×B A B 1×

Romance Series 5937

Seusai menghantar Aryan pulang ke rumahnya,dia memberhentikan kereta di hadapan kedai runcit.Pilu hatinya melihat Aryan yang berkeadaan begitu teruk seperti tadi.Sudah beberapa kali Aryan dipermainkan.Ramai yamg mengatakan dia adalah seorang kaki perempuan sedangkan dia bukanlah orang yang sebegitu.Dia cuma ingin mencari cinta sejati.Namun,ramai wanita yang beranggapan begitu kerana tiada seorangpun kaum Hawa yang kekal menjadi kekasihnya.Teringat kembali pertemuan buat pertama kalinya Dellina dan Aryan.Aryan telahpun menyelamatkannya dari diculik dan dari situ,persahabatan mereka mula terikat.Sangat complicated,bukan?

***

×FLASHBACK×

Dellina berjalan-jalan seorang diri di satu lorong yang gelap.Dia terpaksa menggunakan lorong tersebut kerana hanya itulah satu-satunya jalan pintas untuk tiba di rumahnya.Tiba-tiba sebuah van hitam berhenti di hujung lorong.Dua orang lelaki keluar dari perut van tersebut.Pada mulanya dia lansung tidak menghiraukan mereka berdua namun,apabila salah seorang dari mereka yang bertatu meluru padanya,dia mula menggelabah.

"Kau anak Dato' Farhan kan?" tanya lelaki yang datang padanya.Dellina pantas menggeleng.Lelaki itu maju setapak manakala Dellina turut undur setapak.Tiba-tiba seorang lelaki yang berparut di wajahnya datang ke arah lelaki yang bertatu tadi.Sekeping foto ditunjukkan pada lelaki bertatu itu.Kedua-dua lelaki itu memandang ke arahnya.Sesekali mereka memandang foto itu semula.Mereka saling berpandangan sebelum....

"Kau tunggu apa lagi?Tangkaplah dia!!" arah lelaki berparut itu pada lelaki bertatu tadi.

Dellina cuba melarikan diri.Nasibnya malang apabila dia tersadung kayu di lorong itu.Lelaki yang mengejarnya tadi mencengkam erat lengannya.Dellina cuba merentap semula lengannya yang dicengkam tadi.Namun apalah kudrat gadis berumur 14 tahun yang sikapnya lemah itu jikalau ingin dibandingkan dengan kudrat lelaki tadi?Makin kuat dia merentap makin erat juga cengkamannya.Air mata Dellina mula membasahi pipi.

"Tolongggg!!Lepaslah!Sa-kitlah!"

"Kau diam!!" jerkah lelaki berparut itu seraya menampar pipinya.Bibirnya pecah akibat ditampar lelaki itu.Cecair merah mula kelihatan di bibirnya.Tanpa belas kasihan,mereka berdua mengheret Dellina ke arah van tadi

"To-tolongg!!"

Tiba-tiba seorang lelaki berhoodie datang menerpa dua orang lelaki tadi.Dia lantas membelasah mereka sehingga naik lebam.Seorang lelaki bertubuh sasa keluar dari bahagian pemandu van hitam tersebut.Dia lantas meluru ke arah lelaki yang menyelamatkan Dellina tadi sebelum menghadiahkannya sebuah tumbukan padu.Kelihatan lelaki yang menyelamatkan Dellina tadi terteleng ke sebelah kanan.Darah turut tersembur keluar dari mulutnya.Dellina lantas menekup mulut seraya terduduk.Air mata semakin laju mengalir.Lelaki berhoodie tadi kembali menerpa ke arah lelaki bertubuh sasa tadi bersama tumbukan bertalu-talu di bahagian perut.Lelaki bertubuh sasa tadi turut memuntahkan darah.Mereka saling membelasah sehingga lelaki bertubuh sasa tadi tidak sedarkan diri.Lelaki berhoodie tersebut menerpa ke arah Dellina.Hoodie yang tersarung ditubuhnya dibuka lalu memberikannya pada Dellina yang jelas terketar-ketar dek ketakutan.Hoodie yang diberikan disambut tanpa melihat wajah lelaki tersebut.

"Kau okey?"tanya lelaki itu.Dellina yang terduduk tadi lantas mendongakkan kepala.Wajah lelaki yang menyelamatkannya dipandang hairan.Familiar.

" Se-senior Iqbal!"Ya,lelaki itu adalah seniornya yang menjadi gosip terhangat di sekolah barunya itu.

"Oh!Kau kenal aku rupanya!Maaflah,aku tak kenal kau." katanya pada Dellina.

"Kau-" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya,Dellina telahpun memotong.

"Belakang senior!!" lantang Dellina memberi amaran apabila lelaki berparut itu ingin melayangkan kayu pada lelaki yang digelar Iqbal tadi.Lelaki itu sempat menlindung belakang kepalanya dengan tangan akibatnya tangannya tercucuk paku berkarat.Darah mula menitik-nitik.Lelaki itu lantas menendang kuat lelaki berparut itu sehingga pengsan.Dellina yang melihat tangannya yang berdarah itu mula mengoyakkan bajunya di aebalik hoodie yang dipakai.Dia meluru ke arah lelaki yang digelar senior Iqbal tadi untuk membalut lukanya.

"Senior,tangan senior berdarah.Biar saya balut buat sementara waktu."Dellina mula melakukan tugasnya untuk membalut tangan yang terluka itu.

"Nama kau apa?Asal aku tak pernah nampak muka kau dekat sekolah aku pun?"soal lelaki itu.

" Nama saya Dellina Farhana.Saya dari kelas 2Attalia.Mungkin sebab saya pelajar baru,senior tak pernah nampak saya sebelum ini."Kelihatan lelaki itu terangguk-angguk.

"By the way,nama aku mungkin kau dah tahu, Syed Aryan Iqbal yang tengah hot sekarang ni bergosip.Jangan percaya apa orang kata sebab aku bukan lelaki macam tu.Umur tiga tahun lagi tua dari kau.Selamat berkenalan." katanya sambil tersenyum manis.Dellina turut membalas senyumannya.

"Selamat berkenalan juga."

"Kawan baik nak?" Lelaki yang menggelar dirinya sebagai Syed Aryan Iqbal tadi mula bertanya pada Dellina seolah-olah dia bertanya 'Nak tak makan ABC(Ais Batu Campur) dengan aku?'.Dellina pada mulanya ragu-ragu namun apabila mengenang budi lelaki itu,dia mula mengangguk.

"And one more thing,make sure jangan panggil aku 'senior'.Aku rasa macam aku ni dah tua sangat pula.Panggil aku Aryan bukan Iqbal.Aku taknak formal sangat,sebab dalam hubungan persahabatan,panggilan 'mesra' seperti aku-kau adalah yang terbaik untuk merapatkan kita.Tapi kalau kau tak selesa cakap aku-kau,so aku sarankan kau guna ajela panggilan apapun asalkan bagi kau panggilan tu mesra." Dellina terangguk-angguk seperti burung belatuk.

"So,Best friend?" kata Aryan sambil sebelah keningnya diangkat menanti jawapan Dellina.Dellina tersenyum manis sebelum mengangguk.

"Best friend!"

×END OF FLASHBACK×

***

Maka,dari situlah terikatnya sebuah persahabatan.Tersangatlah complicated.Namun dalam diam,Dellina menyimpan perasaan terhadap Aryan.Ingin sahaja dia meluahkan perasaan cinta yang telah lama dipendamkan namun,demi menjaga hati dan kebahagiaan Aryan,dia sanggup berkorban.Terkadang,Dellina terlalu marah dengan sikap Aryan yang mudah gagal dalam percintaan.Tak tahulah mengapa.Mungkin bukan jodohnya.

Beberapa kali dinasihatkan Aryan bahawa 'Cari orang yang cintakan dan hargai diri kita bukan cari orang yang kita cintai dan hargai diri dia''.Namun nasihatnya bagaikan masuk ke telinga kanan,keluar ke telinga kiri.Bagaikan curah air ke daun keladi.Sia-sia sahaja.Dellina pun tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi.

'Sia-sia sahaja bila kejarkan orang yang tak akan pandang kita.'monolog Dellina sendirian.Agak tersentap sedikit dengan kata-katanya sendiri.

Ya,dah ramai manusia yang beri nasihat agar 'Jangan kejarkan orang yang takkan pandang kehadiran kita dalam hidupnya'.Tapi tetap juga ada manusia yang buat,ada manusia yang cuba.Sedangkan apa yang dilakukannya menyakiti diri sendiri.

Yup!!Tipikal Manusia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience