Series
1775
Afira menunggu kehadiran Afiq di cafe kolej . Afiq telah menghantar mesej kepadanya semalam untuk berjumpa di cafe untuk memberitahu sesuatu .Afira menunggu depan debaran dan hati yang berbungan kerana Afira menyangka Afiq akan membawa Afira bertemu secara langsung dengan leluarganya untuk berbincang mengenai perkhawinan mereka . Ya , Afira masih muda dan baru berusia 18 tahun manakala Afiq berusia 20 tahun . Tetapi Afira tidak kisah untuk kahwin di usia muda dan sekaligus bergelar pelajar kolej dan isteri dalam satu masa.
"Firrr.."
seru satu suara yang amat ia kenali , suara yang ditunggu kehadirannya . Namun Afira hairan tidak biasanya Afiq memanggil namanya . selalunya Afiq akan memanggilnya sayang.
"Ehh .. yaa sayang"
jawab Afira sedikit gugup .Gugup kerana Afiq yang kelihatan berbeza .
"Okaylah firr aku rasa aku terus terang jalah ya?"
dupppp !! jantung Fira seperti nak pecah "akuu??" batin Afira memberontak .
"hahhhh" jawab Afira .
"Aku rasa hubungan kita cukup sampai sini ja . Aku dah jumpa orang yg aku suka . aku mintak maaf."ujur Afiq tanpa menoleh ke arah Afira dan segera bangun pergi ke meja sebelah . Di situ ada seorang wanita cantik sedang menunggu Afiq sambil tersenyum .Tersenyum puas sebenarnya.
"Arghhhhhhhhhh" batin Afira menjerit. Air matanya tak tertahan lagi membasahi pipi.Dia tidak menyangka Afiq sanggup tinggalkan dia tanpa alasan yang jelas .
"Ini bukan kali pertama, dan kali ni tak ada lagi peluang untuk kau Afiq.Aku dah bosan diperlakukan seperti patung yang takda perasaan" hatinya meronta dan bertekad .Ya kali ini Afira bertekad setalah berkali-kali dia dan Afiq putus dan Afiq akan mencarinya kembali jika menginginkan sesuatu ....
Share this novel