BAB 4

Romance Completed 7794

Zakuan segera mengangkat punggung mahu berlalu dari situ. Biarkan Afiq dengan perasaannya. Pantas kakinya terhenti apabila teringat sesuatu, lantas dia kembali ke katil Afiq.

“Fiq, Umi dan Abah kau suruh balik hujung minggu ni, ada benda penting agaknya”

Afiq mengangguk dan memandang Zakuan berlalu dari biliknya. Ah! Zakuan seorang kawan yang terbaik buatnya. Aku tak akan lupakan kau Zak sampai kapan pun, kau tetap sahabatku dunia akhirat.

Hari-hari yang berlalu terasa sungguh sepi. Sesepi suasana subuh dipagi hari. Afiq masih menyimpan potret itu, malah sehingga ke hari ini, . Potret yang dirinduinya setiap kali hendak tidur. Itulah inspirasinya. Sayangnya dia sudah pergi. Hilang dari mimpinya yang terindah buat peneman kala melabuhkan tirai.

“Fiq, awak dah siap? Jom jalan.”

Suara garau Zakuan mengejutkan Afiq dari lamumannya. Pantas kakinya menuju ke meja kecil untuk mengambil kunci kereta miliknya.

Dalam perjalanan, mereka hanya diam membisu. Masing-masing melayan perasaan.Afiq hanya memikirkan nasibnya tanpa si dia, lansung tidak teringat apa hal mustahak Umi dan Abahnya menyuruh dia balik. Bisikan rindu bergema diruang hati. Siapa tidak rindukan si dia, si ratu hati pengarang jantung hatinya. Meskipun ia sesuatu yang sangat mustahil namun itulah kenyataan yang mesti ditelan meskipun perit batinnya yang sarat menanggung rindu. Ketika sibuk melayan perasaan, Zakuan memasang Cd koleksi nasyid terbaik. Bergema alunan suara kumpulan Hijjaz yang mengalunkan lagu Rindu.

‘Rindu itu adalah

Anugerah dari Allah

Insan yang berhati nurani

Punyai rasa rindu……’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience