Series
1775
Afira sedang membaca novel di dalam kamarnya. Sedang ralit membaca telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk .
"Sapa ni? Hurm angkat jalah mana tahu penting"
"Hello, siapa ya?" soal Fira setelah mengangkat panggilan tersebut.
"Err.. hello Fira .. Fira ke tuu?"
Ya allah! suara itu!Suara yang amat dikenalinya dan tak pernah dia lupakan.
"A... Afiq.. Afiq ke tuu?" soal Fira kembali
Talian diputuskan!
"Takkan dia kot! kalau dia kenapa tak cakap?Arghh lantaklah" gumam Fira .
Seminggu berlalu hubungan Fira dan Hariz juga telah kembali pulih.
"Fira , aku nak mintak maaf tentang haritu .. Aku tahu aku dah melebih" - Hariz
"Ehh , Fira dah lupakan dah pon . Fira tak ambik hati ." - Afira
"Terima kasih Fira.."
Diam. Sehingga akhirnya Afira membuka mulut
"Riz .. ermm Hariz .." panggil Fira .. lembut!
"Ehh.. ya Firaa kenapa?" tanya Hariz terkejut dengan nada Afira.
"Ermm .. Fira rasa .. Fira .." kata - kata Afira tersekat. Dia gugup untuk mengatakan apa yang ingin disampaikan.
"Kenapa ni Fira ? Fira ada masaalah ka?" tanya Hariz cemas
"Ehh takk .. Hmm macam ni la Fira terus terang jalah ya .. ermm sebenarnya Fira dah selesa dengan Riz .. jadi Fira rasa Fira nak teruskan mendengar apa yang Riz nak luahkan haritu"
"Ya allah Fira .. Riz bahagia sangat dengan Fira cakak macam ni. Fira riz betul betul sayangkan Fira .. lebih dari seorang sahabat .. Ya Riz sedar kita baru kena sebulan .. Tapi Riz yakin dengan rasa yang Riz ada sekarang ni.." Hariz diam sebentar
"Ermm Firaa .. Irakuu .. Erm Afira Calysha sudi tak awak berkenalan dengan saya dengan lebih dekat? lebih dari seorang sahabat?" sambung Haris lagi .
"Hahh! ermm yaa sayaa .. saya sudi ." jawab Fira dengan muka yang merah kerana malu
"Tapi , saya nak berterus terang yang saya masih takda perasaan cinta dekat awak .. bagi saya peluang untuk buka hati saya hanya untuk awak Riz.. saya akan usaha .. Hadir awak dalam hidup saya sedikit sebanyak dah merawat luka di hati saya." sambung Fira dengan nada sebak .
"Terima kasihh.. terima kasih sayang terima saya"
Tanpa mereka sedar di balik pokok tempat mereka bersembang ada seorang lelaki yang sedang mendengan perbingcangan mereka .
Afiq! Afiq dah kembali!
Share this novel