BAB 9

Horror & Thriller Completed 1894

” Aku boleh buat, tapi lepaskan Jann dulu..”

Benda tersebut terus ghaib secara tiba-tiba. Jann pun muncul di tepi katil dalam keadaan tidur,lantas Ayu mengejutkan Jann.

” Ko kat mana tadi??”, Ayu menyoal.

” Aku ada kat sebelah ko la tadi, aku pegang lilin dari dapur ke sini, tapi korang macam tak Nampak aku je..jadi aku terus tidur la.. Tadi kan aku nampak lembaga berdiri kat tepi tangga dapur kita, mula-mula aku tak boleh nak gerak, selepas itu dalam 10 minit kemudian aku berjaya mengerakkan badan aku, jadi aku terus masuk bilik, tapi korang berdua macam buat bodoh je kat aku, aku pun ambil keputusan untuk tidur je la”.,Jann berkata.

” Habis…yang tadi kitaorang dengar suara kau menjerit kat dapur tu apa??, Ayu mencelah.

” Erm..dahlah tu, jom tidur, apa-apa hal kita cerita esok. Malam ni kita tidur bilik ni je la ok..”, Hani berkata.

Keesokkan harinya Hani menceritakan peristiwa yang mereka alami kepada Jann. Setelah mengambil kata sepakat, mereka bersetuju untuk menelefon pihak polis bagi memastikan terdapat mayat yang di tanam di bahagian dapur rumah mereka.

Akhirnya, polis dapati, memang terdapat mayat yang ditanam di bahagian dapur mereka.

Rumah mereka dikuarantin selama seminggu bagi membantu polis menjalankan siasatan bagi mendapatkan bukti untuk mencari pembunuh mayat tersebut.

2 minggu selepas itu…

” Kawan-kawan mai tengok keratan akhbar ni…”, Ayu menjerit.

” Alhamdullilah..akhirnya pembunuh tu Berjaya juga ditangkap…”.

” Eh..jomlah masuk….hari pun dah nak senja ni, tak baik anak dara seperti kita duduk kat luar, waktu-waktu begini,karang ada benda yang terpikat….”, Jann berseloroh.

Sewaktu mereka mengangkat langkah untuk masuk ke dalam rumah, tiba-tiba ada bunyi suara perempuan megucapkan terima kasih. Bulu roma mereka bertiga meremang, apabila melihat tiada orang di sekeliling mereka.

‘’’Haru, haru, naya naya,jom lari! Pecut sekarang!’’ Jann berbisik memberi arahan. Apalagi lintang pukang mereka berlari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience