Series
1775
Afira masih memikirkan Afiq . Hatinya seakan kembali terluka dan mengingat kisah lalu. Afiq mendekati Fira dan membuat Fira jatuh cinta padanya. Hubungan Fira dan Afiq dah terlalu jauh sehingga mereka selalu berhubungan badan seolah olah suami isteri! Fira menyesal mengenang segala kesilapannya bersama Afiq .Fira berasa bersalah kepada Hariz kerana apabila mereka berkhawin nanti Hariz bukanlah yang pertama yang menyentuh Fira.Tanpa sedar Fira menangis.
"Ya Allah patutkah aku berterus terang kepada Hariz? perlukah aku menyatakan yang aku dab tak suci? aku bukan perempuan baik seperti yang dianggap Hariz" rintih Fira perlahan
Tok tok tok
"Ya masuk"-kata Fira
"Cik Fira , Tuan Iskandar sedang menunggu cik di bilik mesyuarat untuk berbincang tentang perabot yang hendak dibeli oleh hotel mereka."
"Ehh ya .. sekejap saya terlupa. Awak pergi jumpa dia dulu saya akan segera sampai ke bilik mesyuarat" kata Fira
"Okay cik Fira" kata Hanum setiausaha Fira.
Fira bergegas masuk ke bilik mesyuarat. Dia mesyesal kerana terlalu leka memikirkan masa lalu sehingga terlupa tentang mesyiarat dengan CEO Garden Hotel.
"Hai selamat tengah hari Tuan Iskandar" kata Fira
"Hai Afira Calysya Dato' Nizam" jawab Afiq aka Tuan Iskandar
Fira terkejut mendengan suara itu. Dia mengangkat wajah yang tadi sedang melihat fail ditangannya.
"Fiq.." katanya perlahan
"Fir.. tak sangka cik Fira CEO AC Furniture adalah awak" - Afiq
"Kita mulakan mesyurat kita sekarang ya Tuan Iskandar saya ada mesyuarat lain lepas ni"-Fira
Mereka pon terus memulakan mesyuarat dan selepas sejam mesyuarat selesai . Kedua mereka berpura pura tidak saling mengenal.
"Terima kasih Tuan Iskandar kerana telah memilih syarikat kami sebagai pembekal perabot di hotel anda. Senang dapat berurusan dengan orang hebat seperti anda" Kata Fira yang seolah tidak ikhlas dan menyindir Afiq.
Afiq diam memerhati Fira dihadapannya . Fira kelihatan cantik dengan blouse berwarna baby blue dan skirt putih paras paha . Ditambah dengan makeup yang agak tipis tetapi kelihatan rapi dan cantik!
"ehemmm"
"Ehh ya Cik Fira, saya pon teramat senang berkerjasama dengan anda seorang CEO muda yang cantik"- ucap Afiq
Meraka bersalaman dan terus keluar menuju haluan masing-masing.
Di dalam kereta Afiq sedang ralit memikirkan Fira . Fira sudah banyak berubah dari tiga tahun yang lepas . Pakaiannya jelas kelihatan mahal dan rapi serta mencerminkan seseorang yang kaya dan berkuasa walaupon dari dulu Fira merupakan orang kaya . Dahulu Fira selalu kelihatan santai dan tidak bergaya seperti sekarang . Kecantikannya makin bertambah dan kelihatan berseri . Lesung pipit di pipinya sangat-sangat menambahkan manisnya Fira.
"Kenapa aku bodoh sangat tinggal kau dulu Fira. Kalau aku tak bodoh dan lambat sedar perasaan aku mesti kau sekarang milik aku kan Fira."
Tiba - tiba Afiq ternampak Fira dan Hariz . Fira melambai ke arah Hariz yang baru sampai dan Hariz segera membuka pintu kereta untuk Fira.Kereta Hariz pon pergi meninggalkan pejabat Fira.
"Arghh sepatutnya aku yang ada di tempat Hariz"- kata Afiq sebelum berlalu pergi dari situ .
Afiq dan Fira tiba di restoran kegemaran mereka. Fira duduk berhadapan dengan Hariz. Terlihat jelas wajahnya yang bahagia. Mereka duduk berbual sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba.
"Sayang.." panggil Fira perlahan.
"Kenapa sayanng?" -Hariz
"Saja panggil" - Fira
Belum sempat bertanya lebih lanjut hidangan mereka tiba dan Fira segera makan dan mengalih topik perbualan mereka.
"Ermm sedapkan saya makanan di sini . Tak pernah mengecewakan!" ujur Fira teruja
Hariz tersenyum melihat gelagat Fira yang ceria setiap kali mendapat makanan yang kena dengan seleranya.
"Hai , sedap ke makanan tu?" tanya satu suara yang sangt Fira kenal.
"Ehh Afiq? buat apa kt sini?" Tanya Hariz heran dengan kehadiran Afiq yang tiba tiba
"Ni restoran aku"- Afiq
"Yake bro ? Kenapa tak cakap awal-awal kalau tak dah lama aku ajak kau lepak sekali kalau aku datang makan sini"- Hariz
"Hahahah aku jarang ada kt sini lagi sibuk dekat pejabat" Afiq
Fira hanya diam membiarkan mereka berdua bersembang dia hanya fokus pada makannya sahaja.
"Ehh Riz aku kena pergi dah ni . Nak masuk pejabat . aku mintak diri dulu." kata Afiq kemudian pergi setelah berjabat tangan dengan Hariz
"Sayang kenapa diam?"-Hariz heran melihat Fira yang diam dan tiada sedikit senyuman pon di wajahnya . Selalunya apabila Hariz terjumpa kenalannya Fira aku mengukir senyum dan mudah mesra walaupon baru pertama kali berjumpa.
"Takda apa-apa . Jomlah balik Fira dah penat sangat ni .
Mereka pon berlalu meninggalkan restoran itu setelah membayar.
Hari ini merupakan hari pertunangan Fira dan Hariz.Fira agak gementar menanti rombongan pihak lelaki tiba.
"Fir.. Hariz dah sampai tu . jomlah turun sarung cincin."kata mama Fira yang berada di hadapan bilik Fira.
"ehh ya maa ." jawab Fira sambil bangun dan berjalan turun bersama mamanya.Fira mengenakan gaun kuning lembut mengikut bentuk badanya yang ramping . Rambutnya diikat dengan gaya banana bun. Semua tetamu yang hadir terpengun dengan kecantikan Fira . Tetamu jemputan hanyalah dikalangan ahli keluarga terdekat sahaja kerana Hariz dan Fira bersepakat untuk mengadakan majlis pertungan yang kecil sahaja dan akan mengadakan majlis perkhawinan yang mewah nanti.
Acara pertunangan itu pada mulanya berjalan dengan lancar. Tetapi di saat acara menyarung cincin yang akan disarungkan oleh mama Hariz tiba-tiba datang sekumpulan perompak yang membawa senjata api masuk ke dalam rumah Fira. Mereka terdiri daripada sekitar 7 orang lelaki yang berbadan tegap dan masing-masing mengacukan pistol ke arah tetamu yang hadir ke majlis itu.Terdengar jeritan daripada mereka yamg terkejut dan takut dengan kehadiran sekempulan perompak tersebut.
"Diamm!! kalau korang semua taknak aku tembak kepala korang semua lebih baik korang semua diam!!!!" jerit salah seorang perompak tersebut
"Korang nak apa daripada kami? duit? aku boleh bagi berapa je yang korang nak! asalkan korang jangan cederakan kami!" jerit Hariz berani . Saat ini Hariz sedang melindungi Fira di belakangnya setelah Hariz perasan dua orang daripada perompak itu sedang memerhati Fira seolah-seolah sedang mensasarkan Fira.
"Hahahahaha kami tak perlukan duit!kami nak perempuan di belakang kau tau!" jerit perompak itu lagi kepada Hariz.
"Korang jangan berani cederakan dia!!"Jerit Hariz
"Seranggggg!!!" Jerit perompak itu sebelum mereka semua menyerang dan salah seorang daripada mereka menarik Fira dan membawanya keluar.
Hariz cuba untuk menyelamatkan Fira begitu juga dengan papa Fira. Mamanya Fira kini sudah meraung melihat anaknya dilarikan dan diacukan pistol di kepalanyaa.
"Jangan mendekat!! kalau korang mendekat aku tempat kepala perempuan ni!!" jerit perompak yang sedang memegang Fira sambil mengacu pistol ke arah kepala Fira.
"Papa.. Rizz .. tolong Fira .. Fira takuttt..." kata Fira perlahan dan tergagap kerana takut . Fira menangis dan berharap ada yang membantunya. Papa Fira dan Hariz pula tidak tahu harus berbuat apa kerana takut tindakan mereka akan menyebabkan Fira ditembak! Melihat pihak lawan seolah mati kutu perompak tersebut mengambil keputusan pergi dari situ!
"Firaaaaaa!!" terdengan mama Fira memanggil namanya sambil meraung dan terduduk lemah.
Share this novel