BAB 1

Romance Completed 7794

Ada banyak persoalan yang bermain di kepalaku, dan sepanjang kembara hidup ku ini aku cuba mencari, menggali untuk mencari jawapannya namun semuanya hambar, perasaan ku kosong atauu bagai ada sesuatu yang kosong ku rasakan. Entahlah…

**

“Fiq, sudah lah tu, berhentilah.”

Puas sudah Zakuan menasihati rakan sebiliknya yang semakin hari semakin kelihatan sasau. Risau dihatinya bertambah apabila Afiq lansung tidak mahu menjamah makanan, walaupun sedikit. Nasib baik suruhan pada agama dia tidak abaikan,malah bertambah dari sehari ke sehari. Huh? Inikah yang dinamakan penangan cinta?? Zakuan menggeleng perlahan. Nasib ada positifnya, kalau tak??

Afiq terus berada dalam dunia khayalannya. Lukisan potret ditangannya terus ditatap lama tanpa jemu. Itulah cintanya, itulah jantungnya. Kalau sehari tak pandang,hatinya jadi nanar.

“Zak, aku tau awak memang kawan yang terbaik, tapi…”

“Fiq, apa yang awak dapat bila awak pandang potret tu?? Aku pun lansung awak tak kasih tengok. Awak kenal ke dia tu?”soalan Zakuan menggusarkan hati Afiq. Sengaja dia menekankan ayat ‘dia’ itu. Ya, memang itu salahnya, potret yang dilukisnya sejak sebulan lalu memang membuatnya sasau. Wajah cantik dalam potret itu langsung tidak dikenalinya.

“buanglah potret tu, awak lukis apa yang ada dalam mimpi awak je,takkan awak tak tahu mimpi tu mainan tidur. Come on Fiq, buang imaginasi awak tu.”

Afiq diam seribu bahasa. Payah untuknya membuang potret itu. Potret itu menjadi kekasih buatnya. Bagaikan orang kurang siuman mencintai satu wajah yang terlakar indah pada kertas lukisan bersaiz besar itu. Oh my potret!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience