Series
1775
"Sayang.. Nanti balik saya jemput ya" kata Hariz setelah mereka berdua hanya berdiam diri di dalam kereta.
"okay sayang.." jawab Fira ceria .
"Nanti sayang nk makan lamb chop dekat kedai kesukaan kita boleh?" tanya Fira lagi
"Hehe.. mestilah boleh sayang .. apa saja untuk sayang.." jawab Hariz
"okay sayang ni kita dah sampai pejabat sayang, jaga diri ,jaga hati okay? jangan nakal-nakal tau? saya pergi kerja dulu." kata Hariz
"Ya yangg.. terima kasih .. love you .. - Fira
"Yaa love you more irakuuu" - Hariz
Di suatu tempat yang berbeza seorang lelaki yang tampan dan berpakaian kemas sedang fokus membuat kerjanya . Tiba-tiba sesuatu menganggu fikiran lelaki tersebut.
"Arghh Fira .. dah tiga tahun berlalu .. aku masih tak boleh lupakan kau . aku rindu , aku menyesal!" rintih lelaki itu perlahan . Lelaki itu adalah Afiq! Afiq Iskandar Dato' Malik
"Kenapa kau mesti dengan Hariz? sepupu aku sendiri Fira? "tanpa sedar Afiq meluahkan itu dengan air mata yang menitis .
"Afira Calysha .. aku tak kan putus asa .. cukup tiga tahun aku menanti tanpa usaha apa apa . aku akan dapatkan kau semula sayang!!"
"ADUHH!! sakitlah apa ni langgar langgar?!" jerit Fira setelah dia jatuh tergolek selepas dilanggar oleh seorang lelaki
"Maaf , maaf saya betul betul tak sengaja cik . Maaf." kata lelaki itu
"Sayang. sayang okey ke? sakit kt mana?" kata Hariz tanpa menatap lelaki yang melanggar Fira itu
"Encik ni jalan tu tengok sikit kan dah tergolek bakal tunang saya ni" marah Hariz sambil membantu Fira bangun
"Ehh kau Fiq" - Hariz
"Ehh Hariz Irfan!"- Afiq
"Sayang kenal dia ka?" tanya Fira yang masih belum melihat ke arah lelaki yang melanggar nya ..
"Ya saya kenal sangat. Sayang ni sepupu saya Afiq Iskandar Dato' Halim"
Afira terkejut mendengar nama itu . Afira mengingat dengan baik nama orang yang telah melukai hatinya dan juga yang telah mengambil segalanya daripada Fira . Fira mengangkat mukanya dah senyum paksa terhadap lelaki didepannya itu
"Maaf ya saya tak sengaja" kata lelaki itu yang suaranya terdengar agak sebak.
"Afiq" ucap afiq sambil menghulur tangan kepada Fira
"Afira Calysha Tan Sri Nizam" Nada yang diucapkan Fira terdengar dingin dan angkuh!
"Ehh Fiq aku pergi dulu la kami tengah shopping hantaran tunang kami ni" kata Hariz meminta diri . Fira hanya diam menahan sesak di dadanya.
"Ya okay bro , jumpa lagi nanti ya." ucap Afiq dan terus berlalu pergi meninggalkan Hariz dan Fira
"Afira Calysha Tan Sri Nizam kenapa kau seolah tak kenal aku dan kenapa seolah kau benci aku Lysha .." batin Afiq
Lysha ya itulah panggilan Afiq kepada Fira jika hubungan mereka baik baik saja. Dan nama itulah yang mereka gunakan untuk menyewa hotel supaya orang surahan ayahnya tidak dapat menjejak keberadaan mereka di hotel itu kerana tidak ada yang tahu tentang panggilan Lysha yang digunakan oleh Afiq untuk Fira.
Share this novel