BAB 4

Horror & Thriller Completed 1894

Aku saje je nak takut-takutkan dia. Sampai sekarang, bila aku balik je rumah arwah atuk aku, aku rasa takut je, macam ada mata yang pandang aku. Rumah tu pun takde orang duduk pun…”.

” Harg!!!”,Hani mengejutkan Ayu….

” Opocot mak aku, mak ko…..” Ayu melatah lantas mencubit Hani.

” Hehehe…aku saja je la nak menyakat ko Ayu…..”

” Nasib baik aku takde ‘heart attack’, kalau tak aku yang jadi hantu…”.

Tiga orang sekawan tergelak….Namun Jann telah terdengar ada suara lain juga yang tergelak sama, bunyinya seperti kasar sedikit, namun dibiarkan sahaja, takut kawan-kawannya akan berasa takut.

” Habis…rumah tu terbiar je la ek”, Ayu menyoal.

” a’ah…”, Jann menjawab.

” Korang nak tahu tak, kalau rumah ditinggalkan lebih dari 44 hari, orang tua- tua kata akan ada penunggu yang akan menumpang kat situ.

” ye ke???…”, Ayu menyoal.

” Ye…..”

Kejadian ni berlaku kat mak saudara aku. Mak saudara aku ni baru je kahwin, jadi dia pun cari la sebuah rumah, harga pun murah, besar pun besar. Mak saudara aku gembira sangat la sebab murah kan, rumah pun cantik tapi macam menyeramkanlah tempat dia.

Walaupun begitu, dia nak juga rumah tu. Hari pertama mak saudara aku and suami dia duduk kat rumah tu, mereka rasa panas semacam je, sedangkan waktu tu hujan, semestinya la, waktu tu mereka dah rasa lain macam.

Tiba-tiba je mereka dengar bunyi benda berlaga kat dapur. Si suami ni berani sikit, dia pun pergi la tengok, tapi bila dia buka je lampu, keadaan dapur elok je, tiada benda yang jatuh, kemas je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience