BAB 6

Horror & Thriller Completed 1894

Tetapi dia ini suka ulangkaji waktu kemuncak benda-benda itu merayau. Malam itu, dia ulangkaji macam biasa, tiba-tiba pintu bilik belajar tertutup dengan sendirinya, seperti ditolak orang.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang budak tiba-tba je ada duduk di sebelah dia, macam ‘magic’, sedangkan waktu tu hanya dia seorang je yang ada kat bilik tu. Dia pun tanyalah…

” Oi…bagaimana kau boleh masuk, aku tak nampak pun tadi..bunyi selipar kau pun aki tak dengar..ntah-ntah kau ni hantu ye…”

” Ee..celupar betul mulut minah tu ek..”, Jann berkata.

Tapi perempuan tu senyap je, dia tunduk je….tiba-tiba dia nangis. Kawan aku cuak la, tiba-tiba dia nangis, takut juga,warden dengar, nanti dituduh membuli.

Tapi air mata perempuan tu keluar darah, kawan aku perasan kat helaian kertas tempat dia menangis. Kawan aku pun tarik muka dia nak pujuklah konon-kononnya….bila dia tengok je wajah perempuan tu, rupa-rupanya mata pompuan tu tersembul keluar dipenuhi dengan darah dan ulat…baunya tak payah cakaplah….nasib baik dia tak pengsan, dia pun apa lagi terus buka langkah seribu…selepas itu dia cakap, dia taubat tak nak lagi ulangkaji tengah-tengah malam, takut peristiwa lama berulang kembali.

” Ee…seram gak cite ko Ayu…”, Hani berkata.

Selepas sahaja Hani berkata, dengan tidak semena-mena lampu suluh yang dipegang oleh Jann terpadam dengan sendirinya. Semuanya berdebar.

” Eh…dah habis bateri ke??”, Jann pelik, kerana bateri lampu suluhnya baru sahaja ditukar beberapa hari yang lepas.

” Erm…kejap ek, aku pergi dapur kejap ambik lilin…”, Jann lantas bangun dari katil.

” Kau nak aku teman tak???”, Hani menawarkan diri.

” Takpelah, kau duduk sini dengan Ayu, dapur tu bukan jauh pun..”,Jann menolak, namun dia berasa berdebar-debar, bulu roma dia pun mula berdiri. Jann..bertenang..takde bendanya, cuma perasaan kau je…Jann bermonolog bagi mengurangkan ketakutan dalam dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience