BAB 3

Horror & Thriller Completed 1894

Selepas itu kan bila aku sekeluarga naik kereta untuk balik ke kampung, tak semena-mena hujan berhenti…aku waktu tu dah rasa pelik semacam je…sepanjang perjalanan ke kampung, kitaorang semua senyap melayan perasaan masing-masing, dahlah kereta, lori dan motor takde langsung kat jalan raya waktu ‘on the way’ aku dan keluarga aku balik kampung.

Aku perasan mata abang aku dan ayah aku melilau macam tak senang duduk je. Sampai je kat kampung, aku takut dah, pasal lampu kat rumah atuk aku terbuka, sedangkan takde orang pun kat rumah tu.

Ayah aku pun cakap la, mungkin ketua kampung yang buka kot. Aku ‘confius’ sebenarnya, macamana la ketua kampung boleh buka lampu kat rumah atuk aku, sedangkan dia mana ada kunci.

Masuk je rumah, ayah aku terus cerita, sebenarnya dia ternampak sesuatu masa ‘on the way’ ke kampung. Dia cakap dia ternampak ada orang duduk kat tempat menunggu bas berhampiran kat depan pejabat pos…orang tu takde kepala. Abang aku pun mengiyakannya. Meremang bulu roma aku…

” Jann, takutlah…”, Ayu menghimpit Jann.

” Ko takut ke???cerita aku belum habis lagi ni…”

Ini sambungan dari cerita tadi ni….Waktu malam kedua selepas kenduri tahlil arwah atuk aku kan, aku tak pasti pukul berapa, tiba-tiba adik aku kejut aku kata nak kencing.

Aku pun tak berani nak teman dia sebab tandas kat luar rumah, aku suruh je dia kencing kat tepi tilam. Tiba-tiba je aku dengar bunyi macam orang kayuh basikal kat luar rumah.

Aku dah berdebar dah masa tu, aku pun cakap kat adik aku, yang dia dengar tak..dia cakap dia dengar, dahlah kitaorang berdua tidur berhampiran dengan tingkap, aku bayangkan tingkap tu terbuka dengan sendirinya. Cuak gile….

Pastu baru aku sedar, petang tu aku ada cakap kat adik aku, yang malam karang atuk datang main basikal kat sini, aku cakap gitu pun sebab dia kedekut nak bagi basikal tu kat aku untuk aku main.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience