya.Terbit rasa benci di hatinya terhadap Datin Fariha.Mamanya itu lansung tidak ambil peduli tentang dirinya lagi semenjak papanya meninggal dunia.Sedari kecil,dia lansung tidak mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapanya terutama dari mamanya.Sungguh dia terasa hati.Sewaktu kecil,hanya papanya sahaja yang mencurahkan segala kasih sayang dan perhatian terhadap dirinya.Mamanya lansung tidak ambil peduli tentang dirinya malah sentiasa menyibukkan dirinya dengan kerja.Apabila ditanya pada papanya,hanya satu sahaja balasan darinya."Berikan mama masa."

Ayat itu sentiasa diulang apabila setiap kali dia bertanya tentang mamanya.Sungguh pada papanya sahaja tempat dia meminta kasih.Dia sangat menyayangi papanya lebih dari mamanya.Namun,Allah lebih menyayangi papanya.Papanya dijemput ilahi lima tahun lepas.Dia hanya mampu berdoa dan redha sahaja.Tentang mamanya pula,dia lansung tidak ambil peduli.

Pernah beberapa kali,dia terserempak dengan mamanya bersama seorang lelaki muda yang dia tidak mengenali.Namun,dia hanya mengendahkan sahaja walaupun hatinya terasa sakit apabila melihat mamanya bersama lelaki yang tua beberapa tahun darinya.

Baru selangkah dia menapak,tiba-tiba suara mamanya menyapa gegendang telinga.

"Yan,mama nak cakap dengan Yan kejap." kata Datin Fariha.Dengan berat hati,Aryan mengaturkan langkah ke arah mamanya.Punggung dilabuhkan di kerusi berhadapan dengan mamanya.Pandangan dilemparkan ke arah lain.Aryan hanya mendiamkan diri menantikan bicara mamanya.

"Mama nak Yan tolong ambil alih syarikat mama." kata mamanya dengan nada yang perlahan.Aryan mengetap gigi.

"Kalau mama nak pujuk Yan untuk ambil alih syarikat tu,baik tak payahla,ma.Buat bazir air liur je.Jawapan Yan tetap sama.Yan tak nak!Cukuplqh Yan dah ambil alih syarikat arwah papa." katanya tegas sambil berura-ura ingin berlalu pergi.

Sebenarnya mama dan papa masing-masing mempunyai dua buah syarikat yang diusahakan dari titik peluh mereka sendiri.Syarikat tersebut adalah syarikat berkembar.Aryan telahpun mengambil alih syarikat papanya,jadi diabtidak mahu untuk turut mengambil alih syarikat mamanya pula.Andai kata dia mengambil alih juga,syarikat tersebut terpaksa bergabung di bawah seorang CEO sahaja.Maka,kerjanya bertambah dua kali ganda.Dia bukanlah seorang yang tamakkan harta sehingga ingin mengambil alih kedua-dua syarikat sekaligus.

Baru sahaja dia ingin berlalu,kedengaran tangisan mamanya.Aryan yang terkajut mendengar tangisan itu terus menerpa ke arah mamanya.Dia memeluk erat bahu maanya yang terhinjut-hinjut menahan esakan.Itulah salah satu perkara yang membuatkan dirinya lemah.Dia tak mampu untuk melihat orang yang disayanginya menangis dihadapannya terutama mamanya.Bukan dia tidak sayang akan mamanya,tapiii...Entahla.

"Mama,maafkan Yan,ma.Yan tak berniat nak buat mama menangis.Tapi,Yan cuma tak nak ambil alih je syarikat mama tu.Lagipun syarikat papa,Yan dah ambil alih berapa tahun dah.Yan tak nak lah jadi tamak." katanya cuba untuk meredakan tangisan mamanya.Yalah,dia mana tahu bagaimana ingin memujuk orang.Aryan agak gelabah apabila melihat mamanya yang lansung tidak berhenti dari menangis.Memang itu sikapnya sedari kecil.

"Ala,mama.Maafkan Yan sebab dah buat mama terluka.Yan janji Yan akan ambil alih syarikat mama tu..Dahla mama,janganlah nangis lagi.Yan sayangkan mama." pujuknya lagi.Datin Fariha yang tersentuh dengan kata anaknya itu makin lebat air matanya.Tak sangka anaknya masih lagi menyayangi dirinya sedangkan dirinya acapkali mengabaikan Aryan.Tangisan Datin Fariha yang makin menjadi-jadi itu membuatkan Aryan makin gelabah.

"Aduh,macam mana ni..Yan dahlah tak reti pujuk orang.Aduh,nak buat macam mana lagi ni.Nak call Lina ke??Nanti kacau pulak Lina nak jaga Taska dia tu..Aduhhhh,menyesal tak belajar dekat Dellina cara-cara nak pujuk orang." sempat lagi Aryan membebel.Datin Fariha hampir sahaja ketawa namun ditahannya.Terasa kasihan pada anaknya yang gelabah apabila dia sedang menangis.

"Mama cuma tak mampu nak jaga lagi syarikat tu.Mama betul-betul tak mampu lagi dah.Mama dah tak larat.Cukuplah kudrat mama nak uruskan syarikat setakat ni sahaja.Maafkan mama,Yan.Mama tak paksa Yan,cuma mama betul-betul letih.Letih nak tahan sakit.Yan fahamilah keadaan mama.Mama ni umur makin meningkat,bukan makin menurun.Macam-macam penyakit ada."kata mamanya dalam keadaan tersedu sedan.

"Mama cuba nak pulihkan hubungan mama dan Yan selama ni.Tapi,mama tak mampu.Mama tak mampu menerima hakikat,Yan.Alhamdulillah,Dellina yang cuba mengajar mama erti redha.Dellina juga yang cuba nak pulihkan hubungan mama dengan Yan.Maafkan mama,Yan.Mama dah acapkali abaikan Yan selama ni.Berilah mama peluang untuk memperbaiki hubungan mama dan anak mama ni sebelum mama hembuskan nafas terakhir."

"Ishh,apa mama cakap ni??Yan selalu ada dengan mama.Yan dah lama maafkan mamala!Mama janganlah cakap macam tu lagi Yan tak suka."

"Yan,berilah peluang dekat mama untuk tebus segala kesalahan mama selama ni.Mama nak perbaiki segala kesilapan mama dulu.Mama minta maaf,Yan.Mama betul-betul minta maaf.Maafkan mama,Yan."

"Mama..Yan dah kata,Yan dah maafkan mama.Sudahlah mama,kita tutup buku lama,buka buku baru eh?Kita lupakan segala kisah silam kita.Jangan nak ungkit lagi.Yan tak suka.Dahlah mama,lap air mata tu.Tak cantikla mama menangis." ujarnya dalam nada mengusik.Mamanya tersenyum kemudian mengesat air mata yang bersisa.

"Terima kasih,Yan." kata mamanya seraya memeluk tubuh Aryan.Aryan membalas pelukan itu sambil tersenyum.Ya,lama sekali dia tidak merasai pelukan seorang ibu.Datin Fariha meleraikan pelukan.

"Harini mama masakkan eh?Mama nak masak special untuk Yan.Temankan mama pergi beli barang dapur boleh tak,Yan?"

"Boleh je mama.Mama pergi bersiap dulu." kata Aryan.Mamanya hanya menggangguk lalu berlalu pergi.

Telefon di dalam poket dikeluarkan.Contact Lina dicari.Setelah jumpa,icon mesej ditekan.

+Thanks Dellina for everything.-SAI

Tidak lama kemudian,mesejnya dibalas.

-For what?-DF

+Nothing,petang ni pukul 2,jumpa kat taman eh.-SAI

-Ok!-DF

Aryan tersenyum.Sebelum berjumpa demgan Dellina,dia harus menyelesaikan satu perkara.Satu perkara yang penting di dalam hidupnya.Maklumat tentang si gadis yang telah mencuri hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience