Series
1775
TIGA TAHUN KEMUDIAN..
"Fira .. bangun sayang dah pagi ni . Harini kan Afira dah mula kerja . " suara Puan Hasma mama Afira
"Afira Calysha bangun!!!" jerit mamanya apabila putrinya itu tidak bangun
"Ma.. Terkejut Fir maa .. " muncung mulut Afira kerana terkejut mendengan suara mamanya ..
"Kamu tu Fir .. jenuh mama kejutkan tak bangun. Dah pergi mandi kejap lagi Hariz sampai jemput kamu ke pejabat" kata puan Hasma sebelum berlalu pergi dari bilik anaknya .
Harini adalah hari pertama Afira mula bekerja di syarikah papanya setelah sebulan mereka pulang ke Malaysia.
"Morning ma .. paa.." sambil mencium pipi kedua orang tuanya itu.
"Morning Riz sayang" Sapa Fira kepada Hariz pula yang turut berserapan di rumah keluarga Afira . Hariz sudah rapat dengan keluarga Afira sejak mereka bersahabat 3 tahun lepas .
"Morning sayang.." jawab mereka bertiga serentak sambil tertawa kecil..
Suasana makan sungguh ceria dengan celoteh mereka berempat. Afira kira telah berusia 21 tahun dan telah menyelesaikan pengajian diplomanya di Indonesia . Afira kini telah mula mencintai Hariz yang sememangnya sangat mencintai Afira ..
"Erm ma.. pa .. Afira pergi kerja dulu ya" kata Afira dan bersalam dengan kedua orang tuanya.
"Ya pa ..ma.. Riz mintak diri dulu ya " Hariz juga terut menyalami kedua mereka.
"Ya Fir.. Riz .. hati hati dijalan .. jangan laju laju ya Riz .. Kami ada sorang ja buah hati tu ." kata mama Afira sambil tersenyum ramah dan disertai dengan tawa papa Afira..
Share this novel