Series
1775
Sudah dua minggu Afira memulakan kelasnya dan kini ia telah mempunyai seorang teman senegara juga . Temannya itu ialah lelaki yang telah dilanggar Afira semasa hari pertama Afira masuk kolej dua minggu lepas . Hariz nama lelaki tersebut . Setelah peristiwa pelanggaran tersebut Hariz dengan berani mendekati Afira setelah mengetahui mereka mengambil jurusan yang sama .. beza umur tiga tahun membuat Hariz lebih matang dan banyak membantu Afira. Afira selesa berkawan dengan Hariz . Hariz pula sebenarnya menaruh hati dan harapan pada Afira .
"Iraakuu.." seru Hariz . Iraakuu panggilan manja untuk Afira yang pada awalnya sengaja dipanggil oleh Hariz untuk mengusiknya sahaja namun lama kelamaan telah menjadi kebiasaan Hariz memanggil Afira begitu.
"Ya Riz, ada apa?"
"Riz rasa riz ada benda nak cakap .mungkin terlalu awal untuk Iraa tapi pada Riz ini tidak terlalu awal untuk Riz berterus terang" Hariz menarik nafas panjang dan memerhati mata Afira yang kini fokus dan ada riak ingin tahu di matanya ..
"Riz rasa .. Riz dah jatuh cinta .. Riz mintak maaf andai kata-kata Riz buat Ira tak selesa."
"Cukup Riz , Iraa taknak dengar! Ira benci dengan cinta! Ira takut ... Ira dah taknak kecewa.. Ira dah tak boleh percaya cinta!" jerit Ira kemudian berlari ke keretanya . Hariz hanya mampu melihat Afira lari meninggalkannya dengan penyesalan .. Hariz menyesal telah meluahkan rasa hatinya ini! Ia takut kehilangan Afira!
"Maafkan aku Afira .. aku terlalu lancang menyatakan perasakaanku yang ternyata membuat kau terluka.." batin Hariz
Share this novel