×B A B 3×

Romance Series 5937

Sedari tadi Aryan asyik mengelamun.Sesekali dia tersenyum.Dellina yang melihatnya mula pelik.

"Yan,awak ni kenapa?Dari tadi asyik tersenyum-senyum.Dah angau ke apa?"soal Dellina.Aryan hanya tersenyum.

"Hmm...Aku,sebenarnya dah jatuh cinta!"ujar Aryan sambil tersenyum lebar.Dellina yang sedang menghirup air yang dipesannya terus tersedak.Nasib tidak tersembur.Ketawa hambar mula dibuatnya.

"Awak ni,janganlah memain.Nasib tadi saya minum air.Kalau saya tengah makan,comfirm dah goal K.O tadi.Benda macam ni pun nak main-main ke?Bawa seriuslah sikit Yan!"

"Aku seriuslah ni.Aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertama lah!Pertama kali aku tengok dia,seriuslah,hati aku ni rasa macam....Macam lain sangat!Seriuslah aku kata,hati aku 'berkerja' laju sangat bila tengok muka dia." ujarnya sambil tersenyum manis.Dellina yang mendengar sudah berubah wajah.Air liur ditelan kesat.

"Awak pasti ke yang awak dah jatuh cinta?"

"100% memang pasti."katanya yakin.

"By the way,siapa 'dia' yang awak dah jatuh cinta tu?"soal Dellina ragu-ragu.

"Orang yang aku langgar tadi tu.Haishh,singkat je masa dia ambil untuk curi hati aku ni."

"Awak dah jatuh cinta dengan orang yang awak baru je jumpa tak sampai satu jam pun??Awak kenal pun tak dia tu siapa,apa status dia,kerja apa,nama apa,terus awak kata awak jatuh cinta dengan dia??Seriously,Yan?"

"Lina,Cinta tak mengenali umur,masa dan dengan siapa kita jatuh cinta tau.Dalam cinta biasanya tersimpan seribu macam perasaan yang sukar sangat untuk kita digambarkan.Bermula dengan rasa suka, hati berdetak, mulut tersenyum tanpa bicara, muka bertambah seri, dan akhirnya cinta itu menjadi milik kita.Ish,malaslah aku terang panjang-panjang dekat kau.Kau bukannya faham pun.Aku sarankan kau kahwin atau couple cepat-cepat.Masatu baru kau tahu apa itu cinta."ujarnya panjang lebar.

"Latar belakang dia tu senang je nak cari.Upah je orang.Esok sekejap je dapat info.Bukannya susah pun.Orang yang jatuh cinta ni sanggup buat segalanya demi orang yang dia cinta.Duit habis berjuta pun tak pe.Cinta ni luar biasa tau." sambungnya lagi.

Ha'ah.Sampaikan ada orang yang bijak boleh jadi bodoh,yang kuat boleh jadi yang lemah,yang baik boleh jadi jahat.Dan.ada juga sebaliknya.Yang bodoh menjadi bijak,yang lemah menjadi kuat,yang jahat menjadi baik.Cinta itu memang luar biasa.

"Suka hati awaklah,Yan." saya berharap samgat awak tak kecewa lagi.Ayat itu hanya mampu diluahnya di dalam hati sahaja.Aryan akhirnya tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience