BAB 8

Horror & Thriller Completed 1894

Jann merenung Hani dengan pendangan tajam…Hani terpana, serta merta, bulu romanya berdiri.

Jann meneruskan ceritanya…

Cerita ni berlaku hanya 1 malam sahaja. Ini berlaku di sebuah rumah yang diduduki oleh 3 orang anak dara. Tiga sekawan ni tak tahu sebenarnya, rumah yang mereka duduki tu sebenarnya ada kubur di bahagian dapur rumah mereka. 1 malam ni, tiba-tiba ‘blackout’, menyebabkan mereka berkumpul sambil bercerita hantu.

Masa tu juga, Hani berasa pelik dengan tingkah laku Jann yang hanya menundukkan pandangannya ketika bercerita. Cerita yang diceritakannya pula, seperti sedang berlaku pada mereka sekarang.

Ketika itu juga, Ayu dan Hani terdengar suara orang meminta tolong di bahagian dapur. Suara tersebut seperti suara Jann. Hani dan Ayu pandang sesama sendiri, serta merta mereka memandang Jann yang berada di hadapan mereka.

” Apasal korang pandang aku…”, Jann menyoal, namun mukanya tetap menunduk.

” Korang dah tahu ek…”, Jann berkata sambil mengilai.

Hani berang.

” Woi..kau ni sape sebenarnya…aku tahu kau bukan Jann kan….mana kau sorok Jann”…, Hani menengking.

Tiba-tiba Jann di hadapannya menangis sambil mengilai panjang. Berdiri bulu roma mereka apabila mendengarnya. Namun, Hani memberanikan diri.

” Woi..”, Hani ,menengking sekali lagi dengan kuatnya.

” Kalau kau nak aku lepaskan dia…kau kena korek kubur aku di bahagian dapur, kemudian kebumikan aku di tempat yang sesuai. Aku dah lama terseksa duduk kat sini, roh aku seperti terperangkap kat rumah ni, ni semua gara-gara jantan tak guna tu…dah lah rogol aku, kemudian bunuh aku. Aku terseksa tahu. Mayat aku pula tak disemadikan dengan cara yang tak betul pula itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience