BAB 7

Horror & Thriller Completed 1894

Sepanjang perjalanannya ke dapur, Jann terpaksa meraba-raba dalam kegelapan, namun tiba-tiba dia berasa seperti terpegang sesuatu yang berlendir, lantas dia menarik tangannya.

Dia segera mencepatkan langkahnya sambil membaca ayat Qursi. Setibanya Jann di dapur, lantas dicapainya lilin di atas almari, lalu segera menghidupkan lilin tersebut.

Apabila sahaja lilin tersebut menyala, Jann hampir-hampir pengsan apabila ternampak satu lembaga berdiri tercegat di tepi tangga berhampiran dengan dapur sambil trsengih-sengih. Jann mahu menjerit tapi suaranya tidak keluar. Kakinya pun tidak terdaya digerakkan untuk berlari.

” Mana Jann ni…??lamanya..dia ni cari lilin ke…buat lilin..” Hani menunjukkan kerisauan.

Tiba-tiba Jann muncul di muka pintu.

” Ha…sampai pon…ingatkan dah terserempak dengan hantu tadi..”, Hani berseloroh, namun Jann hanya senyap lantas mengambil tempat di sebelah Ayu.

” Wei..Jann..kau kenapa ni?? Senyap je…kau ok tak??, Hani melontarkan ketidakpuas hatinya, apabila Jann tidak memberi respon atas lawaknya tadi.

Ayu berasa lain macam dengan perubahan Jann, lantas dia segera menghimpit Hani.

“Kau ni kenapa himpit-himpit aku Ayu..rimasla…”, Hani memarahi Ayu.

” Aku bukan apa, tiba-tiba je aku rasa seriau…”,Ayu memandang Hani.

” Apa kata kita cerita hantu lagi??nak tak??”, Jann bersuara, namun suaranya garau sedikit.

” Ok..Ok.., kau nak cerita lagi..ke ???”, Hani menyoal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience