BAB 5

Romance Completed 7794

‘Tok, tok, tok’

Afiq mengetuk pintu rumah agam milik abahnya. Beberapa minit menunggu akhirnya salamnya bersambut. Pintu itu segera dibuka. Tersembul wajah Datin Saffiyah Dan Dato Shawkie yang amat dirinduinya. Mereka bersalaman dan berbalas pelukan. Tenang sedikit hati Afiq.

Sedang sibuk bercerita, muncul Mak Lia menatang air kopi bersama pisang goreng panas. Sesuai dijadikan sarapan diawal pagi. Afiq meneguk secicip air kopi dan meletakkan kembali ke atas meja. Badan kembali disandarkan pada sofa.

“ehem, Umi, abah, apa benda penting nak bagitau Afiq ni? Tetiba je suruh Afiq balik ni,, mesti ada hajat.”Afiq memandang umi dan abahnya. Kelihatan raut wajah mereka berubah. Afiq diam menanti. Dato Shawkie berdehem perlahan, sudah sampai masanya perkara penting itu diberitahu.

“begini Fiq, abah dan umi hanya mencadangkan, kalau Afiq terima dengan baik Alhamdulillah, kalau tak apa boleh buat, semua keputusan dari Afiq..dan satu lagi, harap Afiq tak terkejut”

Suara Dato Shawkie bergema setelah beberapa minit penghuni dalam rumah itu diam membisu. Afiq hanya mengangguk dan memandang penuh minta kearah abah tersayangnya. Cadangan?? Macam-macam ja lah.

“abah dan umi nak kamu berkahwin, kami risau tengok keadaan Afiq macam ni, Afiq perlukan seseorang untuk tengok-tengokkan Afiq, jadi sekarang Afiq fikirlah apa yang terbaik”

Afiq tersentak, wajahnya kelihatan kelat, sekelat peria. Kahwin?? Siapalah bakal makmumnya itu. Afiq menghela nafas panjang, mungkin sudah masanya dia melupakan wanita dalam mimpinya walaupun perkara itu kelihatan remeh namun ia teramat sukar. Dato Shawkie memandang isterinya dan menjongket bahu, mereka bertambah takut kalau Afiq tidak menerima cadangan itu dengan baik. Zakwan hanya tersenyum. Dia tahu Afiq akan terima apa yang Dato Shawkie telah cadangkan. Dia Pasti.

“Siapa dia?”

Dato Shawkie dan datin Saffiyah amat terkejut. Soalan itu seperti telah memberikan satu jawapan yang positif. Berbunga-bunga hati mereka. Syukur Alhamdulillah.

“ermm, Umi baru nak cari, kalau umi cari tanpa persetujuan dari Afiq, penatlah umi. Kiranya Afiq dah setuju la ni??”

Mereka tertawa apabila Afiq mengangguk. Entah mengapa hatinya sekejap bersetuju menerima cadangan keluarganya, meskipun dia tidak tahu siapakah gerangan bakal makmumnya itu. Bagaikan mimpi disiang hari menerima cadangan dari keluarganya. Walaupun dalam ragu dia bersetuju menerimanya. Serta merta otaknya mengingati satu ayat yang telah di post pada Facnya minggu lalu, entah dari siapa gerangannya.

“Jangan menanti seseorang yang bukan menjadi milik kita..”

Ia betul, untuk apa menanti andai hampa yang kutemui.

“umi rasa Afiq kahwin tu lepas bulan ni la, bulan depan, umi tak sabar dah ni”

Datin Saffiyah tiba-tiba bersuara, Afiq yang tengah seronok mencicip baki kopinya terus tersedak. Bulan hadapan? Tidak terlalu cepatkah?? Calon belum dicari, segala persiapan belum di buat sudah hendak dilansungkan perkahwinan ini?. Uminya biar betul. Gatal sangat nak bermenantu. Dah naik hantu ke apa?

“umi, tak terlalu cepat ke? Satu persiapan pun belum buat? Afiq belum sedia la umi”

Afiq bertanya penuh kebingungan. ditambah lagi dengan dirinya yang lansung belum bersedia. Takkan umi memilih menantu dengan semberono. Mahu lari rasanya kalau dia tu malas. Hissy, biar betul ni?? Kepalanya digaru perlahan.

“okey la tu Fiq, ni baru awal bulan, tak pa biar Umi dan Abah yang tolong uruskan, Afiq tinggal kahwin lagi. Afiq akan sedia galas tanggungjawab tu nanti, Abah yakin”

Ha?? Baik sekali cadangan, datang majlis nanti, tinggal salam tok kadi lagi. Perggh!!! Gila apa, kahwin bukan perkara main-main tau, mesti kenal dengan pasangan. Hissy, risau memikirkan perkara itu. Entah siapalah gerangan wanita itu?? Serabut!! Terlalu banyak tanda tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience