BAB 3

Romance Completed 7794

“Awak, kalau awak rindukan saya, awak berdoa pada DIA.”

Suara lembut itu menyapa gegendang telinga Afiq. Pantas dia berpaling kebelakang. Wanita itu amat dirinduinya, siapakah wanita berpurdah dihadapannya??

“Awak, saya betul-betul rindukan awak, awak pergi mana?? Awak sanggup tinggalkan saya dalam beberapa hari ini?? Awak…”

Afiq terdiam apabila wanita itu menggeleng kepala. Afiq memandang wanita yang Berjaya mencuri hati lelakinya, wanita itu sentiasa tertunduk menjaga pandangan mata. Ahh!! Hatinya cukup tertawan. Wanita itu digilainya. Namun sampai ke hari ini, nama wanita itu lansung belum diketahuinya. Wanita itu hanya diam apabila ditanya. Biarlah itu satu rahsia buatnya. Nak surprise bila disatukan nanti. Surprise???? Hurmmm… Bermimpi dengan bayang-bayang la jawabnya.

“Awak, kali ini saya tak boleh lama-lama disini. Saya…..”

Belum sempat Afiq mendengar wanita itu menghabiskan ayatnya, dia terus hilang dari pandangan matanya. Afiq berpaling ke kiri dan ke kanan namun kosong. Dimana engkau Wahai bidadari?? Jangan tinggalkan saya.

Airmata mengalir pada pipinya. Seolah – olah hatinya telah dibawa pergi. Jauh dari tempatnya. “Ya Allah, siapakah dia?? Kalau dia jodohku jangan biarkan dia pergi jauh dariku.”

“Fiq, awak mengigau la, bangun”

Terkejut Zakuan apabila melihat Afiq menangis teresak-esak sewaktu tidur. Bahaya betul kalau mimpi yang berbicara! Afiq bangun terpisat-pisat. Segera dia memeluk erat rakannya. Zakuan bertambah risau, mimpi ngeri ke?? Tak pernah Afiq bersikap begitu terhadapnya. Afiq kemudiannya meleraikan pelukan. Matanya merah menahan tangisan. Bidadariku sayang akhirnya kau pergi…

“Fiq, why??”

Afiq hanya menggeleng. “dia dah pergi, aku tak sanggup”

Perit, itulah yang dirasakan. Bagaimana ni? Dia insan pertama yang betul-betul aku sayang.

“Sabar fiq, dia tu Cuma bayangan awak je,tak ada dalam dunia nyata,ingat, kau masih ada Allah, mohon pada DIA, InsyaAllah kalau dia tertulis untuk awak, walaupun jauh tetap bersama”

Afiq terus diam membisu. Betul, dia sudah semakin angau dengan wanita itu, hati lelakinya ingin menjadikan wanita itu yang halal buatnya. Sedih dihatinya hanya Allah yang tahu. Bercinta dalam mimpi adalah suatu yang amat mustahil. Dia merasakan bahawa hidupnya kosong. Zakuan hanya memandang Afiq yang semakin susut dan runsing, akibat daripada penangan cinta pertama. Orang kata, cinta pertama itu sukar untuk dilupakan, mungkin Afiq tengah melaluinya.

“Thanks Zak, aku dah ok ni.”

“Betul??”

“InsyaAllah.”

Zakuan menghela nafas panjang, walaupun Afiq berpura-pura kuat dihadapannya namun sudah jelas lagi bersuluh keresahan pada wajahnya. Inikah pengakhirannya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience